Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah, semalam kami sempat memenuhi undangan majlis perkahwinan anak kepada senior kami di UiTM dahulu di D'Tempat Country Club, Sendayan. Seawal pagi lagi SR dah suruh anak-anak bersarapan siap-siap. Sebabnya kami bercadang mahu pergi awal ke kenduri tu. Kalau lambat-lambat, nanti k dapatlah awal! Eh apa SR putar-putar bercakap ni. Tapi kalian faham kan? Hehe...
Jadi, kami rancang nak gerak dari rumah dalam 10.30 pagi memandangkan kenduri akan bermula jam 11 pagi. Memang terus siapkan anak-anak, tertuamanya ayu. Dia pun dah pandai sekarang, dia tahu dah kalau nak pergi kenduri, kena pakai cantik-cantik😂
Okeylah ayu, meh lah omak siapkan. Pakaikan dia baju raya tahun lepas dan gayakan dia dengan tudung bawal yang dia baru pakai sekali masa sambutan kemerdekaan dekat tadika dia, juga tahun lepas. Abang-abang pula SR suruh bersiap sendiri sahaja, hanya bagi arahan apa nak dipakai. Nak pergi kenduri kan, SR suruh pakai baju batik
Lepas semua dah siap, kami pun terus bertolak ke Sendayan. Jarak D'Tempat Country Club tu dengan Senawang pun tidaklah jauh mana. Cuma berharap jalan tak sesak. Kalau boleh kami memang nak jadi antara tetamu yang awal-awal sampai.
Dalam 45 minit, kami akhirnya sampai. Trafik pun boleh tahan juga rupanya semalam. Tapi masih dalam kategori tetamu awal lah semalam. Kawasan parkir di D'Tempat itu pun banyak, ada juga parkir basement. Kalau nak parkir di luar pagar pun boleh. Memang tak payah risaulah pasal parkir tetamu kalau buat apa-apa event dekat D'Tempat tu kiranya.
Sampai sahaja, terus cari PM Mohd Noor dan Puan Hafizah. Kedua-dua mereka adalah senior kami berdua di UiTM. Dua-dua juga adalah pensyarah sejabatan dengan SR dan zaimi. Teruja masing-masing masa bersalam-salam, maklumlah lama juga kami berempat tak berjumpa bertentang mata sejak mereka berdua dah bersara.
Adam yang tolong bawakan hadiah pun dah serahkan pada orang yang jaga hadiah. Berbual sekejap, kami dipelawa untuk masuk ke dewan dan menjamu selera. Serius sangat cantik dewan D'Tempat ni. Suasana yang sangat selesa dan vibe kenduri yang terasa mewah. SR dan zaimi terus bawa anak-anak beratur ambil makanan.
Perkara pertama yang terfikir oleh SR masa tengok hidangan yang tersusun dan pekerja katering yang segak bertanjak adalah 'Perutku Happy!' Hahaha!
Kenapa tau, sebab banyakkkkkkk betul pilihan lauk. Ada dua jenis nasi. Ada buah-buah. Ada bubur, Ada kuih. SR terus kerling pada tisu, dekat situ ada tertulis nama katerer. UBE Catering Services nama katerernya. Serius SR cakap, sedap gila makanan UBE Caterer ni. Puas hati makan. Hehe.
Tadi SR saja cari info berkenaan UBE Catering tu, terjumpa Facebook dia, dan ada post berkenaan kenduri yang SR hadiri semalam ni. Ada banyak info berkenaan syarikat dia, pada yang cari Katerer untuk majlis dalam Negeri Sembilan, bolehlah cuba hubungi UBE Catering Services ni. SR tak dapat apa-apa bayaran pun dalam promosikan tau, SR kongsi sebab SR puas hati sebagai tetamu 😂
Meh SR tepek sikit apa menu kenduri ni semalam (dari FB UBE Catering):
Antara menu hidangan pilihan:-
Nasi Minyak Daun Kari
Nasi Putih Daun Pandan
Ayam Masak Merah Seri Rose
Daging Masak Gulai Kawah
Tulang Masak Lemak Cili Api
Sambal Sotong Kering
Sambal Goreng Jawa
Salad Campuran
Papedom Taj Mahal
Sambal Arab Meletop
Set Pencuci Mulut:-
Buah Tembikai Potong dan Buah Oren Sunkist
Air Sirap Limau
Air Teh Tarik Kaw
Air Kopi Kampung
Bubur Kacang Hijau + Sagu Mata Ikan
Aneka Kuih Melayu
Banyak kan? Ah sambil menaip ini pun teringat-ingat kesedapannya!
Okey cukup cerita pasal menu. Semalam, selain berjumpa Pm Mohd Noor dan Puan Hafizah, SR dan zaimi juga berkesempatan berjumpa rakan-rakan yang lain. Antaranya yang dalam gambar dengan SR ni, namanya Ain. Lama dah SR tak berjumpa dengan dia. Dia ni supplier Mary Kay SR dulu. Hahaha! Sejak berkenalan dengan dialah, SR rajin nak jaga muka. Gittew...
Merakam kenangan bersama PM Mohd Noor dan Puan Hafizah |
Ayulah yang beria nak tengok 'princess'. Ayu panggil pengantin perempuan sebagai princess selama ni. Hehe...
Aizad dan Khaliesah |
SR pun ajak anak-anak bergambar dekat hiasan di ruang legar D'Tempat Country Club tu sekejap. Ayu teruja tengok ada lobak-lobak besar. SR rasa semua tu hiasan bersempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang lagi dua minggu.
Muka seronok dapat doorgift |
Itulah kisah SR dan keluarga hadiri kenduri kahwin yang pertama untuk kami sekeluarga tahun 2023 ini. Habis kenduri, kami terus ke Aeon Seremban 2 pula. Itu nantilah SR cerita. Insyaallah. Selamat berhujung minggu semua!
Ayu, acik keliru, yang mana Ayu, yang mana princess tau.
BalasPadamHaha! Jangan bagitahu dia, nanti dia perasan!
PadamMeriah sungguh lauk pauknya. Memang best bila dpt mkn menu kenduri ni. Feel dia lain mcm. ;)
BalasPadamBetul tu ibu, rasa seronok dia lain dari situasi semasa hehe
PadamAda sambal goreng Jawa! Sedap.
BalasPadamEh baru perasan…Syaz sorang tak bermata empat. Hehe
Sebenarnya bermata empat juga, cuma sengaja tak pakai spek. Haha! :p
Padamwah..meriah betul..
BalasPadamwah meriah baju sedondon
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.