#throwback
Assalamualaikum wbt...
Cerita beberapa bulan yang lepas. Masa ni SR dan zaimi bawa anak-anak dan mak mertua dan adik ipar berjalan-jalan ke Kuala Terengganu. Niat memang nak ronda-ronda Kuala Terengganu ni. Sebab Kuala Terengganu ni memang ada nilai nostalgia pada SR dan zaimi.
Kami berjumpa buat pertama kali semasa sama-sama jadi pelajar di Universiti Malaysia Terengganu pada tahun 2005. Di situlah tempat berkenalan dan berkawan sehinggalah berjodohan.
Dah alang-alang ada di rumah mertua, jarak pun tidaklah sejauh dari rumah kami di Senawang kalau nak ke KT. Jadi kami pun bertolak dalam pukul 9 pagi macam tu.
Rupanya trafik sangat tak okey.
JEM!
Dah buang masa atas kereta aje. Bila dah lama atas kereta, anak-anak memang dah buat perangailah sebab keletihan. Mertua SR pun tak larat juga nak berjalan sangat dah. Jadi impian nak ke Pasar Payang dan ronda-ronda lebih-lebih memang agak terbantut.
Mungkin tak ada rezeki kali ini...
Jadi, yang sempat kami tinjau adalah Kuala Terengganu Drawbridge atau Jambatan Angkat Kuala Terengganu ni. Itu pun bergambar dari tempat orang ramai-ramai berhenti ambil gambar sahaja.
Dah sampai kan, marilah abadikan kenangan.
Jangan tanya mana gambar SR dan Zaimi plus anak-anak. Sebab memang tak ambil. Adik ipar SR ada je masa tu, tapi tak teringat nak suruh dia tangkapkan. Mungkin sebab anak-anak dah mula buat perangai. Asyik merengek laparlah itulah inilah.
Jujur kata, SR pun naik bad mood dibuatnya dekat sini!
Lepas bergambar dekat sini, zaimi pergi ke sebarang sana pulak. Nak ambil gambar dari sudut berbeza. Okey marilah.
Anak-anak memang dah menaikkan amarah SR. Memang asik meratib lapar dan lapar. Agaknya sebab lama juga tersangkut dalam jalan sesak tadi.
Ayu aje yang nak turun bergambar dengan SR dan zaimi masa ni. Tiba-tiba nak pakai tudung pula. Haa layankan. Muka memang masam ajelah sebab lapar kan. Pakai tudung tu pun sebab nak turun makan di kedai kononnya. Nak sama macam emak dan Tok Ma dan cik Dah, pakai tudung kalau dekat kedai makan.
Apa-apa ajelah ayu... Abang-abang memang buat perangai sesungguhnya. Mentang-mentanglah Tok Ma dia ada kan.
Kereta memang banyak. Memang itulah juga punca perjalanan jadi lambat.
Jadi lepas tak lama pun dekat sana, terus menuju ke kedai makan.
SR lupa pula nama kedai makan ni. Tapi makanannya boleh tahan sedap. Eh bukan, makanan dia sedap sangat-sangat! Sejuklah sikit hati SR yang panas tadi. Hahahah
Tak ingatlah nama apa, tapi kan ramai sangat orang singgah makan di kedai ni. Memang puas hati.
YUMS!
Lepas makan, kami bergerak ke Taman Tamadun Islam pula sebab adik ipar SR tak pernah sampai lagi ke Masjid Kristal. Anak-anak SR pun. Tapi!
Cerita ke Taman Tamadun Islam tu memerlukan SR buat post lain. Nantilah SR cerita.
Cut story short, lepas tu kami terus ke Teluk Ketapang. Makan celup tepung pula. Masa ni kan, dah petang sangat dah. Masa banyak terbazir dalam kereta aje.
Stress.
Semua pun dah letih.
Lepas makan sedikit sebanyak, kami pun bergerak balik ke rumah mertua SR di Kota Bharu. Intipati perjalanan tak banyak, tak menyinggah dan berjalan mana pun, tapi keluar rumah 9.30 pagi, sampai semula 9.30 malam.
Geram bercampur letih.
Terus tidur.
Hahahah!
kak ana suka sangat ke Trengganu ni, Syaz, tapi bridge baru ni tak sampai lagi, makang-makang Ganu memang best kan..
BalasPadamlepan makan2, good mood balik.... :D
BalasPadamSabar sahajalah. Kalau sayapun mood ke longkang. Tiada makna hendak bergambar.
BalasPadamJalan dalam keadaan jeam memang stress..
BalasPadamApapun geram tengok makan celup tepung tu..
Terliur! ;)
memang letihlah seharian dalam perjalanan
BalasPadamSeronoknya mkn² di KT... dh lama sgt dlm kereta mmg bebudak selalu komplen lapar kan? alasan nk keluar dr kereta je tu.. hehehehe
BalasPadamWah best tu SR jalan-jalan sambil cari makan.Ganu syurga makanan..macam-macam ada
BalasPadamsetiap kali ke Kuala Terengganu memang tak kesempatan ke jambatan angkat tu, takat amik gambar dari jauh je, kalau datang hujung minggu memang jem sana. Sebab tu kalau akak ke Kuala Terengganu memang kene cari hotel dekat bandar situ supaya tak penat layan jem dan santai-santai je...
BalasPadamBila jem memang boleh buat hilang mood nak berjalan.. Penat duduk dalam kenderaan kan..
BalasPadamBlom berkesempatan lagi amik gambar kat jambatan angkat tu....celup tepung tu bagai melambai2 dah ha
BalasPadamMmg jem jalan dkt jambatan terangkat tu
BalasPadamzaman seronok saya berjalan bersama anak anak dan istri sudah tiada. dari itu, gunalah peluang yang masih ada ini sebaiknya sebelum masa sepereti saya tiba...
BalasPadamtarikan baru memang ramai lah pengunjungnya, cantik pulak tu. Nasib baik dapat makan sedap2 lepas penat hadap traffic jam
BalasPadambaru balik dari KT, ada kerja, dapatlah naik menara jambatan, Alhamdulillah...makan2 di KT memang sangat best!
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.