Assalamualaikum wbt
Jumaat lepas SR ada beritahu yang anak-anak lelaki SR telah selamat berkhatan, tapi bukan dengan kaedah laser, iaitu kaedah yang banyak digunakan di klinik-klinik sekarang. SR dan zaimi memang gerun sedikit dengan kaedah laser tu. Jadi kami memang cari klinik yang menggunakan kaedah lain, yang bukan laser. Ada beberapa klinik yang kami survey yang menggunakan kaedah laser di Senawang ni. Kami juga ada telefon tanya di Hospital Salam.
Bila tengok dia punya quotation, demam SR. Alamak, bukan taraf SR lah kot nak bawa anak sunat di sana. RM3K ke 4K seorang. Tercekik taik gigi SR masa tu. Haha.
Kami pun teruskan pencarian untuk khatankan juga adam dan amir hujung tahun 2022 ni. Dah janji sebenarnya. Adam dan amir pun memang dah bersedia mental diorang, untuk disunatkan tahun ni. Kiranya by hook or by crook, 2022 adalah tahun mereka disunatkan.
Akhirnya kami terjumpa iklan dari Klinik Usraa yang terletak tak sampai 5 minit pun dari rumah kami.
Proses berkhatan di Klinik Usraa ini pula adalah menggunakan teknik Rapid Clamp. Alhamdulillah, dah jumpa klinik yang bukan laser, dan dekat pula dengan rumah. Harga pun memang seperti yang kami bayangkan, bukanlah sampai riban-riban. Marhaen. Tak mampu uolls nak riban-riban. Tapi siapa yang mampu, apa salahnya kan?
Okey berbalik pada Klinik Usraa, bayarannya adalah RM150 untuk proses sunat tu. SR pun WhatsApp untuk booking. Memang pantas sangat proses untuk booking dan daftar. Senang kerja, guna WhatsApp sahaja. Selesai booking, pihak klinik minta kami bawa adam dan amir sehari sebelum hari yang kami booked untuk khatankan mereka tu ke klinik dulu. Untuk doktor periksa keadaan 'organ' yang hendak disunat tu.
Sementara tunggu tarikh berkhatan tu sampai, SR pun sediakanlah apa yang patut. Adam dan amir memang dah ada seorang sehelai kain pelekat kanak-kanak, SR belikan lagi sehelai seorang.
SR juga ada belikan penghadang untuk letak kain selepas berkhatan tu. Ala beli di shopee sahaja, RM10. Kalau ada yang rajin dan pandai buat, boleh buat sendiri sahaja guna batang paip plastik. Tujuan SR beli penghadang tu, sebab rumah SR tak ada alang / beam untuk gantung tali.
Yang bentuk 3 segi dekat tepi dinding tu lah penghadang kain sunat tu. |
Malam sebelum berkhatan tu, SR dan zaimi juga pergi belikan ikan-ikan untuk adam dan amir makan semasa proses berpantang selepas berkhatan. Walaupun teknik rapid clamp ni dikatakan kurang luka, lekas sembuh semua, tapi kami tetap pantangkan adam dan amir.
Sebelum pergi, dah ready kan tempat untuk adam dan amir berlabuh selepas balik dari klinik. Masa bergambar ni, masing-masing dah berdebar-debar. Bukan adam dan amir aje, SR pun berdebar bukan main tau!
Dah sedia semua, kami pun bertolaklah ke Klinik Usraa tu. Bergambar kenangan dahulu depan klinik dengan adam dan amir. SR memang selebet gilaa dah. Berdebar mengalahkan anak-anak, nak bersiap pun dah tak ada selera masa ni.
Benda paling penting yang perlu dibawa ke klinik untuk berkhatan ni adalah MyKid. Untuk pendaftaran. Memang pihak klinik pun dah ingatkan tentang tu. Jadi, masuk sahaja ke klinik, terus zaimi uruskan pendaftaran.
Menunggulah adam dan amir dengan penuh debaran. Doktor akan panggil bila-bila masa sahaja masa ni. Memang dua-dua dah tak berapa nak bercakap dah. Banyak melayan perasaan sendiri aje.
SR pun pangku dan peluklah dua anak bujang SR yang dah tiba masa nak jadi dewasa ni. Teringat pula masa diorang kecil, selalu dua-dua berebut nak duduk atas riba SR serentak. Umur pun tak jauh, selang 2 tahun sahaja. Jadi masa amir setahun, adam baru 3 tahun masa tu. Sekarang, seorang dah darjah 3, seorang lagi darjah 1. Sekalikan sahajalah waktu berkhatan ni. Senang bagi SR.
Cukup masa, nama adam dipanggil masuk dulu. Doktor memang dah beritahu, setiap seorang, akan ambil masa dalam 1 jam. Jadi, tinggallah amir dekat luar dengan SR. Zaimi temankan adam berkhatan dekat dalam. Amir pun tak tentu rasa. Jadi dia pun naik berhayun dekat hammock yang disediakan, SR rasa dia tengah tenangkan diri dia masa tu.
Hampir 1 jam masa berlalu, adam dah selesai berkhatan.
Walaupun muka nampak macam tidak selesa, tapi dia terus-terusan kata dia okey. Tiba giliran amir pula untuk masuk ke bilik prosedur.
SR tunggu dahulu di luar dengan adam. Borak-borak dan tanya pengalaman dia dekat dalam bilik tu tadi. Soalan klise dari mak mak, "Sakit tak?" "Rasa apa sekarang?" dan ulang-ulang tanya dia okey ke tidak. Adam memang jenis yang tahan sakit. Masa dia demam waktu dia baby dulu pun, dia memang akan diam aje. Tak merengek. Jadi walaupun dia kata dia okey, SR risau juga. Duduk-duduk sekejap, ada staf klinik bagi adam sijil penyertaan dan ajak ambil gambar. Lucu pula bagi SR, sebab dapat sijil Hehe...
SR pun ada beberapa kali keluar masuk ke bilik prosedur tu, terutama masa amir. Amir jenis tak tahan sakit sikit. Dramatik kalau tengah sakit. Haha! Jadi, bila kami bagitahu macam tu pada doktor, doktor suruh zaimi bagi amir telefon untuk amir pegang ketika prosedur. Kasi dia tengok Youtube, atau main game. Kira macam nak distract dia. Alhamdulillah, sekali aje dia cakap 'aduh' agak kuat, lepas tu dia tahan aje. SR pun dah pesan dekat dia, kalau sakit, amir ketap aje gigi kuat-kuat! Dan nampaknya dia ikut apa SR pesan.
Syukur, selesai dah prosedur dua-dua. Walaupun nampak perit, amir tetap sengih. Sebab SR dah kata dan janji, siapa yang menangis keluar dari bilik sunat, tak dapat hadiah. Itu yang digagahkan juga untuk sengih! Haha!
Bergambar kenangan dahulu dengan sijil masing-masing sebelum bergerak balik ke rumah. Zaimi pun dah selesai buat bayaran. Memang jalan perlahan-lahan masuk kereta. Masing-masing walaupun sakit, mulut tu asyiklah tanya, bila boleh dapat hadiah? Haha!
Sampai sahaja di rumah, terus baring dan rehat-rehat. Teknik rapid clamp ni sebenarnya, kalau diikutkan, boleh sahaja tak angkat kain guna penghadang tu. In fact, boleh pakai seluar terus. Tapi, adam dan amir kata ngilu dan seriau. Memang diorang baring dan tenangkan diri dalam selimut aje sehari dua.
Bila dah selesa-selesa, dah tenang-tenang, SR pun bagilah hadiah yang SR janjikan. SR kata, siapa yang menangis masa keluar dari bilik sunat, tak dapat. Siapa yang keluar dari bilik sunat tu sambil tersenyum, akan dapat Robux, iaitu matawang untuk permainan Roblox yang diorang suka main tu.
Memang senyum sampai ke telingalah masing-masing haa. Game Roblox tu memanglah jadi kegilaan anak-anak lelaki SR ni. Tak apalah, sekali-sekala omak belanja.
Oh ya, clamp yang dipasang pada adam dan amir tu perlu dibuka di klinik selepas 5 hari. Tak boleh buka sendiri, kena doktor yang khatankan tu yang perlu bukakan semula. Jadi, nanti kenalah pergi ke klinik tu untuk proses seterusnya. Buat masa ni, memang tengah rilek-rilek berpantang sahaja di rumah.
Doakan anak-anak SR lekas sembuh ya!
SR akan kongsikan gambar clamp dan link ke video yang menunjukkan prosedur berkhatan guna rapid clamp ini dilakukan. Mungkin membantu ibubapa atau sesiapa sahaja yang tertanya-tanya bagaimana prosedur khatan guna rapid clamp tu dijalankan.
Rapid Clamp |
LINK VIDEO
SR tak dapat share terus video tu di blog, sebab syarat age restriction. Tak apa, boleh klik link di atas ni haa ya. Itulah sahaja cerita SR tentang anak berkhatan guna teknik rapid clamp di Senawang 😁
Baca juga: Anak SR Buka Clamp Khatan Selepas 5 Hari
semoga cepat sembuh Adam & Amir...berpantang elok2, jgn lasak2...
BalasPadamAlamak SA plak yang rasa seriau..SA plak yang rasa sakit diorang tu..adoiii hahahaha....x logik betul kan...apapun itu la sindrom yang SA alami dari kecik...hahahaha....selamat berpantang anak- anak..semoga cepat sembuh
BalasPadamAlhamdulillah, selamat menjaga ank2 pantang sis..hihi..si sulung sy aritu pon sunat guna kaedah clamp..kt kg masa tu...2almost 2 week..anak sy jenis berhati2 sgt ha hihi.penakut orgnya...tp alhamdulillah skrg dah srjh 6..sunat aritu ms nk msuk drjah 3.
BalasPadamSy baca pn dh neves.. sy ada 3 anak lelaki yg belum dikhatankan lg... kami di sini selalunya darjah 5-6 baru khatankan anak... selamat berpantang ye abamer & abadam
BalasPadamSemoga diberi keafiaatan kpd SR utk jaga anak2 dan tiada komplikasi dr kejadian ni, haha. Best baca kisah dorg ni sebab kita takde pengalaman, kan. Amir wpun tak tahan sakit tapi berani budaknya, syabas!
BalasPadamAlhamdulillah, dah selesai semuanya. Tahun depan, giliran anak-anak CPF pula.
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamTahniah Adam & Amir dah dapat sijil khatan..
Semoga Allah mudahkan urusan dan cepat sembuh.
Jauh-jauh mencari sampai 3k..4k kosnya...Rupanya " jodoh" 5 minit sahaja dari rumah ye..Alhamdulillah
Wah! Steady! Dua-dua senang!
BalasPadammurahnya SR buat teknik clamp RM150 je. Ozil haritu buat laser RM220 pastu bleeding teruk pulak. sedih betul. ni harini dah masuk hari ke 9 dia bersuant...masih ada keping darah lagi di luka dia tu. Kesian anak ammi.
BalasPadamsemoga abadam dan abamir cepat sembuh
Allahuakbar... Moga lekas sembuh anak Ammi
Padammcm mana la MA boleh terlepas bab ni.. apa pun, alhamdulillah dua2 boleh pakai seluar dah..congrats to both!!! berani sgt
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.