Assalamualaikum wbt
Sekarang ni, SR ada satu hobi baru. Bila ada masa lapang, SR suka tengok live orang berniaga di TikTok. Punyalah ramai yang berniaga di TikTok. Macam-macam diorang jual. SR kagum dengan kerajinan dan semangat diorang berniaga di sana. Memang berani dan rajin melayan pertanyaan dari orang yang masuk live tu. Kadang ada yang suruh tunjuk warna itulah, saiz itulah... Semua diorang layan. Postage pun kalau dalam Malaysia punya seller, taklah lama sangat kalau nak kena tunggu. Ada sekali tu, SR beli hari ini, esoknya dah sampai!
Jadi, adalah sekali tu SR masuk live seller dari China yang jual barang make up secara bundle. Seronok pula SR tengok dia buat live tu. SR pun order. Hehe...
Semalam, make up bundle yang SR order tu sampai. Seronok SR. Ayu pun tumpang sekaki! SR sebenarnya suka juga mengumpul make up ni. Pakainya tak sangat pun. Kadang make up yang brand bukan mainstream ni, bila SR pakai, jadi gatal-gatal dekat muka. Pakai sekali-sekala okeylah. Kalau serasi macam Winged Eyeliner Wawa Cosmetic tu, haa memang SR pakai hari-hari!
Suka tengok dia tersusun dalam laci dan atas meja make up tu. Semua yang dalam gambar di atas ni, RM55 sahaja. Memang diskaun kaw kaw masa tu.
Dah SR kata tadi, ayu pun ikut teruja sama kan? Jadi, semestinya dia cukai SR! Adalah beberapa barang tu dia mengendeng-ngendeng nak. Sibuk suruh SR buka kotaklah, calit kat dialah. Dia pula yang seronok terlebih. Eyeshadow palette yang SR belikan untuk dia main mekap mekap tu pun banyak dah habis dan kosong. Ganas tak? Hahaha! Orang guna berus, dia cungkil guna berus hahaha! Budak kecil, macam tu lah. Saja layan mood dia masa zaman PKP dulu.
Itu yang dia terbeliak mata tengok make up bundle SR tu. Memang dia aim sangat eyeshadow palette Lady Yoyo tu. Sebab gambar kucing kan depan tu. Eyeshadow yang kotak dia gambar tapak kaki kucing tu pun dia nak. Yang kotak kecil sebelah span tu pun dia kata nak jugak! Eh senang kata, semua eyeshadow dia naklah! Termasuklah 4 ketul beauty blender kecik tu.
SR memang cairlah kalau dengan anak dara sorang ni. SR bagilah dia. SR kata, "Mak boleh bagi kalau ayu ada beg untuk isi semua make up ayu. Kalau setakat nak letak sepah-sepah dalam bilik, mak tak nak bagi."
Berdesup dia lari masuk bilik dia, ambil beg kecil bentuk buaya yang warna hijau tu. Kebetulan beg tu memang dia buat isi baju spare je kalau pergi mana-mana sebelum ni.
"Nah, Mak. Ayu ada beg kosong. Nanti baju boleh guna beg lain kan Mak?"
"Okey, nah." SR hulurkan benda-benda yang dia nak. SR suruh dia ambil juga berus-berus make up SR yang dia selalu guna yang dalam laci, suruh masuk beg dia tu sekali. Termasuklah dia punya liptint yang dia selalu pakai.
Memang excitedlah member. SR tanyalah, bila ayu nak make up. Pergi sekolah bukan boleh make up.
"Nanti masa Inas (anak Boi) datang rumah kitalah. Atau Amalin dan Aqilah (Anak adik zaimi) datang."
Yang sebetulnya, dia pun banyak menyimpan aje barang make up tu. Kadang-kadang aje SR melayan dia main make up. Itu yang sakan dia korek eyeshadow dia sampai rompong tu.
Tak boleh juga main selalu, dia kecik lagi kan. Kulit budak. SR memang bagi alasan macam-macamlah kalau dia suruh make up dia selalu. Jadinya, ayu pun memang selalu merenung aje alat make up tu sambil berangan. Hahaha.
Tapi hari ni, ayah dia kata tak payahlah pergi tadika. Lagi pun hanya ada sambutan hari kanak-kanak sahaja di tadika. Student UiTM pula tengah cuti sekarang. Ayu pergi office sahajalah. Jadi SR pun calitlah eyeshadow dengan liptint sikit dekat ayu. Memang seronok gilaaa la!
Tersengih-sengih aje sementara tunggu nak naik kereta tadi. Happy sampai ke Kuala Pilah! Ya uolls, SR masuk office hari ni. Tak cuti hari ni. Gigih tak? Hahaha (Menangis di bucu meja office). Take care semua ya, be safe!
Kita dah tobat beli mekap, hehe.
BalasPadamDepa kata shoping kat Tik Tok lagi murah kan..
BalasPadamSaya ni shoping kat Shopee pun tak lepas lagi nak beli sendiri,..hihihi
Wahh bestnya shopping di tiktok
BalasPadamseronok nya main make up make up yer... tak boleh selalu tau
BalasPadamada dengar juga yg cakap kalau beli kat TT lg ok.
BalasPadamamboiii ayu kemain lg dia ya! siap ada beg mekap gituuuuww
SA plak kegilaan sekarang beli perfume kat tik tok...hahahahaha..adoiiiii...langsir, cadar dan barangan dapur pun hadi kegilaan
BalasPadamalololo comel naw.
BalasPadamsama la pe'el dgn anak sulung aida time kekecik dulu.
senyap2 gi bilik aida, make up kan diri :) aduhai, moment indah tu.
yg kedua kurang skit bab make up ni. da besar ni plak dia yg lebih!
Comel sangat ni.. kak Net pulak tak terajin nak tengok tiktok.. kena paksa dengan emel.. barulah buka. hahaha
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.