Assalamualaikum wbt
Sesungguhnya masa adalah makhluk Allah yang paling cepat berlari. Rasanya baru sahaja SR up post tentang SR tempah kek birthday zaimi yang tahun 2020 ada ilustrasi muka dia atas kek. Dan rasanya baru ajelah juga SR cerita tentang birthday dia tahun lepas, yang mana masa tu kami baru tiba di rumah mertua SR dari Kuantan.
Dan hari ini, tibalah sekali lagi ulangtahun hari lahir suami SR. Bertambah setahun lagi umurnya, alhamdulillah.
Untuk birthday zaimi kali ini, SR belikan kek siap-siap di Kuala Pilah sewaktu perjalanan balik dari pejabat semalam. SR beli dari Ayubelina di Melang Point. Kiranya sambut awal sehari. Sebabnya, hari ni kami berdua agak sibuk berbengkel dengan rakan-rakan sepusat pengajian di Laman Gentam, Kuala Pilah. SR dah boleh agak, kalau dah letih, mesti tak ada mood nanti nak bergambar dan sebagainya.
Untuk keluarga kecil kami, setiap kali ada hari lahir sesiapa, kami akan cuba untuk meraikan dengan beli kek, atau makan-makan diluar. Saja, seronok-seronok. Kalau bukan kita yang gembirakan ahli keluarga kita, siapa lagi?
Keluarga sebelah SR, memang begitulah amalannya. Abah dan Emak SR memang meraikan ulangtahun hari lahir anak-anak dan sesama sendiri. Jadi bila SR pun dah ada keluarga sendiri, SR pula praktikkan. Bukan nak tiup lilin atau buat parti liar pun, hanya hendak menggembirakan yang tersayang 💓
Eh panjang pula SR berceloteh. Haha!
Jadi, sesampai sahaja di rumah, SR dan zaimi terus ajak anak-anak bergambar dan makan kek hari jadi ayah mereka. Sedap kek Ayubelina ni tau. Walaupun kek span, tadi tak kering. Icing dia sedap, design pun cantik. SR rambang mata jugalah semalam masa nak pilih kek! Harga pun memang mampu milik uolls.
Ini adalah hari lahir yang ke 17 zaimi sambut, ada SR disisi. Moga-moga ada banyak lagi hari lahir kami yang ada buat kami sambut dan raikan bersama-sama. Dan ini juga hari lahir ke 10 zaimi ketika sudah menjadi bapak orang.
Semoga semuanya yang baik-baik sahaja buatmu zaimi! Terima kasih pada reader juga sebab sudi singgah blog SR hari ni. Lagi beberapa hari sahaja kita nak melangkah ke 2023 kan? Macam mana? Okey ke 2022 ni?
Happy birthday mr ensem
BalasPadamhappy birthday mr Zaimi
BalasPadammudaa lg 😁
cantikk kek nya tu
Happy birthday En Zaimi!!! Semoga dipermudahkan urusan selalu... Sepesen je muka anak beranak bila semua pakai spec... hihihi
BalasPadamSelamat hari lahir, Zaimi. Semoga diberi keafiaatan & kesejahteraan di samping keluarga tercinta, Amiiinnn YRA.
BalasPadamMenarik kek tu, walaupun simple.
kan... tak perlu parti bebesar.
BalasPadamcukup sekadar ada ahli keluarga di sisi time tiup birthday.
jadik lah :) kegembiraan sebenar adalah bila semua ada di sisi.
Happy Birthday Zaimi :)
Happy birthday Zaimi... semoga bahagia selalu di samping isteri yang cantik lagi jelita serta anak anak yang bijaksana...
BalasPadamfamily kecik ammi pun gini....biasanya makan luar jelah sbb kek ni tak berapa digemari. Rasanya dorang lebih appreciate pulut kuning dari kek sbb penah beli kek berhari2 duduk dalam ice box tak habis
BalasPadamhappy birthday to cik suami...moga happy selalu disamping keluarga tersayang!!
BalasPadamSelamat hari lahir buat Pak Imam SR semoga dimurahkan rezeki dan baik2 saja semuanya..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.