Assalamualaikum wbt
Baru-baru ni kan, amir balik dari sekolah mengadu dekat SR yang ada kawan sekolah dia cakap yang kasut sekolah dia buruk. Amir kata, kawan dia tanya, "Eh, kenapa kasut kau buruk?"
Hahaha!
SR gelak aje. Sebab apa tau, dia yang berkeras nak pakai kasut lama adam. Masa dia masuk sekolah awal tahun ni, semestinyalah zaimi dah belikan dia dan adam kasut sekolah baru. Kasut yang zaimi beli tu jenis yang sauk sahaja. Tak payah ikat, tak payah nak strap.
Tapi amir yang tak nak pakai. Alasan dia mula-mula tu, dia nak pakai kasut lama adam tu masa hari yang ada PJ aje. Kisahnya, masa dia pakai kasut sauk tu, kasut tu terpelanting jauh masa dia sepak bola. Ada sekali tu pulak, dia pakai masa pemilihan wakil lumba lari, pun kasut tu buat hal, tercabut! Jadi dia dapat nombor corot sebab dia patah balik nak ambil kasut tu!
Jadi, dia macam 'berdendam' dengan kasut baru tu. Adam pula zaimi belikan jenis yang sama, elok aje. Nak kata terlebih besar, tak juga. Entahlah kenapa asyik tercabut. Disebabkan itulah amir memang abaikan aje kasut dia, dan dia kata nak pakai kasut lama adam.
Kasut lama adam tu pula, beli di Bata aje, tapi ada label Ejen Ali. Mulai dari kami benarkan dia pakai kasut adam, memang dia pakai kasut tu sahaja hari-hari. Kiranya sampai usanglah dia lenjan kasut abang dia tu.
Kasut Ejen Ali Adam yang lusuh dilenjan Amir |
Sampailah ketika kawan dia highlight yang kasut dia buruk. SR dah kata banyak kali, pakailah kasut yang ayah beli tu (jenis sauk tadi) tapi dia tak nak. Dia macam trauma dengan kasut sauk tu. SR rasa dia digelakkan agaknya masa pemilihan wakil lumba lari tu. Dia memang reluctant sangat.
Kesian pula SR tengok.
Tak apalah, SR belanja dia kasut baru ajelah. Jadi SR pun bawalah dia ke Bata di Pekan Kuala Pilah tu. Mula-mula dia memang cari kasut Ejen Ali tu juga. Ada! Tapi malangnya saiz tak ada. Jadi SR pun tunjukkan kasut yang mirip-mirip dengan kasut Ejen Ali tu. Jenama B First.
SR suruh dia cuba pakai, suruh dia jalan-jalan dalam kedai tu, puji-puji sikit cakap dia handsome (beli jiwa), akhirnya amir setuju nak beli kasut B First ni. SR asalnya berkenan sebab reka bentuk dia. Amir kan suka yang strap macam tu.
Tapi rupanya dia menjanjikan sesuatu yang wow jugalah. Kasut ni anti busuk. Kills 99% of bad odor katanya. Ha kita tengok nanti, busuk ke tidak. Setakat ni stokin amir bau kaki amirlah.
Belah luar kasut ni tak ada bahagian kain tau |
Geli hati pulak dengan kejujuran kawan Amir tu 😅
BalasPadamHikmahnya, dapatlah jumpa kasut anti busuk. Nanti Syaz bolehlah buat review sejauh mana anti busuknya tu.
Insyaallah, haha!
PadamLepas ni lenjan macam mana pun tak busuk dah kasutnya, kan Amir. Tapi, tahun 2024 nt kena beli kasut lain sbb kasut lama2 akan buruk jugak.
BalasPadambetul3... buruk dan sendat!
PadamSy mmg belikan kasut bata utk bebudak ni... bata atau b first, dulu kini dan selamanya.... sbb tahan lasak, harga pun mampu milik
BalasPadamyeayy ada testimoni baik ni! Nampaknya saya tak salah pilih!
Padamsmart la kasut baru amir tu, punyalah dia anti kasut baru tu ye sebab menjadikan dia gagal dalam lumbar lari. KOt la malu dekat crush kan masa tu.
BalasPadamsaya pun syak macam tu hehe
PadamAnak sulung saya pun suka pakai kasut lama. Dah beli kasut baru pun dipakainya kasut lama yang dah lusuh
BalasPadamMacam waklah tak suka pakaian/kasut baru
BalasPadamSebab tu suka cari kat bundle
Lawa design nya.. Budak2 sekarang dah pandai memilih tak nak dah ikut saja apa yang kita pilih kalau tak berkenan dihati deme tu mmg jangan harap dia nak pakai.. Aqil pun sama SR skrg ni baju pun dia yang pilih kalau nak ibu pilih kena dpt kelulusan dari dia dulu.. Hishhhhh! Masa kecik2 dlu pakai je apa ibu beli skrg banyak songeh.. ;)
BalasPadamWah..bgus nie..lepas tiada lagi masalah kasut busuk lagi..kalau tak asyik nak spray febreez jer..ðŸ¤ðŸ¤
BalasPadamtall dark n hensem., hehe
BalasPadamwah amir dh dpt kasut baru yg serasi kalau masih rasa xserasi tentu kasut abang juga dipakai walau buruk
BalasPadammacam2 fesyen kasut sekolah sekarang..kita dlu 1 jenis jer ada..klu dapat yang tapak hijau tu kemain berlagak..haha
BalasPadamAda ye yang anti-odor? nanti boleh cari utk anak4 akak juga
BalasPadamNice kasut baru
BalasPadamSpiderman pakai kasut sekolah!
BalasPadammcm2 sekarang ni kan...
BalasPadamWahhhh nice sharing. Boleh la beli nanti nak masuk sekolah ni. Kasut budak-budak ni pun dah habis dilenjan deme
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.