Hukum Sentuh Tin yang Mengandungi Bahan Berasaskan Babi
Assalamualaikum wbt
SR kan, kalau ke pasaraya, selalu ternampak yang ada satu bahagian dalam pasaraya tu yang khusus untuk makanan yang tidak halal. Selalunya ada pekerja yang bukan beragama Islam yang jaga bahagian tu. Pembeli pula akan terus buat bayaran di sana sahaja, tanpa perlu bayar di kaunter pembayaran biasa.
Baru-baru ini juga SR ada terbaca tentang hukum orang Islam pegang tin yang ada babi di dalamnya. Meh SR kongsikan pada kalian semua. Soalan yang diajukan kepada Dr Zulkifli Al-Bakri beserta penerangan jawapannya.
Soalan:
Assalamualaikum w.b.t. Saya ada satu soalan. Saya ada terpegang satu tin makanan. Ketika membelek-belek tin tersebut sambil membaca kandungannya, baru saya perasan di dalamnya ada bahan yang berasaskan babi. Justeru, soalan saya adakah saya perlu menyertu tangan saya kerana memegang tin makanan tersebut? Mohon pencerahan. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.
Pada asasnya, para fuqaha telah bersepakat akan kenajisan daging babi sekalipun disembelih. Hal ini berdasarkan nas al-Quran yang telah menyebutkan bahawa babi adalah najis secara zatnya. Maka dagingnya dan kesemua bahagiannya sama ada bulu, tulang dan kulit adalah najis sekalipun disembelih.[1] Firman Allah SWT:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ
Maksudnya: “Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya).”[2]
Dr. Wahbah al-Zuhaili menyebutkan bahawa pengharamkan babi itu meliputi semua bahagiannya sehingga pada lemak dan kulitnya. Adapun dikhususkan dengan menyebut dagingnya sahaja kerana ia merupakan kebanyakan bahagian yang dimakan. Sesungguhnya syarak telah melarang untuk mengambil manfaat daripada semua bahagian babi.[3] Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah.’”[4]
Selain daripada itu, diqiyaskan babi dengan anjing dari segi basuhan sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan air bercampur tanah kerana babi lebih buruk halnya berbanding anjing. Justeru, ia lebih utama dari segi hukum bilangan basuhan.[5]
Berbalik kepada soalan yang diajukan, menurut mazhab Syafi‘i, menyentuh najis secara sengaja tanpa sebarang tujuan atau keperluan adalah haram. Hal ini adalah seperti mana dinyatakan oleh al-Khatib al-Syirbini, al-Ramli dan lain-lain bahawa:
التَّضَمُّخ بِالنَّجَاسَةِ حرام
Maksudnya: “Melumur dengan najis — secara sengaja — adalah haram.”[6]
Pengarang-pengarang hasyiah dalam mazhab Syafi‘i mengikat hukum haram tersebut, jika ia dilakukan tanpa sebarang keperluan seperti yang disebutkan oleh al-Syabramalisi, al-Syarwani dan lain-lain.[7] Di dalam Bughyah al-Mustarsyidin dinyatakan bahawa haram untuk menyentuh najis secara terus (direct) dalam keadaan lembap atau basah tanpa sebarang keperluan. Maka, wajib membasuhnya secara segera (jika menyentuhnya tanpa keperluan), berbeza sekiranya ada keperluan seperti beristinja’.[8]
Oleh itu, dapat difahami bahawa jika najis itu disentuh disebabkan adanya keperluan atau secara berlapik — yakni tidak secara direct — maka tidak mengapa. Begitu juga najis itu hanya akan menajiskan benda lain, jika kedua-duanya atau salah satunya (yakni yang menyentuh dan yang disentuh) dalam keadaan basah dan lembap. Di dalam Fiqh al-‘Ibadat ‘ala Mazhab al-Syafi‘i dinyatakan bahawa jika sesuatu yang najis atau mutanajjis bersentuhan dengan sesuatu yang suci, maka hendaklah dilihat. Sekiranya kedua-duanya — yakni yang bernajis dan yang suci — dalam keadaan kering, maka sesuatu yang najis (atau yang mutanajjis) itu tidak akan memberi sebarang kesan kepada sesuatu yang suci itu. Hal ini adalah berdasarkan kepada kaedah fiqh yang menyebutkan, sesuatu yang kering adalah suci tanpa sebarang khilaf. Namun, jika salah satunya atau kedua-duanya dalam keadaan basah (atau lembap), maka sesuatu yang suci itu akan dikira najis, disebabkan oleh persentuhannya dengan sesuatu yang najis itu.[9]
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada perbahasan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa tangan yang memegang atau menyentuh tin makanan yang mengandungi bahan berasaskan babi tidak perlu disertu yakni tidak perlu dibasuh sebanyak tujuh kali dan salah satunya dengan dengan air tanah. Hal ini kerana persentuhan yang berlaku itu bukanlah secara terus (direct) tetapi melibatkan dengan bahagian luar tin makanan tersebut dan bukannya dengan bahan berasasnya babi itu sendiri.
Selain itu, bahagian luar tin makanan itu dihukumkan sebagai suci bersih sehinggalah ternyata kenajisannya. Perkara ini bertepatan dengan kaedah yang menyebutkan:
الْأَصْلَ فِي الْأَشْيَاءِ الطَّهَارَةُ حَتَّى تَتَحَقَّقَ النَّجَاسَةُ
Maksudnya: “Asal bagi sesuatu adalah suci bersih sehinggalah ternyata kenajisannya.”[10]
Begitu juga dengan kaedah:
نَحْنُ نَحْكُمُ بِالظَّاهِرِ، وَاللهُ يَتَوَلَّى السَّرَائِرَ
Maksudnya: “Kita berhukum dengan apa yang zahir dan Allah yang akan menguruskan apa yang tersembunyi.”[11]
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Wallahua‘lam.
Baca juga:
Terima kasih SR atas perkongsiannya. ;)
BalasPadamWah! Header baharu! I like!
BalasPadam(Thanks sharing!)
Tk perkongsiannya
BalasPadamTerima kasih atas pencerahan...
BalasPadamPenting untuk kita ambil tahu macamani kan...Kadang ada ja yg tak pasal2 tanya...lepas kita bagi penerangan asas( kita dah la jahil🙈)...eh,dia dok tekan kita nak bg kita setuju jgk dgn pendapat dia.Terima kasih perkongsian bermanfaat
good sharing
BalasPadamterima kasih atas perkongsian adik manis
BalasPadamPerkongsian yang bermanfaat.
BalasPadamThank you for sharing
BalasPadamAlhamdulillah.. Terima kasih berkongsi info.. Baru Sha tahu.. Sebelum ini tak terfikir pun..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.