Assalamualaikum wbt
Ya, akhirnya wishlist SR untuk dapatkan minyak wangi Yara ni tercapai. Yeehaa! SR dah lama teringin nak beli Yara ni tau. SR rasa, mungkin sebab dia asyik lalu-lalang sahaja di timeline TikTok SR sejak awal tahun 2022 hari tu. Lepas tu, minyak wangi Yara ni pula cepat betul habis bila restock. Tak dan SR nak order. Kadang time dia ada, fulus tak ada. Time fulus dah ada, dia pulak sold out. Review memang mengancam. Marketing dari kedai ElArab tu pun memang menggoda aje selalu.
Bahagian depan kotak Lattafa Yara |
Tapi minggu lepas, dia ada stock di kala fulus pun adalah lebih sikit untuk SR berjoli. Kita dah kerja penat-penat, mestilah nak beli sesuatu juga untuk diri sendiri kan? Ahaha! Jadi, setelah berfikir panjang (tak adalah panjang mana, sembang!) SR pun terus sahaja klik order. Buat bayaran terus. Tak sampai 3 hari, sampailah Yara ke dakapan SR.
Seronok tak usah cakaplah. Memang teruja tahap dewa. Terus unbox perlahan-lahan macam ada orang nak marah pulak kan kalau tercarik kotak dia. Sampai macam tu tahap SR seronok dah dapat beli Yara ni haa uolls.
Yara diperbuat dari benda-benda seperti di senarai tertulis di kotak |
Bila dah cabut plastik luar kotak tu, terus buka kotak dan intai ke dalam. Nampak aje tudung minyak wangi tu, memang tersenyum lebar. Tarik keluar, terus rapatkan ke pipi, menghayati keterujaan memegang botol tu.
Ya, SR over pulak masa dapat pegang Yara ni. Ahahah!
Made in UAE |
Lepas dah unbox buat apa?
Ya lepas dah unbox, mestilah terus sembur ke belakang tengkuk, pergelangan tangan dan seluruh badan. Memang wangi dan puas hati. Kiranya SR tak kecewa sebab bau dia best dan menepati expectation SR. Orang lain SR tak tahulah, tapi bagi hidung SR, enak dan harum sekali dong. Sebab kan kalau minyak wangi dari tanah arab ni, bau dia agak kuat kan, macam minyak atar. Tapi ini tak, ini best sangat. Lovvvveeeee sangat!
Dah sembur banyak-banyak, tanya zaimi ulang-ulang kali, wangi tak? Wangi tak? Sampai penat member tu nak menjawab soalan SR yang sama aje. Nasiblah dia memang dah masak dah perangai bini dia yang seketul ni.
Dekat zaimi pun SR ada belikan juga sebotol, Harem Al- Sultan. Best bau dia. Tak ingat pula nak tangkap gambar sebab zaimi dah ambil simpan dalam almari dia. Selain tu, SR order juga minyak pati wangian Raudah Madinah dua botol. Sebotol SR bagi pada emak, lagi sebotol SR guna untuk sapu [ada baju sekolah anak-anak setiap pagi sebelum diorang ke sekolah. Bagi wangi sikit. Budak-budak tu sudahlah tiap kali balik sekolah aje, bau ayam goreng! Ahahah!
Semua ni SR beli dari El Arab Store di TikTok. Siapa ada TikTok, klik sahaja sini. Boleh tengok kedai dia, macam-macam minyak wangi arab dia jual. SR bukan tengah buat paid review ya! Selain minyak wangi, kedai dia pun ada jual bukhoor semua tu.
Tengoklah sendiri nanti ya.😁
mesti wangian yara semerbak tiap ruang jiwa raga
BalasPadamTak pernah bau lagi Lattafa Yara ni. Girlish sangat botol dia so pinky.
BalasPadamMrs. A suka bauan lembut manis. Macam bau raudhah tu
Imej muslim gitu
BalasPadamUnik botolnya. Warna pun lembut. Memang menggoda.
BalasPadamemm..wangiiiii
BalasPadambest dan seronok kalau dapat barang yang kita idamkan ini..rasa syukur tu memanjang
BalasPadamlawa packaging dia. sekali tgk mcm tumbler mini ;-)... klau EDP mmg syok laa... lama sikit boleh bertahan keharumannya tu
BalasPadamBau Yara ni macam mana Syaz? bau citrus ke, atau bau sweet2 candy ke..bau bunga ke..mcm ada nampak hari tu..eh...ni kang ada terjebak kang ni
BalasPadampada saya, bau candy kot. lembut2 je hehe
Padamaida lom pernah try beli kat tiktok, SR.
BalasPadamada klik klik jugak. tapi mcm pemalas nak explore seterusnya :) h aha ha ha...
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.