Assalamualaikum wbt
SR tak tahulah, tahun 2023 ni, SR tak ada rezeki nak dapat kalendar meja untuk 2023. Sepanjang SR bekerja dari awal dulu, setiap hujung tahun, SR mesti dapat kalendar meja untuk tahun seterusnya. SR suka ada kalendar meja, sebab SR jenis suka tulis terus dalam kotak-kotak kalendar tu tentang apa-apa perkara penting berkaitan kerja.
Contohnya SR akan tulis di setiap awal minggu yang minggu itu adalah minggu ke berapa untuk semester. SR akan tulis kalau kena kursus ke, jaga exam ke, presentation ke atau pun kalau ada mesyuarat apa-apa. Mudah. Tak payah susah nak buka planner.
Jadi bila tak dapat hujung 2022 hari tu, SR sedikit menggagau. Dalam menggagaunya SR, ada 2 cerita yang SR rasa nak gelak pun ada, nak marah tapi kena sabar pun ada.
Cerita 1
SR kan suka layan TikTok Live Shop. Adalah sekali tu, terlalulah di TikTok SR, seorang seller tengah buat live jual kalendar dengan planner. Terkenal jugalah planner tu. Ramai orang jual, dan ramai yang belikan buat ingatan pada kawan-kawan. Masa tu, seller hanya tunjuk bahagian luar kalendar meja. Cantik. Tertarik, ada timbul rasa nak order.
Tapi SR nak juga tengok bahagian dalam kalendar tu (bahagian setiap bulan) dulu sebelum teruskan dengan buat order. SR pun komenlah macam biasa. Amalannya di TikTok Live ni, kalau nak tanya apa-apa, tanya di live chat. Seller akan baca dan respon.
SR pun dengan hati yang berbunga-bunga, bertanya, "Hi, boleh selak tak kalendar tu, nak tengok dalam."
Tak lama lepas tu, seller bacalah chat SR tu. Nak tahu dia jawab apa?
"Selak? Kenapa nak selak kalendar?" Dia sebut selak tu, seperti selak pintu, bukan selak buku. Korang boleh follow tak cerita SR ni?
"Selak? Kenapa nak selak kalendar?" Dia sebut selak tu, seperti selak pintu, bukan selak buku. Korang boleh follow tak cerita SR ni?
SR pun taiplah lah balik. "Selak yang sebutannya 'seylak' awak." Ye lah, dah dia sebut 'serlak' dan macam terpinga-pinga tadi kan.
"Oh ada ye perkataan selak. Tak tahu pula ada perkataan tu." Kali ni dia sebut selak yang SR maksudkan, tapi dengan nada suara yang amatlah annoying. Bunyi dia sangat melayu tau, rasa macam mustahil dia tak pernah dengar perkataan selak!
Akhirnya SR pun annoyed dan left live.
Cerita 2
Baru berlaku tengahari tadi. SR dah mula masuk office hari ni. Bila tak ada kalendar meja atau planner, dengan banyaknya event nak berlangsung, SR jadi tak sedap rasa. Ya, boleh guna Google Calendar. Tapi SR lagi suka benda tu ada secara hardcopy.
SR pun ajaklah zaimi ke 1 kedai buku di pekan. Tengok ada planner aje, tak ada kalendar. Tak apa, SR ambil 1 dan pegang. Adam pula nak cari barang-barang sikit, SR follow aje dia dalam kedai tu. Dah selesai semua, SR dan adam ke kaunter nak bayar. SR pun tanyalah pada cashier.
"Kalendar tak ada ya? Planner saja ada?" Dengan penuh tertib dan senyuman dalam face mask SR bertanya.
"Takde, takde. Tak cetak! Tak cetak!" Jawab cashier tu dengan penuh kesombongan dan biadap.
"Saya bukan tanya kalendar percuma, saya tanya kalendar untuk beli!" Haa, SR pun boleh biadap dengan orang juga, bukan kau aje eh cashier! Hangin dah aku, aku tanya elok-elok kot!
"Oh.. Tak ada." Jawab cashier tu balik.
Okeylah, mungkin dia ingat SR tanya kalendar kuda yang selalu kedai bagi percuma tu kan. Tapi kot ya pun, jawablah elok-elok. Nak berlagak-lagak, nak pi mana? Ingat berlagak macam tu, tokey kedai nak bagi share 80% ke?
Astarghfirullah... Naik darah SR. Akhirnya, sampai ke saat menaip entry ni, SR tak ada kalendar meja. SR belilah juga planner dari kedai buku tu tadi. Dah itu aje yang ada kan. Nasib badan.
kojaq casher dia kan..nak kena cabai mulut dia niðŸ¤
BalasPadamSaya pun tahun ni kat tempat kerja takda dapat pulak kalender kuda..sokmo dapat..nasib baik kat rumah dapat yang surau bagi..
Kalau ada jual kita pun nak beli bukan nak percuma kan..
Haha tu lah, geram saya. Kalendar kuda ada dapat juga hari tu, tapi tak best nak bawak ke office kan hehe
PadamSayapun suka tulis apa-apa peristiwa setiap tarikh pada kalendar meja.
BalasPadamSamalah tahun ini tidak dapat.
senang kan ada kalendar meja
PadamSkrg agak susah nak dapat calendar meja kan...most companies/ institutions pun dah tak buat. Maybe financial constraint & byk dah beralih ke digital.
BalasPadamAnyway, akk pun suka anything in hardcopy; calendar, planner etc
ya saya rasa sebab financial juga tu, belanja berhemah gitu hehe
Padamsamalah..suka tulis appointment kt kalender....yg live tik-tok tu, ada jg yg tak tahu perkataan 'seylak'...
BalasPadamHairan saya masa tu
PadamJika kita selalu menulis, mesti hendak cari nota catatan hee
BalasPadambetul, kena guna planner la nampaknya
Padamsamalah...saya tahun ni masih belum berkalendar lagi meja. Payah nak conteng. Beli dekat shopee lambat pulak lahai seller nak ship out....sabor ajelah....
BalasPadamseller tunggu pos srentak banyak2 agaknya hehe
PadamHuhh . annoying tul cerita nombor satu tu... Ha ah, susah nak dpt kalendar tu.. sy pun baru dpt semalam.. seketul je... Huhu...
BalasPadamrezeki tu dapat juga kan ;0
Padammemang perlu ada kalendar meja
BalasPadamterutama yang kerja macam SR ni.
Kalau wak tak perlulah.
Hehe :)
Padamkene cakap omputih ngan seller tu kot... flip the calendar page pls.. apa perkataan lain utk selak ye? buka mukasurat berikutnya...ahahaaa formal sungguh.
BalasPadamkalau sy pun panas hati jg dia jwb mcm tu! apa dia igt dia sorg je penat keje? mahal sgt ke nk ckp elok2? eeee...😤
BalasPadamalahai, sama la cita kita pagi ni. kalau dekat dah leh pas dah. MA dpt 2 desk calender, 1 kasi kawan dah..ada extra 1 lagi ni.
BalasPadamzaman tiktok skrg dh kurang org pakai kalendar hardcopy tu., huhuhu
BalasPadammula2 wak baca "selak" dh kuning otak wak., hahaha
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.