Assalamualaikum wbt
Mesti tengah rilek-rilek kan, sebab tu sempat buka blog SR ni, kan kan kan... Hehe... Selamat beristirehat bersama yang tersayang ya semua. SR pun entah sudah berapa kali tertidur hari ni. Cuaca pun redup saja. Emak dan abah SR pun baru aje berangkat balik ke Kuantan semula pagi tadi. Selepas hampir enam hari di rumah SR.
Alhamdulillah seronok sangat bila mereka ada di rumah. Semoga ada rezeki mereka datang lagi, dan rezeki SR sekeluarga balik Kuantan pula. Semalam, adik lelaki SR, Boi, datang ke rumah bersama keluarga kecil dia. Kami buat makan-makan sempena hari jadi emak SR yang 62. Dan sempena anak-anak SR dah habis berpantang dari berkhatan. Boi datang bawa kek, SR dan emak masak-masak sikit. Beli sate sikit. Nantilah SR buat satu lagi entry khas pasal tu. Hari ni mandom lah. Memang kekenyangan gilaa la semua semalam. Terdampar sebab food coma. Haha!
Hari ni SR tayang kek yang Boi bawa tu dulu. Cantik kan? SR suka sangat rupa dia, estetik pula di mata SR. Dalamnya perisa coklat, icing dia padu. Tak manis, just nice. Kek pula jenis kek butter. Memang tak kering dan terlalu dry macam kek span.
Ayu dan anak perempuan Boi, berebut bola-bola atas kek tu! Haha! Turn out rupanya tak edible. Jadi diorang main sahajalah benda tu. Itu pun dah happy dah gegirl berdua tu.
Okey kalian, rehat-rehat lah ya!
Cantek lah SR kek nya. Ibu sedang berguling2 SR penat blk dari kenduri tadi. ;)
BalasPadamHappy Birthday utk mak SR, moga sihat selalu 🤲
BalasPadamCantik keknya. Kita kena request ye nak macamana? Akk ni setakat minta tulis HB je selalunya...
Semoga diberkati selalu...
BalasPadamCantik keknya...Sis suka...happy birthday mak SR...moga sentiasa sihat...dipanjangkan usia...
BalasPadamhepi bestday buat mak syaz
BalasPadamcantiks.. unik je
BalasPadamSemoga mak panjang umur dan diberkati hidupnya di dunia& akhirat
BalasPadammoga makcik kekal sihat dan ceria ye :)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.