Assalamualaikum wbt
Hari ni kan, birthday emak SR yang ke 62 tahun. Alhamdulillah, emak SR sihat walafiat. Kebetulan birthday emak tahun ni, pagi-pagi lagi SR dah dapat peluk dia sebab dia ada di rumah SR. Memang emak dan abah SR datang sebab nak tolong tengokkan adam dan amir sunat. Alhamdulillah.
Kenapa muka lain? Haha! Memang, SR tau ramai yang cakap muka SR dengan emak SR tak sama langsung. Dari SR kecil, kalau SR ke mana-mana dengan emak, orang tak akan sangkalah kiranya tu emak SR.
Emak SR ni, masa dia muda, dia nampak macam orang Cina. Mungkin sebab dia putih lah kot, SR pula lebih sikit rupa belah-belah utara, ikut abah SR. Kulit pun kelam bak tompok manggis je SR ni. Entah-entah ada aje yang ingat SR ni anak angkat haha!
Semoga emak terus sihat dan dipanjang umur dalam keafiatan. Semoga terus cergas dan kuat tubuh badan untuk beribadat dan menjaga kami. Tanpa emak yang banyak tolong kami adik-beradik itu ini, payahlah hidup kami. Syukur ke hadrat Tuhan kerana pinjamkan emak buat kami.
Si manja nenek dia ni. Dah dua malam dah, tidur dengan nenek. Lupa dah nak tidur dekat celah ketiak Omak dia si ayu ni. Tak apalah, bila nenek ada, tidurlah dengan nenek. Kalau tak, sekejap-sekejap nak video call.
Tapi, dalam menyambut umur baru, emak, dan SR sendiri, sedih sebab tarikh yang sama, iaitu 22 Disember 2008 dahulu, atok SR meninggal dunia. Ya, abah kepada emak SR meninggalkan kami semua pada tanggal yang sama dengan hari lahir anak sulung dia. Yang menambah kesedihan emak, masa atok SR meninggal, emak dan abah SR berada di Mekah menunaikan haji.
Dugaan buat emak SR. Rindu yang tak berpenghujung buat kami semua.
Doakan kesihatan emak SR ya semua, semoga doa yang baik-baik dari kalian itu, dibalikkan juga pada kalian semula oleh Allah swt 😉
Nampak muda emak Syaz, macam kakak dengan adik la pulak.
BalasPadamHappy birthday buat emak Syaz, moga diberi kebahagiaan dunia akhirat.
selamat hari lahir keada emak kak syaz, semoga diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu :)
BalasPadamHappy birthday makcik... walaupun muka dgn mak x sama tp dgn syaz dgn abah kopipes... hehehe
BalasPadamSanah helwah buat bondanya semoga sihat sentiasa.. Tapi SR ibu tengok bibir dan senyuman kalian berdua sama lah.. ;)
BalasPadamsemoga mak cik terus diberi kesihatan berpanjangan dan rezeki yg melimpah ruah daripadaNya bersama-sama keluarga tercinta. aminnn
BalasPadamhappy birthday to makcik, moga sentiasa dirahmati Allah
BalasPadamnampak mcm adik & kakak je la..
Selamat hari lahi buat emak Syaz...hari ni birthday mak SA plak...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.