Assalamualaikum wbt...
Dah lama sebenarnya SR tak menulis. Maksud SR, penulisan bukan akademik. Fiksi apatah lagi. Lama benar SR tinggalkan.
Ada rezeki bolehlah menulis lagi.
Baru-baru ni SR baru dapat naskhah anekdot yang SR sertai hujung tahun lepas kot. Ke awal tahun ni? Sebab lama juga proses nak siap buku ni. Lupa jadinya.
Ya, SR sempatlah join anekdot Kasut ni.
Tapi lama betul baru dapat pegang bukunya. Yang paling SR geram, SR tertanya-tanya dekat group, bila buku ni nak siap?
Sekali ada orang reply, dia dah dapat lama dah, dah siap habis baca dah pun.
WHAT???
SR scroll balik mesej grup tu dari atas ke bawah. Sepatah kata nak pos pun tak ada.
Ada pulak si polan kedua turut tambah, buku ni kalau nak dia pos, kena bayar kos postage.
Untuk makluman, nak sertai anekdot ni ada yurannya. Bukan percuma. Tapi tidak termasuk kos pos.
Lagilah SR rasa macam nak bertukar jadi She Hulk.
Sebab apa?
Sebab SR tak dapat apa-apa info pun berkenaan dia nak pos ke apa ke tau.
Geram SR dengan gaya reply orang tu, macam SR ni lekeh benar tak nak bayar kos pos.
Nak bayar apa ke bendanya... Nak bayar ke mana pun orang tak bagitahu apa-apa.
Rupanya, urusetia tercicir nama SR. Dia rupanya dah wujudkan 1 group whatsapp lain dan add number penulis semua, kecuali SR dan beberapa orang. Katanya terlepas pandang.
Padanlah tak ada apa-apa perkhabaran. Pelik juga SR, kenapa sampai wujudkan group baru untuk pemberitahuan tentang pembayaran pos? Guna sajalah group sedia ada. Kita semua ni sudahlah memang sudah ada berlambak-lambak group whatsapp. Kerjalah, sekolahlah... Haih...
Tak apalah, human error. Nak buat macam mana. Urusetia pun dah mohon maaf. Agaknya kalau SR tak teringat dan tak tanya di group asal, mungkin sampai bila-bila urusetia ingat SR sengaja diam dan tak nak bayar kos pos. Sedangkan kos penerbitan SR bayar ya. SR berpendapat seperti tak patut pula urusetia tidak semak dengan setiap penulis tentang hal ni.
Itulah risiko bila letak orang dalam group whatsapp tanpa save nombor. Dah susah nak trace kan.
SR pun bukanlah penulis ternama. Sebab tu orang tak perasan kan.
Yang paling SR nak highlight di sini adalah, jika kita bukan orang yang ditanya soalan, tak perlulah menyampuk dan memandai-mandai menjawab. Sudahlah jawapannya tidak tepat, menyakitkn hati pula. LOL.
Oh ya, ada 4 muka surat dan 4 anekdot SR dalam ni. Anak SR si adam dah beberapa kali khatam buku ni. Seronok katanya baca kisah-kisah zaman kanak-kanak orang zaman dulu.
Panjang pula bebelan SR. Bukan apa, geram. Sebab tu agak lambat SR nak update berkenaan buku ini di blog. Malas nak update awal-awal, nanti lagilah tak dapat kawal gaya bahasa masa tengah marah kan.
Itulah sahaja coretan pengalaman SR sertai siri anekdot ini. 'Bersejarah' sungguh.
Ada yang nak beli ke? Kalau ada pmlah SR ya. Geram sampai nak promote pun tak ada mood uolls.
Aduh macam-macam betul kan SR, mohon bertabah.Semoga lepas ni segala urusan akan berjalan laccar.Sukses terus menjadi penulis.
BalasPadamHehe. Sabar..sabar. Dugaan nak berkarya memang macam-macam
BalasPadamBiasa baca yg kak PI dan kak Amie, sekarang SR pun dah join juga berkarya di banyak buku. Geram jugak kalau jadi kat kita kan gitu
BalasPadammcm2 kan....dugaan
BalasPadamWak baca pun geram je .. huhu bertabahlah ye
BalasPadamkalau saya pun geram, beria sangat nak buat group ws banyak2 pun buat apa. nasib baik lah dah settle dan orang sepatutnya minta maaf atas kecuaian dia.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.