Assalamualaikum wbt
Pejam celik menung menguap, tiba-tiba dah petang Jumaat. Minggu depan ada public holiday hari Isnin. Musim hujan dan banjir ni, SR tak bercadang nak ke mana-mana. Menghabiskan masa berkepit dengan anak-anak sahajalah rasanya (dengan bapak anak sekali haha). SR terjumpa gambar ni semalam. Terus rasa syahdu dan sedikit sayu.
Ini gambar anak sulung SR, Adam. Masa ni umur dia baru tiga, empat bulan macam tu. Kecil lagi.
Bila SR kenang-kenang balik, masa baru-baru jadi seorang emak, SR memang banyak terkial-kial dan kekok. Banyak sangat benda baru yang SR belajar dan buat selepas jadi seorang emak. Bila diingat-ingat, memang banyak betul perubahan pada diri SR selepas ada anak. Walaupun masa tu, ada juga rasa stress dan nak give up. Macam susah benarlah nak jaga anak kecil kan. Haha!
Tapi itulah, apa-apa sahaja benda kalau kita dah buat hari-hari, dia ibarat practise. Macam pesanan cikgu-cikgu Matematik kita dulu.
Prektis!
Prektis!
Lama-lama, kalau dah selalu prektis, boleh tackle soalan dengan senang!
Ha samalah dengan kehidupan ni sebenarnya. Sama sahaja dengan apa-apa sahaja yang kita buat di dunia ni. Jaranglah kita terus cekap bila sekali buat. Kena buat berkali-kali. Kena cekal dan tak mudah putus asa. Kena terus!
Sekarang ini pun, bukanlah SR kata SR dah terer sangat menjaga anak, menjaga keluarga. Tapi, SR lebih baik dari SR yang dulu. Tak perlu nak banding dengan individu lain. Banding dengan diri sendiri sahaja pun dah boleh bangga dengan apa yang diri sendiri dah capai. Agitchew...
Sekarang pun, bukanlah kehidupan sebagai seorang emak tak mencabar macam jaga baby. Lebih mencabar adalah! Tapi, strategi dan kaedah dah berubah. Dulu anak tolak barang jatuh dari meja, kita haipppp sambil senyum, seronok tengok dia dah boleh bergantung-gantung belajar berdiri. Sekarang, kalau dia jatuhkan barang sebab kecuaian, tak kan nak haippp sambil sengih jugak? Mestilah kena add on dengan tazkirah, tarbiyah dan lepukan separa padu. Kadang pakej bebel tu, ayah dia pun kena sekali. Haha!
Begitulah hidup ini kan. SR pun sekarang berdebar juga bila mengenang anak-anak dah meningkat remaja. Masa kecil dan baby, ibu bapa ni hero dan paling best di mata mereka. Sekarang dah ada kawan-kawan. Dah ada pengaruh video game, Youtube dan sebagainya. Memang strategi untuk mendidik anak, telah berubah sedikit demi sedikit. Diiringi doa jugalah agar dipermudah urusan SR dan zaimi dalam membesarkan amanah-amanah Allah yang tiga ketul di rumah tu.
Moga-moga lagi sepuluh tahun, SR terpandang gambar anak-anak pada tahun 2022, SR rasa yang sama kelegaan yang SR rasa hari ni, bila SR berjaya harungi fasa mereka bayi dan kecil tu. Insyaallah.
Take care korang.
Terima kasih baca coretan SR petang ni.
tahniah kerana berjaya mengharungi fasa menjadi seorang ibu dgn jayanya!
BalasPadamIbu kepada bayi yang tiga orang tu, ya kot. Selebihnya usia mereka, saya berdoa semoga diberi kemudahan hehe...
PadamInsyaAllah akak yakin Syaz mampu memberi didikan terbaik untuk anak-anak dalam keadaan dunia yang semakin mencabar ni.
BalasPadamibu mithali kebanggaan famili
BalasPadamsemoga terus kuat. mak-mak memang akan kuat je selalu.
BalasPadambelum ada rezeki lagi menjadi emak, tapi sangat mengagumi emak-emak semuanya..
BalasPadamIn shaa Allah .
BalasPadamWalau kita tak sempurna sebagai ibu,dengan doa pastinya Allah menolong kita...
Bila kenangkan anak yang semakin dewasa emo rasanya.. Cepatnya masa berlalu.. ;)
BalasPadamprektis sampai akhir hayat
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.