#1. Menyegarkan kulit wajah
Pertama dan paling utama, bedak ini biasa digunakan untuk menyegarkan kulit muka dengan cara menyejukkannya. Ini sangat bagus terutama apabila wajah terdedah dengan cuaca yang panas. Alasannya, produk ini memiliki bahan utama yakni tepung beras yang mempunyai efek khas untuk menyejukkan persekitaran di sekeliling. Kesannya, kulit muka bakal rasa lebih segar dan sejuk.
#2. Melembapkan kulit muka
Kedua, individu yang ada masalah kulit terlalu kering dan sensitif juga boleh menggunakan bedak ini kerana ia mampu membuat wajah lebih lembap, lembut dan licin. Hasil daripada itu, anda akan tampak jauh lebih muda berbanding usia yang sebenar.
#3. Memutihkan kulit muka
Ketiga, mereka yang ada isu tona kulit tidak sekata juga boleh menggunakan bedak ini agar dapat memutihkan kembali kulit yang gelap akibat cahaya matahari. Disebabkan itu juga, ia turut sesuai digunakan untuk merawat selar sunburn atau sunspots.
#4. Menyelesaikan masalah jerawat
Bedak ini turut dipercayai mampu mengecilkan dan membersihkan liang pori tersumbat angkara minyak, peluh atau sebum yang boleh menjadi punca munculnya jerawat pada kulit muka anda. Dengan kulit yang bebas daripada sebum, maka masalah jerawat akan selesai di samping mampu mengurangkan komedo hitam (blackhead) atau putih (whitehead) dari terus membelenggu.
#5. Menegangkan kulit wajah
Tidak hanya itu, anda yang sedang mengalami proses penuaan dengan kedutan dan kerutan yang banyak mungkin boleh menegangkan kembali kulit muka dengan menggunakan bedak ini. Produk ini boleh digunakan sebagai topeng muka yang berfungsi sama dengan masker lain seperti yang diperbuat daripada kunyit dan lain-lain. Caranya, gunakan bedak ini setiap kali sebelum masuk tidur.
#6. Menanggalkan sel-sel kulit yang mati
Terakhir, anda juga kena tahu bahawa wajah kita terdapat banyak sel-sel kulit yang mati. Kesemua sel tersebut perlu dibuang daripada kulit muka agar ia tampak lebih bersih.
Semua info ini SR petik dari Hello Doktor.
lama dah xbli bdak sejuk..:)
BalasPadamzmn study dulu sy campurkan bedak sejuk dgn air gamat. then sy share ngan sedara sy. dia pakai betul2 menjadi. muka dia mmg penuh dgn jerawat lps sthn licin dah!
BalasPadamKemain deme ye jadi Zombie. Hihihi! Memang jadi amalan orang dulu2 mesti pakai bedak sejuk kan?! Sebab tu kulit deme putih gebu x payah nak pakai set pencuci apapun lg dah. ;)
BalasPadamHehe.. jadi zombie ye, anak-anak.
BalasPadamSaya sendiri dah lama tak pakai bedak sejuk, tak jumpa pulak orang jual. Lain kali bole cari kalo pi Mydin.
Zaman sekol;ah dulu mmg tiap hari pakai bedak sejuk sebab masa tu muka penuh jerawat. Tapi masa tu je la. Skrang dah tak pernah pakai lagi dah.
BalasPadamPuteri Sarah Liyana Ucap Tahniah Suami Kahwin Lain
dulu rajin jugak pakai, sekarang ni..pakai krim sebelum tido pun kadang2 lupa.. he he he..
BalasPadamAyu x pakai ker?
tak dinafikan bedak sejuk byk kebaikannya
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.