Assalamualaikum wbt
Adam dan 2 pusarnya |
Geram betul SR tengok kaki adam yang berstokin tu. Kecikkkk aje kaki adam masa ni. Alalala... Masa ni adam belum setahun lagi. Memang masih perlu berdukung, tak boleh jalan pun lagi. Zaman-zaman dia masih merangkak dulu.
Masa ini juga, SR, zaimi dan adam masih tinggal di rumah sewa, belum pindah masuk rumah sendiri lagi. Kalau diingat semula, dalam banyak-banyak rumah sewa, inilah rumah sewa yang SR rasa sangat tenang suasananya. Sebab, depan rumah sewa kami tu tak ada rumah lain. Menghadap tanah lapang. Cuma tanah lapang tu, dipagar dengan zink.
Rumah tu pun ada pemandangan Gunung Angsi yang cantik. Sangat menenangkan kalau kita berdiri dan merenung ke arah situ. Kalau orang zaman sekarang cakap, healing. Aaah gittew. Jadi, masa hari gambar-gambar ni diambil, hari masih pagi. Kami tengah siap-siap nak keluar ke pejabat dan hantar adam ke rumah pengasuh.
Walaupun kami tinggal di Senawang, tapi kami hantar adam ke rumah pengasuh yang terletak di Kuala Pilah. Ya, memang setiap hari kami akan bawa adam berulang Kuala Pilah - Senawang. Sebab masa tu kami fikir, dapat jemput anak lekas sedikit lepas balik kerja. Dan dapat luang masa dengan anak lebih sikit, sebab sama-sama dalam kereta.
Drawbacks? Mestilah ada. Kalau silap hari bulan, memang bermandi muntahlah! Haha! Tapi selalunya okey aje. Anak-anak SR semuanya berulang macam tu dari umur 3 bulan sampailah masuk sekolah.
Pejam celik, sedar-sedar anak-anak dah membesar. Khidmat pengasuh pun dah tak diperlukan lagi. Kebetulan pengasuh anak-anak SR pun dah bersara dari mengasuh sekarang. Rutin yang kami lakukan selama bertahun-tahun, tiba-tiba dah habis dan berubah kepada rutin yang baru pula sekarang.
Adam pun dah besar, dah hampir nak sama ketinggian dengan SR. Sikit aje lagi nak sama tinggi SR rasa, dalam 4,5 tahun silap-silap dah setinggi omak. Senyuman masih sama, bau badan saja dah semakin pahit dan tak ada bau yang sedap tu lagi dah 😂 Dia pun dah pandai mengusik SR, setiap hari mesti tanya, "Mak nak bau ketiak adam tak? Mak kan suka cium ketiak anak-anak?" Lepas tu gelak-gelak.
Semalam! Dia siap selamba letak ketiak dia dekat hidung SR masa SR tengah golek-golek. Punyalah bau tengik!😂😂
Tapi apa-apa pun, setiap kali SR peluk adam, amir dan ayu, itulah detik dan saat SR sebenar-benarnya 'healing' dari stress dengan kerja dan dunia. Syukur alhamdulillah. Nak memanjat Gunung Angsi tu, rasanya tak terdaya pulak! Ahaha!
Senawang ke pilah jauh x syaz? Brp minit ye?
BalasPadamSenawang - Pilah kalau peak hours akan ambil masa dalam 1 jam. Kalau jem tambah lagi, kalau malam2 atau waktu lengang, 40 minit.
PadamAntara healing terbaik untuk ibu2 kan bila boleh peluk anak2 ni.
BalasPadamAnak saya yang dua tahun lebih pun dah pandai, kalau umi dia ni cakap nak peluk. Redho jer dulu dipeluk umi sebelum sambung main balik. Hihi
Itulah, anak2 saya pun redo je ahahah. Diorang tau mak diorang manja.
Padamdah nak bujang gitulah... dah tak ada bau2 bacin yg sedap dicium kat celah tiak, celah leher...sekarang kalau dicium silap2 kita gi cari tandas
BalasPadamBetul! Hahaha!
PadamCantik pemandangan rumah menghadap gunung angsi..rumah SA plak menghadap gunung berembun dan gunung besar hantu..hehehe...amboi..budak2 skrg kan..si kembar tu pun..tengik bau ketiak...dah x tau nak letak apa dah..hari tu SA tenyeh ngan limau nipis..kejap tu je la hilang bau...SA rasa sebab diorang dah akil baligh ni kot...hormon badan x stabil
BalasPadamHahaha! Kan! Kadang geram, saya mandikan balik! Sabun ketiak depa!
Padammasa sgt cpt berlalu adam yg kecil comel kian injak remaja kan hanya gunung angsi tetap kekal tegak saksi situasi
BalasPadamBetul tu kak PI 😊
Padam2 pusar ni orang kata bertuah....
BalasPadamBila tengok gambar anak lama2 rasa cepat sangat mereka membesar kan SR.. Dulu gunung dkt rumah ibu ni pun nampak menghijau dari jauh tapi skrg habis mereka tarah sedih rasanya.. ;(
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.