Assalamualaikum wbt
Harapnya Secret Recepi tak bitterlah yang nickname SR sama dengan dia. Eheheh... Kisahnya birthday SR memang cepat benar sampainya. Maklumlah January Baby. Sudahlah January Baby, early January pula tu! Jadi belum apa-apa lagi dah bertambah umur SR walau baru sahaja masuk tahun baru.
Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan pada SR untuk meneruskan perjalanan hidup ini. Entah berapa lama bakinya, hanya Dia yang tahu. Umur-umur begini, SR berharap SR terus sihat untuk anak-anak, suami, dan untuk beribadah. SR juga berharap baju SR semakin longgar, tudung SR semakin labuh, lengan baju dan kaki seluar semakin panjang. Moga istiqamahlah SR yang sentiasa berbolak-balik hatinya ni.
Eh dah kenapa mulakan post dengan renungan untuk diri sendiri bila meningkat usia ni? Haha! Entahlah, faktor usialah tu kan. Bercerita tentang usia, seiringlah dengan kesihatan SR. SR dah tak berapa boleh nak makan manis banyak-banyak. Memang dah beritahu zaimi, birthday kali ni, SR tak perlukan sebiji kek macam selalu. Cukuplah SR dapat makan-makan dengan anak-anak, dan ada gambar bersama-sama dengan zaimi dan anak-anak. Sebagai tanda hari itu hari istimewa buat SR. Semestinya SR nak raikan dengan diorang berempat.
Sebenarnya ada hari kejadian ni, kami baru sahaja sampai dari Kelantan tengahari tu. Nasib baik jalan tak sesak. Mungkin sebab kami dah bertolak dari rumah mertua SR seawal 3.45 pagi. Perjalanan lancar. Jadi, petang sikit baru zaimi bawa SR dan anak-anak ke Secret Recipi Dataran Kemuning, Senawang, untuk makan-makan.
Terima kasih zaimi, moga Allah membalas yang terbaik buat rezekimu sebab menggembirakan isteri yang sudahlah tidak selawa mana, mengada-ngada pulak tu! 😜
Masuk dan duduk sahaja di meja pilihan, memang dah ada QR code siap-siap atas meja. Jadi buat pesanan nak makan apa (untuk yang dine in) dengan imbas QR code tu sahaja. Senang. Walau SR kata tak nak kek, zaimi kata ambillah 1 slice, kek kena ada. Baiklah! SR order Butterfly Pea Lemon Cheesecake. Siap ada tulisan Happy Birthday dekat piring. 😍
Untuk makanan pula, SR ambil Beef Lasagna. Zaimi ambil Chicken Chop, anak-anak ambil Kiddie Set Macaroni and Cheese. Adam pun nak kek juga, sibuk dia nak kek pisang. Jadi order juga lagi dua slice kek Chocolate Banana Cake untuk anak-anak kongsi bertiga.
Beef lasagna pilihan SR kali ni |
Seterusnya memang sesi merakam kenangan wajah SR di usia baru bersama empat ketul kesayangan SR ni. Lagi 10,20 tahun, kita tengok semula gambar-gambar ini ya wahai anak-anak omak!
Nama saja set kanak-kanak, portion dia banyak! |
Hari ni masuk office, agak blues dan kesenduan sebab dah bercuti 5 hari. Nak kena warm up dulu sebelum meneruskan kerja. Itu yang update blog dulu. 😂
Selamat bekerja semua!
Selamat hari lahir, SR.. memang sesuai la tu sambut di SR.. kek biru tu kita tak pernah makan. Oh, kita doakan segala yang SR hajati akan dimakbulkan Allah SWT, insyaAllah... Amiiinnnn.
BalasPadamAlhamdulillah, selamat hari lahir kak syaz! Semoga sihat selalu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat..ameen!
BalasPadamSelamat ulang tahun SR. moga terus berjaya, dimurahkan rezeki panjang umur
BalasPadam3 beradik tu dah berspek mata semua nya ye, emaknya je tak berspek mata. Paling comel ayu la berspek merah tu. HB buat SR yang sambut bday di kedai SR heheheheh. Berkenan tengok kek tu cantik warnanya
BalasPadamSelamat hari lahir SR...semoga success untuk 2023 dan diberikan kesihatan yang baik ye...
BalasPadamhappy birthday SR,,,moga sentiasa dirahmati Allah....aamiin.
BalasPadamsama..MA pun hari tu ckp x nak kek, sbb bawak balik kek dr opis je...just makan2..sama la. moga sama2 kita istiqomah ..jadi hambaNya yg solehah....aamiin.
ni pun dah meriah dah sambutan & lebih meaningfull..kannn
Wah...pandai pilih SR untuk sambut birthday SR.....Happy Birthday SR.
BalasPadamSR di SR?
BalasPadamOooo... baru faham...
Semoga diberkalt!
sanah helwah syaz sihat sejahtera selalu murah rezeki sukses dunia akhirat
BalasPadamSelamat Hari Lahir SR. Semoga sentiasa dilimpahi rezeki dan bahagia bersama keluarga
BalasPadamWah..2SR bertemu..hihihi
BalasPadamHappy birthday SR..semoga diberkati Allah selalu..
Eh,tu kek bunga telang ke SR?
Sanah helwah SR...semoga sentiasa dirahmati Allah & bahagia disamping keluarga tersayang...
BalasPadamtak lengkap birthday celebrate kalau x de kek..hihi...cheese cake x brp manis..just nice..
Selamat bertambah usianya SR...semoga sentiasa sihat, sentiasa ceria, istiqomah dalam segala yang dilakukan.
BalasPadamAmmi pun ntah bila nak labuhkan tudung, ntah bila lengan baju tu tak singsing sampai ke siku...ishhhh
happy birthday SR semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahi kebahagian dunia akhirat aminnn
BalasPadamHepi belated birthday SR! Semoga kekal sihat dan istiqamah dalam memperbaiki diri
BalasPadamAlhamdulillah.. Happy Belated Birthday ye.. Moga sihat, dipanjangkan umur dan tercapai apa jua hasrat yang belum tercapai atau ingin dicapai lagi..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.