Assalamualaikum wbt
Ayu pula memang suka sangatlah kalau dapat pergi Mesra Petronas tu. 7-Eleven pun dia suka juga. Antara sebab dia suka ke kedai-kedai macam tu sebab dia ada banyaaaaak pilihan untuk dia beli samada air atau makanan. Teruja betul kalau kita bawa dia ke sana.
Jadi masa tu, dia pilih untuk beli Susu Pisang Farm Fresh ni. SR pun sebenarnya tak ingat kalau-kalau SR dah pernah minum ke belum susu pisang keluaran Farm Fresh ni, Rasanya macam yang SR pernah minum tu yang cap Dutch Lady kot.
Ayu nak beli cap Farm Fresh ni sebenarnya sebab abang-abang dia selalu beli di sekolah. Tapi, tak pernah beli untuk dia. Haha! Bila sapai rumah, selalu dah tinggal kotak aje. Benganglah member!
Jadi SR belikanlah untuk ayu sekotak. harga RM3 lebih rasanya kalau tak silap SRlah.
Susu Pisang Farm Fresh ni diproses secara UHT. Jadi, boleh simpan di luar peti ais selagi belum bukak. Bila dah buka, kena simpan dalam peti aislah kalau tak nak bagi rosak. Dari segi rasa, susu pisang ni rasanya amatlah pisang. Dari segi khasiat, ada tertulis juga di kotak dia. Sepertimana kita tahu, pisang memang banyak khasiat untuk kesihatan kan 😋
Memang macam tengah kunyah pisang. Macam tu lah rasanya. Cuma dia dalam bentuk cecair. Tak rasa sangat 'susu' dia. Rasa pisang dah tandingi dengan sangat jayanya! Hahah!
Mungkin tak berapa kena dengan selera SR, SR tak berapa suka sangat. Tapi ayu kata sedap. Sekejap aje dia minum dah habis sekotak. Balik rumah, terus dia cerita dengan abang-abang yang dia pun dapat dah minum Susu Pisang Farm Fresh.
Kalian pernah minum tak susu pisang? Cap apa? Sedap tak bagi lidah dan tekak?
Dulu mula2 dulu beli susu pisang yang brand Neelofa tu lepas tu skrg duk beli yang Dutch Lady plak..
BalasPadamBelum pernah cuba. Belum tergerak hati.
BalasPadamYang Farm Fresh ni x pernah minum...kat Family mart SA ada beli...x ingat plak namanya...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.