Assalamualaikum wbt
Hai semua, hari ni SR nak ceritakan sikit pengalaman SR beli dan guna gincu Mawar Hitam by Che Ta ni. Pertamanya kenapa SR boleh sampai terbeli lipstick Mawar Hitam Che Ta ni, sebab tertarik dengan bungkusan dia. Kotak dia tu. Elegan sangat di mata SR! Ada pula anak dia Aisyah tu sekali dekat kotak tu, memang cantik sangat nampak kotak tu!
Kedua, SR selalu sangat terbaca good review tentang Lipstick Mawar Hitam Che Ta ni. Itu yang akhirnya SR add to cart, check out!
Ampun sebab gambar dekat atas tu SR tak sempat nak crop. Ala biarlah kan. Berbalik pada review, bila sampai saja bungkusan barang ni dekat rumah SR, terus SR buka. Sebaik sahaja siap buka plastik bagai tu, terus nampak kotak berbentuk segi empat sama macam dekat gambar di atas.
SR pun belek-beleklah kotak yang cantik tu. Rupanya di tepi kotak tu ada kata-kata dalam bentuk pantun dari Che Ta yang berbunyi...
"Kalau dedak katakan dedak
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau hendak katakan hendak
Tidak aku ternanti-nanti" - Che Ta.
Agittew. Okey, saya hendak, dan saya dah pun dapatkan.
Dekat dalam kotak empat segi sama tu, ada pula kotak kecil yang memuatkan sebatang lipstick tu. Dekat kotak kecil ni pun ada gambar Aisyah yang comel tu.
Black Rose, ada tertulis di casing lipstick tu.
Bila buka sahaja penutup lipstick tu, fuh, terus nampak lipstick warna hitam yang ala-ala viral sekarang kan! Terujalah juga masa tu. Memang terus cuba pakai di bibir.
Lipstick ni warna yang akan terbit di bibir pemakai adalah berbeza-beza jika ikutkan review-review lain yang SR baca. Jadi walaupun warnanya gelap yang hampir kehitaman, bila kita oles di bibir, tak jadi warna hitam pun bibir kita. Kiranya ini bukanlah lipstick untuk gothic look ya! Dan, tak juga warnanya merah hati seperti di bibir Che Ta dekat kotak tu.
Bila SR pakai, mula-mula merah dia sangatlah terang macam siren ambulance! Tekstur dia memang sangat ringan dan tak melekit. Pakai tapi tak rasa macam pakai. Bila terjilat pun tak ada rasa-rasa apa-apa. Dan lepas beberapa minit SR pakai tu, warna dia berubah jadi gelap sedikit, yang SR rasa sesuai dengan muka SR. Macam maroon maroon gitu.
Mungkin kamera SR terlebih memploleskan muka SR tu, tapi warna lipstick tu sama.
Kesimpulannya, SR suka Lipstick Mawar Hitam Che Ta ni. Mungkin faktor utama SR suka tu, dia ringan. Lipstick Mawar Hitam Che Ta ni juga tahan lama bila pakai, tapi lepas makan, kena top up lah balik sikit-sikit bagi dia sekata semula.
Kalau ada yang nak cuba beli dan pakai, boleh beli dekat SHOPEE ni. Banyak kedai shopee lain dah sold out, kedai ni masih ada stok.
Dapatkanlah sebelum stok kedai ni pula habis ye!
cantik cantik👍👍👍ada 1 warna je ya lipstik RCW ni?
BalasPadamRamai juga kawan-kawan yang review lipstik che ta ni, tapi tengok SR guna eh cantik pulak. Sebab warnanya nampak sedang elok cantik pulak
BalasPadamMerah gelap ala2 gothic gitu
BalasPadamCantik warnanya. Bila tgk lipstik hitam che ta ni teringat video tiktok budak yg curi-curi pakai 'lipstick' emaknya sbb dia igtkan lipstick hitam viral che ta. Rupa2nya pewarna uban si emak hehe. Berdekah2 saya ketawa tengok tiktok tu :D
BalasPadamSR pakai nmpk ok, taklah gelap...tapi Che Ta pakai nmpk gelap ala-ala Morticia dlm the Addams Family..
BalasPadamCantek warna lipstick nya.. Anak dara Cheta mmg cantek macam ibu dia.. Pak dia pun segak.. Hihihi
BalasPadamEhhhhh nampak menarikkk..Kena try gak ni ...Hehehe..
BalasPadamCantik kalernya kan? kalau sy pakai mmg nampak gothic sikit
BalasPadamalaaa hasut lah ni..saja je kan..haha...nak masuk dlm cart jugak ni...
BalasPadamCantik pula colour nya
BalasPadamcomelnya packaging, siap ada pantun bagai
BalasPadamnice la ..color tu kena ngan syaz..
dia racun lagiiii
BalasPadamHalah halah...dia dah racun laaa....aduyaiii..tapi tu la..Uncle Dania x suka plak Sa pakai lipstick kaler garang2 ni...tapi nak beliiiiiii.....
BalasPadamtengok warna lipstik ngeri, tapi bila tgk syaz pakai lawa laa
BalasPadambila akak pakai warna dia lain lak eh...bila saya pakai warna dia jadi merah2 pink
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.