Assalamualaikum wbt
#throwback
Terjumpa pula SR dengan gambar tandan kelapa muda ni. Sebenarnya, tandan kelapa muda ni adalah dari ayah mertua SR, dia kirim suruh zaimi bawa balik dari Kota Bharu. Waktu PRU15 haritu sebenarnya. Masa tu, zaimi hanya balik ke sana berdua dengan adam. SR, amir dan ayu tinggal, sebab SR mengundi di Semenyih.
Memang terperanjat SR masa tu, masa zaimi keluarkan dari bonet kereta.
Tudiaaa!
Punyalah banyak!
Puas SR minum air kelapa dan makan isi kelapa muda. Selagi tak habis, memang SR asyik suruh saja zaimi kupaskan kelapa muda tu. Dapatlah kami minum berjug, jug jugalah. Seminggu tu asyik minum air kelapa muda aje tau.
Haha!
Terima kasih buat ayoh sebab kirimkan kelapa muda ni pada kami. Kalau tak, kena tunggu balik ke sana dulu baru dapat merasa minum air kelapa percuma. Dekat senawang ni kan, dahlah air kelapa isinya sikit, ada pula yang dijual RM5 1 jug kecil. Air masam pulak tu.
Jadi bila dapat yang free dan sedap ni, takkan nak tolak rezeki kan? Hehe... moga murah rezeki ayoh hendaknya. Ada rezeki kami balik lagi ke kampung. Cuma tak taulah bila. Ingat nak balik masa cuti Krismas, tapi tengok banjir sana sini ni, risau juga.
Apa-apa pun, sekarang ni SR dah terliur. Mana nak cari air kelapa ni? huwaaa!
Nampaknya kena balik kampung selalulah
BalasPadamWow best nyaaa dapat minum air kelapa free2 je... Skrg nak cr yg fresh susah.. Semua dah tmbh gula
BalasPadamIpoh ni pun kelapa sebiji mahal SR. Sama juga kecik dan airnya masam. Hihihihi! Ibu suka kelapa pandan. ;)
BalasPadamKalau bulan puasa, memang puaslan minum air kelapa muda ni.
BalasPadamAduh sedapnya air kelapa. Free lagi sedappp
BalasPadamBelakang rumah saya ada tanam sebatang pokok kelapa pandan. Tak sabar menanti ia berbuah.
BalasPadamHijaunya kelapa, tanda betul2 kelapa muda.
BalasPadamwahhh bestnya puas la dok minum air kelapa muda ya, akak kalau balik kampung pun suka suh adik petikkan buah kelapa pandan nasib pokoknya memang reneh
BalasPadamNak balik kelantan sekarang takut banjir pulak kan? tengok gambar dulu lah... hehehe... tp mmg puas hati minum kalau dpt stok bertandan-tandan gini
BalasPadamMemang best kalau dapat setandan macam nie.. Puas minum.. Sini sebiji RM5..
BalasPadamMak oiii banyaknya kelapa muda..kat Seremban tu sebiji cecah RM7, kena balik kampung kalau nak minum air kelapa muda
BalasPadamTudiaaaa..puas la minum ayaq nyoq...Sedap segar lalu kat anak tekak
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.