Terdapat beberapa syarat dan kelayakan bagi seseorang calon sebelum dipilih menjadi pemimpin seperti yang digariskan Islam sebagai panduan.
Pertama, syarat keagamaan dan akidah iaitu mesti beragama Islam. Para ulama bersepakat tentang syarat itu khususnya bagi jawatan kepimpinan tertinggi yang bertanggungjawab dalam menentukan dasar.
Imam al-Syawkani menyatakan, para pemimpin, sultan, hakim dan individu mendapat mandat kuasa daripada syarak. Justeru, individu yang memegang amanah kepimpinan mestilah terdiri dalam kalangan orang Islam.
Unsur keagamaan akan menjadikan kepimpinan negara bersedia melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh dengan penuh keyakinan tanpa bertangguh dan beralasan.
Akidah Islam yang dianuti akan mendorong kepimpinan untuk bertanggungjawab di hadapan Allah SWT dan rakyat, sekali gus kepimpinan Islam tidak menjadi penghalang kepada pelaksanaan syariat Islam.
Waras
Kedua, syarat-syarat kemampuan. Kemampuan tersebut meliputi banyak perkara termasuk baligh, waras, lelaki, keilmuan yang tinggi, kesihatan baik dan mahir cara mengurus dan mentadbir dengan cekap.
Kanak-kanak yang belum baligh tidak mempunyai kemampuan memimpin, malahan diri sendiri memerlukan pimpinan dan penjagaan daripada orang lain.
Begitu juga orang gila tidak mampu memimpin dan mentadbir. Para ulama turut bersepakat meletakkan syarat lelaki kerana telah diciptakan oleh Allah SWT pada dasarnya mempunyai persediaan untuk memikul tugas kepimpinan yang berat di semua peringkat.
Selain itu, kepimpinan yang berkemampuan dari segi ilmu pengetahuan tentang Islam dan peraturan, boleh memberi sumbangan kepada tamadun dan budaya ilmu dalam kalangan rakyat.
Seterusnya, kesihatan bermaksud sempurna anggota dan pancaindera daripada kecacatan kerana kelemahan yang memberi kesan kepada kemampuan berfikir dan bekerja.
Akhirnya, pemimpin mesti mahir dalam pengurusan organisasi dan pentadbiran negara meliputi pelbagai aspek seperti urusan dalam negeri, luar negara, ketenteraan, keselamatan, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya.
Ketiga, syarat keadilan. Adil dalam konteks kepimpinan bermaksud bersungguh-sungguh melaksanakan kebaikan mengikut aspek agama dan akhlak.
Kebaikan di dalam agama ialah menunaikan semua tanggungjawab atau melaksanakan semua yang difardukan serta meninggalkan segala larangan.
Kebaikan akhlak pula ialah melakukan sesuatu yang mendatangkan keelokan dan kesempurnaan, mengelakkan diri daripada unsur tidak baik dan jijik sama ada dalam perbuatan atau perkataan. – UTUSAN
DR. AZRI BHARI, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor
Uncle nak pangkah party sampai ke pagi...!
BalasPadamterima kasih atas perkongsaian doanya... mmg berat nak fikir nak pangkah siapa ni
BalasPadamThanks for sharing. Saya tak check lagi tempat saya siapa yang bertanding
BalasPadamKami br je lepas PRN bln 12 hari tu... x semangat pulak nk pangkah PRU ni
BalasPadamsamalah kita Kakmim, PRN johor mac haritu masih baru lagi. huhu...
Padambukan sikit2 tanggungjawab pemimpin ni kan...
BalasPadamLagi 2 minggu lagi nak mengundi ni. Bagus juga ada panduan, boleh pangkah mana yang layak.
BalasPadambesar tanggungjawab pemimpin ni tapi ramai sangat ambil lewa. nak kan habuan saja
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.