Assalamualaikum wbt
#unbox
Baru-baru ni SR ada beli make up bundle dari TikTok Live Shop, dan salah satu item yang ada dalam bundle tu adalah Gecomo Eyeliner ni. Sebenarnya SR agak tak sabar juga menunggu dia sampai, sebab rupa dia. Jom SR tunjuk macam mana rupa dia!
Kotak dia belah depan ada gambar Queen..? Dan kotak dia berwarna pink belacan. Penuh tulisan cina sahaja.
Tadaaa! Cantik tak? Cantik tak?
Cantik kan? Pada mata SR cantik! Ada diamond- diamond gitu. Abaikan ajelah salah ejaan Queenn Diamon tu kot eh? Sekali pandang dah macam Doraemon. Haha.
Gecomo eyeliner ni ada macam-macam warna, tapi SR punya warna putih. Masa buka penutup dia, tampak meyakinkan. Mata eyeliner dia punyalah cun tu haaa. Maka, SR pun terus pakai di atas eyeliner yang SR memang dah pakai. SR memang ada apply eyeliner hitam, ala yang Wawa Cosmetic tu lah. Jadi, SR nak doublekan eyeliner SR masa tu.
Nampak tak eyeliner putihnya? Adalah dekat hujung-hujung wing eyeliner SR tu. Tapi warna dia tak berapa terang daaa... Aiseh.
Kiranya, SR boleh katakan yang packaging dengan rupa dia memang cantik, kualiti je tak berapa jitu. Tak apalah, nanti SR cuba-cuba tenyeh lagi, sambil goncang-goncang. Manalah tahu baru liquid dia keluar betul-betul. Kalau tak, SR pakai liquid paper ajelah. Ahaha! Eh tak tak, SR simpan ajelah eyeliner Gecomo ni dalam laci, sebagai koleksi.
Di kesempatan ini, SR nak mengucapkan selamat tahun baru 2023 kepada semua reader yang hadir malam ambang tahun baru, dan pagi tahun baru 2023 ini! Semoga 2023 lebih baik buat kita semua!
Nampak sikit2 dia ada glitter sikit ke SR?! Apapun mata SR yg ibu fokus.. Mata SR cantek sgt.. ;) Happy New Year! Xoxo! ;)
BalasPadamCantik bentuk eyeliner ni.. bila dah pakai kat mata tu pun elok hasilnya.
BalasPadampandai SR guna eyeliner putih. saya tahu guna yang hitam sahaja. tu pun senget benget.
BalasPadamWow.. Menariknya.. Dijadikan hadiah pun cantik nie..
BalasPadamcantiks packaging nya. sama ngan Sal, MA pun tahu guna yg hitam je.. tu pun jarang2 la sgt.. he he he..
BalasPadamhappy new year SR!!!
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.