Assalamualaikum wbt...
Sejak SR berulang-alik dari Senawang ke Kuala Pilah ni dah dekat dua belas tahun, boleh dikatakan SR dan zaimi memang selalu (rasanya memang sini je!) tukar bateri dan tayar kereta kami di satu kedai ni.
Namanya Chop Kim Thye.
Pada SR, servis dari owner dan pekerja dia sangat bagus. Dari cara dia sambut dan layan pelanggan dia, termasuklah servis yang dia buat, memang sangat boleh dipuji.
Ini gambar bangunan kedai dia.
Lokasi dia dekat dengan Pilah Perdana, di Jalan Perpateh Kuala Pilah. Kawasan kedai dia yang lapang di depan dan tepi, memang sangat convenient. Memang habit pemilik kedai, setiap kali kereta kita sampai, dia akan datang dan greet dengan sangat sopan.
Dia akan bagi arahan dekat pekerja dia untuk buat apa yang patut selepas kita cerita kenapa kita datang ke kedai dia.
Yang SR suka juga, owner kedai ni tak pushy. Dia tak ada pula paksa-paksa kita tukar atau buat apa-apa yang kita tak hendak buat. Dia juga akan perjelaskan secara terperinci kenapa dia kenakan harga sekian-sekian.
SR tergerak hendak cerita tentang Chop Kim Thye ni sebab ada satu kejadian yang berlaku dekat SR baru-baru ni, walaupun dah jadi pelanggan dia sejak 11 tahun yang lepas!
Masa tu dah pukul 5 petang lebih. SR baru nak balik rumah. Zaimi pula dah bertolak balik sebelum tu lagi sebab menjemput anak-anak SR balik sekolah, dah selamat sampai ke rumah pula.
SR masuk sahaja kereta, macam biasalah, SR tukar selipar semua, SR pun hidupkanlah enjin.
Tapi.
Enjin semput-semput nak hidup gais.
Dua kali SR cuba. Sekali nampak ada lambang bateri dekat meter dashboard. Biru sekejap muka SR. Ah sudah, janganlah bateri habis.
Terus call zaimi, SR tak kira, kalau bateri habis, dia kena datang juga ambil SR di kampus!
Masa bercakap telefon, zaimi ingatkan SR yang bateri SR baru sahaj tukar bulan April haritu. Betul juga, tak kan dah habis. Tak ada pula terlupa tutup lampu ke apa.
Zaimi suruh SR cuba lagi, dan bila kereta dah hidup, dia minta SR terus ke Chop Kim Thye.
Baca bismillah... Pulas sekali lagi, agak lama, akhirnya hidup enjin. Lambang bateri pun hilang. Terus SR pecut ke Chop Kim Thye!
Sesampai sahaja dekat sana, cerita apa yang patut, Uncle owner tu terus buka bonet depan kereta. Dia juga bagi SR kerusi untuk duduk sementara dia check.
Dia terus tahu yang SR memang ada record beli dan tukar bateri dekat kedai dia. Lagipun, dia memang ada tulis info yang berkenaan atas bateri kereta SR.
Dia cuba hidupkan kereta, ok pula.
Tapi dia tetap buat beberapa prosedur lain. Macam doktor check pesakitlah gayanya tau!
Uncle owner yang baik tu, dengan anak dia |
Jadi lepas dia check, dia datang balik dekat SR. Dia kata, bila dia check tadi, bateri tu masih okey dan tidaklah habis. Tapi sebab SR kata kereta susah nak hidup tadi, dia gantikan bateri kereta SR dengan bateri lain. Kiranya pinjam bateri dia untuk dua hari sementara dia nak caj dan check lagi bateri kereta SR tadi sebab masih dalam warranty.
Dia syak penyambung kepada bateri tu yang agak longgar dan kotor, mungkin tu sebabnya semput tadi. Tapi dia tak terus jump into conclusion, sebab dia kata, SR berhak minta dia check dan caj apa yang patut, sebab ada warranty.
Jadi dia suruh SR balik dengan bateri dia pinjamkan tu, lagi dua hari datang semula ambil bateri SR. Jika betul bateri SR tu bermasalah, dia akan tukarkan batery baru terus.
SR pun kata okey dan terus balik.
Dua hari kemudian SR pergi semula dengan zaimi. Dia explain term kereta dan bateri tu dengan lebih lanjut dekat zaimi. Zaimi lebih faham kan, SR manalah nak faham sangat hahaha!
Jadi, dia pun cuci-cuci sikit penyambung bateri SR tu lagi, dan install semula bateri SR yang dia dah cajkan.
Tak ada pula dia minta apa-apa bayaran sebab bateri dalam warranty.
Begitulah kisahnya.
Beberapa hari sebelum tu juga SR ada bawa abah dan emak SR ke sini, tukarkan tayar kereta. Sama juga, uncle owner memang terbaik servisnya. Siap bagi freegift dekat abah SR. Tarikh tayar ke apa semua tunjuk, buat kerja pun cermat aje.
Kalau bukan yang terbaik di Kuala Pilah pun, SR boleh cakap yang Chop Kim Thye ni antara yang terbaik. Gitteww...
Siapa yang nak ke sana, on sahaja waze atau map. Search sahaja Chop Kim Thye, atau klik SINI - LOKASI Chop Kim Thye.
Dan boleh call kedai dia juga kalau nak tanya apa-apa : 06-481 1206
Kedai dia menerima bayaran secara cashless. SR selalu bayar guna debit card aje, jadi tak runsing nak bawak cash terutama masa nak tukar tayar kan. Risau nak bawa duit banyak-banyak.
Itu sahajalah cerita SR.
Hati-hati memandu!
Cakap pasal cashless.... dalam akaun uncle memang selalu cashless... uhuk!
BalasPadamkita, kalau dah terbiasa dgn sesuatu kedai tu, tak pandang yg lain dah. sy pn mcm ni jg. kalau service ke, tukar bateri ke, tukar tayar ke...1 tmpt je sy tuju
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.