Assalamualaikum wbt...
Apa khabar semua? Tengah ternanti-nanti siapakah pemenang giveaway SR Perdana Menteri Malaysia yang ke sepuluh ke tu? Hehehe...
SR pun sama, letih dah SR menanti. Dakwat di jari bukti keluar mengundi hari tu pun dah menggelupas, keputusan pilihan raya kali ini masih belum ada ketika SR menaip post ini.
Siapalah gerangan agaknya ya?
Tak apalah, semoga yang akan dilantik nanti bisa memajukan negara. Insyaallah.
Kali ini SR nak berkongsi pengalaman SR dan keluarga Dine in di SOI Thai Kitchen Sunsuria City, Sepang. Kami makan tengahari di sini pada hari yang sama kami check in untuk menginap di Bell Suites Sunsuria City tempohari.
Anak-anak masing-masing pun dah lapar, jadi kami pun masuklah untuk makan. Lokasi restoran Soi 55 Thai Kitchen di Sunsuria City ni terletak di lobi Bell Suites. Memang kalau dari tepi bangunan Bell Suites ni, dah boleh nampak dengan jelas.
Kami pilih meja yang agak ke tepi. Pelayan restoran ni semua baik-baik, masuk-masuk sahaja mereka terus sambut. Siap bertanya, nak gabung meja ke? Kami kata tak perlu sebab tak rancang nak makan banyak. Anak-anak sahaja yang nak makan, kami masih kenyang. Tambahan pula, kami ada rancangan lain untuk malam nanti. Nanti SR ceritakan. Hehe.
Harga makanannya bertaraf restoran.
Tapi, pada pendapat SR, kena sekali dengan rasa, suasana, layanan dan dekorasi makanannya.
Ayu tak nak makan yang berat, dia tergoda dengan gambar dessert sahaja dari buku menu. Mungkin dia juga baru sahaja makan roti sebelum kami keluar dari rumah sebelum tu.
Sedap sangat manisan ni. Hirisan buah nangka tu memang mantap sungguh. Cuma ianya sejuk, hari di luar juga sejuk sebab hujan, dalam restoran ini pun sejuk dengan aircond, memang menggigil juga kami hendak habiskan.
Brrr sejuk! Tapi sedap!
SR dan zaimi pula order Nasi Goreng dalam buah nenas ni. Kongsi sahaja berdua. Ayu pun join sekali. Sedap, SR boleh bagi 8/10 bintang. Kurang dua bintang sebab sikit. Ahaha.
Udang tu sekejap sahaja ghaib. Berebut tiga beradik tu nak udang macam tak pernah makan udang!
Anak bujang berdua pula order pulut mangga seorang sepinggan. Fuh mangga dia besar dan manis sangat. Santan dan pulut dia memang fresh dan lemak. Sedap sangat-sangat.
SR, zaimi dan ayu pun apa lagi, asyik minta sikit sajalah dekat adam dan amir. Tak kan nak pandang saja kan! Haha!
Keseluruhannya, pengalaman makan / dine in di Soi 55 Thai Kitchen ni memang menarik. Antara memori terbaik kami untuk 2022 ini juga. Luangkan masa bersama-sama anak-anak ni sebenarnya, di mana-mana pun akan rasa keseronokannya, tapi bila makan sama-sama ni, lebih meriah.
SR bertukar jadi hijau tu perkara biasa, tapi kenangan tu yang istimewa. Harap-harap jadi kenangan anak-anak bila masing-masing dah besar panjang nanti.
Laparlah pulak bila tengok gambar nasi goreng dalam nenas tu!!
hahaha!
+++
SA yang tengok ni pun rasa lapar jugak...sabar je la...
BalasPadamMenarik sungguh food presentation kat sini. Jadi tambah selera.
BalasPadampulut mangga tu kesukaan ammi sangat tu
BalasPadammenggodanya nasi goreng tu dahla udang dia besar, nampak penuh.
BalasPadamYes! Pulut mangga!
BalasPadamtengok nasi goreng nenas ingat Johnny's
BalasPadamsedapnya...
BalasPadammembaca pun rasa lapar. harga mahal kenalah setanding dengan tempat
BalasPadamFuh... Menyelerakan.. Tak pernah makan macam ni.
BalasPadamdah tanggal 24hb ni masih xtau lagi sapa PM tepi kan ., huhuhu
BalasPadammugo2 negara akan tatap aman damai sejahtera sentosa senantiasa., aminn
kan...penat menanti dah pengumumannya..
BalasPadammenariks menu2 nya...
Meria betul nasi goreng dalam nanas tu.. Mengancam..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.