Assalamualaikum wbt
Mango Cheese Cake Kuala Pilah |
"U name it, we make it." Aha begitulah tagline kedai bakeri Ayubelyna di Kuala Pilah. SR selalu juga beli kek dan pastry dari Ayubelyna ni. Antaranya masa birthday zaimi tahun lepas. Ala kek dia yang ada rama-rama tu. Kedai Ayubelyna ni terletak di Melang Point. Sederet dengan Little Caliphs Kuala Pilah.
Selain dari Melang Point, SR selalu beli produk Ayubelyna ni dari Petronas Gentam. Ala, Petronas yang sebelah simpang nak masuk ke UiTM Kuala Pilah tu. Antaranya Mango Cheese Cake ni lah. Sebenarnya lama dah SR beli, kek pun dah jadi humus dah dekat tangki rawatan 😂 Hari ni baru terjumpa gambar ni. Haha!
Produk Ayubelyna ni senang ceritanya, kalau bagi SR, sedap, dan harga dia taklah kayangan sangat. Harga yang mampu dibeli. Gittew... Rasa dia bolehlah, untuk tekak kita. Sebab ada sekali tu SR beli kek beshe-beshe ni dekat tempat lain, ada aje yang tak sedap. Kalau dia punya ni sedap, okeylah tu kan? Tak payah pergi Pavilion atau KLCC kalau nak makan kek.
Merapu aje SR hahaha...
Apa-apa pun, selamat hari Isnin semua! Jangan blues blues ya. Semoga minggu ni lebih baik dari minggu sebelumnya. SR rasa minggu ni okey kot kan? Sebab minggu ni:
1. Gaji
2. Penjawat awam dapat duit 'bonus'
3. Long weekend Chinese New Year
Selamat bergembira bersama keluarga! Eh, selamat bekerja!
Jemput tengok post ini juga ya! 😊👇👇
Tp betul ada je baker biasa tp cakenya mmg setanding kek yg mahal...jenis kek premium kampung gitu.. hehehe... sukalah yg perenggan akhir tu.. hihi
BalasPadamPerenggan akhir tu best kan ahaha
PadamSaya boleh makan cheese, tapi dalam keadaan yang biasa. Kalau banyak² saya dah kurang selera.
BalasPadamsaya rasa saya pun macam tu. sebab tu beli yang kotak2 gini je, sikit cukuplah kan :)
Padamwahh sedapp nampaknya tu
BalasPadamcheese manggo ,bekas kecik camni ok mkn x abis blh simpan kan
slmt bekerja🥰✌️
betul tu, boleh simpan dan makan kemusian. Tapi kalau stress sekat ofis, sekejap aje saya bedal haha
PadamSedap mango cheese cake.
BalasPadamPilah yang maju, macam2 ado. Tak macam zaman akak duk Pilah dulu, kehidupan kampung.
Pilah semakin moden sejak 5 tahun kebelakangan ni :)
Padamboleh ajak husband gi beli ni
BalasPadamais nampak sedap betul tu
BalasPadamkami suami isteri kalau kek cheese2 macam ni mmg suka sgt..
BalasPadamSungguhkan.. kita kalau dapat makan kek yang sedap di anak tekak tu.. puas hati sungguhlah. Sanggup ulang beli.
BalasPadamCheese boleh dimakan seadanya...lebih saya tidak berani pulak..btw ia memang sedap kalau dh jadi kek
BalasPadamjarang beli bila bab cheese2 ni..kalau choc..yess....
BalasPadamni yg rasa nak cari ni hahaha
BalasPadammango..wah favourite..ni kalau jumpa, confirm tanpa was-was sis beli...hehe
BalasPadamSA kureng skit tapi boleh la layan...dah tengok gambar ni nampak nak makan plak...
BalasPadamx minat cheese tp klu kek tu menarik saya sanggup beli sebab nak rasa...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.