Perkongsian pembacaan SR dari Maktabah Al Bakri
Ramai daripada kalangan kita tidak mengetahui cara Allah SWT menerima doa para hamba-Nya sehingga mereka menyangka bahawa Allah SWT tidak menerima doa mereka. Di sana terdapat sebuah hadith yang membicarakan berkaitan hal ini sebagaimana riwayat Abu Sa‘id al-Khudri R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَدْعُو بِدَعْوَةٍ لَيْسَ فِيهَا إِثْمٌ، وَلَا قَطِيعَةُ رَحِمٍ، إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ بِهَا إِحْدَى ثَلَاثٍ: إِمَّا أَنْ تُعَجَّلَ لَهُ دَعْوَتُهُ، وَإِمَّا أَنْ يَدَّخِرَهَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ، وَإِمَّا أَنْ يَصْرِفَ عَنْهُ مِنَ السُّوءِ مِثْلَهَا
Maksudnya: “Tidaklah seorang Muslim itu berdoa (dengan doa) yang tidak mengandungi dosa dan bukan bertujuan memutuskan silaturahim, melainkan Allah SWT akan memakbulkannya (doa itu) dengan tiga cara; sama ada Allah SWT akan memakbulkan doanya sesegera mungkin, atau Allah SWT menyimpan (menjadikannya pahala) baginya di akhirat kelak, atau Allah SWT akan menjauhkan daripadanya kejelekan.” [12]
Justeru, difahami daripada hadith ini bahawa terdapat empat cara Allah SWT menerima doa para hamba-Nya iaitu:
- Allah SWT akan memberikan kepada hamba-Nya di dunia sepertimana yang diingini oleh hamba tersebut. Adapun bagi cara ini terbahagi kepada dua iaitu sama ada terus dimakbulkan permintaan tersebut atau ditangguhkan kepada tempoh waktu tertentu sebelum dikabulkan.
- Allah SWT akan menyimpan doa tersebut di hari akhirat kelak kerana Allah Maha Mengetahui bahawa hamba tersebut lebih memerlukannya di sana.
- Allah SWT akan menjauhkan hamba tersebut daripada perkara-perkara yang buruk atau musibah yang berlaku kepadanya.
- Allah tidak memperkenankan doa tersebut kerana lebih baik beliau dalam keadaan begitu, berdasarkan ilmu Allah, maka itu lebih baik baginya. Justeru, tidak memperkenankan itu, adalah memperkenankan ke arah yang lebih baik.
Kemustajaban Doa pada Hari Jumaat
Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:
فِيها سَاعَةٌ لاَ يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ، وَهْوَ قَائِمٌ يُصَلِّى، يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهُ
Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.” [13]
sentiasa husnuzon dengan Allah...sebab baru je last week ammi bagi tau kat Ozil bila dia kata "kenapa Allah tak makbulkan doa Alip...alip sakit ni"...
BalasPadamSentiasa bersangka baik kepada-Nya.
BalasPadamSetiap doa didengar, ada jawapannya, hanya kita sahaja sebagai hamba-Nya perlu melihat dengan mata hati.
In shaa Allah! Doa senjata kita.. Semoga kita tak berhenti dari meminta dan merintih merayu padaNYA.. ;)
BalasPadamAllah tau yg mana terbaik utk setiap hambaNya.... good sharing, tq!
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.