Assalamualaikum wbt
#throwback
Rasa sayu pula perasaan SR bila terjumpa gambar-gambar adam masa dia berumur 1 tahun ni. Masa ni, emak dan abah SR masih tinggal di Semenyih, Selangor. Kalau ada yang pernah terbaca blog SR yang awal-awal dulu, SR memang ada beritahu yang SR tinggal di Semenyih. Tapi, sejak 2018, tidak lagi. Keluarga SR telah berpindah dari rumah ni.
Berbalik pada adam, masa ni adam baru dapat kaki. Jalan pun tersenget-senget lagi. Anak SR pun baru ada seorang masa ni. Memang intan payung pengarang jantung SR sangat-sangat. SR ingat lagi, dulu dua minggu sekali, kami mesti balik Semenyih. Yalah, jarak antara Senawang dan Semenyih hanya 1 jam perjalanan, kadang-kadang tak sampai pun 1 jam.
SR ingat lagi masa ni waktu masih pagi, adam baru bangun tidur. Masa dia bangun dari tidur tu, pampers dia tembus sampai kena seluar. Jadi, SR salinkan pampers dan pakaikan seluar pendek. Tak mandikan terus sebab hari masih pagi benar.
Dia dah segar tu, SR bawa dia main di laman rumah. Kebetulan ada buih bubbles. SR tiupkan banyak-banyak. Adam sakan mengejar buih-buih tu.
Tengok gambar banyak-banyak, makin syahdu rasa dalam hati SR. Rindu pula pada rumah ni. Banyak juga kenangan di sini. Kami mula tinggal di Semenyih sejak SR tamat sekolah menengah. Sebelum tu, kami tinggal di Balakong. Jadi sejak berpindah, banyak juga event besar hidup SR berlaku di rumah ini.
SR ambil lesen kereta di Semenyih.
Alang dan Ucu SR kenduri kahwinnya di sini.
SR kehilangan atok SR juga, hari terakhir arwah di Semenyih ini.
Kehilangan dua ekor kucing kesayangan keluarga pun di sini.
Boody 18 tahun umurnya, Elin pula 8 tahun.
SR sambung belajar sehingga peringkat sarjana.
SR menganggur setahun.
Zaimi jumpa abah dan menyatakan nak kahwin dengan SR pun di sini.
SR bertunang, nikah dan sanding.
Bersalin anak pertama hingga bongsu, SR berpantang di sini.
EH banyaklah kisahnya. SR rindu dengan rumah ini, Paling tepat SR rindu pada masa-masa lalu yang semakin kabur bila dibayangkan dalam kepala.
Tapi sesungguhnya Allah lebih mengerti. 😇 Masa pun dah berlalu. Kehidupan pun dah semakin ke depan. Take care semua! Semoga minggu ini lebih baik !
Takde semalam takdelah hari ni... sekali sekali terkenang tu biasalah... ada suka ada duka semuanya tersimpan rapi di memori.. kalau ada gambar lagilah mudah nak feeling².. tp adam mmg x berubah sama je mukanya dari kecik sampai sekarang
BalasPadamKenangan mengusik jiwa di Semenyih. Adam dari kecik dah handsome ya.
BalasPadambanyak betul memori kat rumah semenyih tu yer... bila tgk gambar2 tu ...memang menggamit memori sungguh
BalasPadamkita rindu semua memori yang pernah di lalui di rumah tu, mujurla masa tu telefon dah canggih banyak kenangan boleh diabadikan di telefon kan
BalasPadamkkdng tempat byk memori ni bila sesekali jenguk balik rasa syahdu sangat
BalasPadamkita pun dah semakin berusia persis kenangan itu yang perlahan hilang dari ingatan...
BalasPadamalahai byknya kenangan di rumah ni.. kalau mama pun sayang sgt
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.