Assalamualaikum wbt...
Dah November uolls. 60 hari aje lagi nak masuk 2023.
Fuh berlambak entry SR dalam draf. Sesungguhnya SR agak kebizian sikit. Eh entah bila entah tak busy? Adakah dah kena resign dar jadi blogger? Dulu kan, sebelum SR mula balik blog masa PKP tahun 2020, SR dah bertahun juga tinggalkan blog SR. Semuanya sebab SR tak ada masa lapang nak blogging.
Adakah sejarah bakal berulang kembali? Sobs...
Berbalik pada tajuk, ya, Cornetto Hershey's. SR baru balik dari makan tengahari dengan zaimi tadi. Lepas makan, singgah di 99 Speedmart pula. SR pow dia aiskrim ni. Keh keh keh...
SR suka Cornetto ni sebab dia lambat cair, dan cone dia teguh. Tak cepat lembik. SR sempat bawa balik ke ofis, dia masih utuh tak cair..gittew...
Rasa dia memang sangat padat dengan kecoklatan. Ditambah pula dengan coklat Hershey's yang banyak dalam aiskrim ni.
Makan sekali-sekala bolehlah rasanya, tak boleh makan selalu. Dia punya level manis, boleh tahan jugak buat mulut dan rongga tekak melekit. Asyik haus aje lepas dah selesai makan aiskrim ni tadi.
Pada yang suka rasa manis coklat, mesti suka aiskrim ni!
SR?
Bolehlah... Tak adalah nak kata tak suka, tak adalah suka.
Siapa pernah makan juga?
Angkat tangan!
Fiza pernah jugak makan. Setuju sangat. Nak kata tak suka. Sukala jugak cuma agak manisla aiskrim ni.
BalasPadamSamalah kita nampaknya hehe
PadamAiskrim Nescefe Cappuccino tetap di hati....
BalasPadamUncle boleh geng dengan abah saya nampaknya ni hahaha
PadamLama dah tak makan aiskrim cornetto, kalau coklat Hershey's, ada makanlah jugak. Yg ni tak pernah cuba.
BalasPadamp/s : Kita berapa kali singgah sini tak boleh masuk komen tau. Ni boleh pulak.
Adakah dia main cak kun cak dengan SK? Ahahaha
PadamTq singgah komen ;)
Ruang komen tu tak ada.
BalasPadamMemang sedap! Pernah makan, makan pulak time panas, mantab! Hehe..
BalasPadamBelum pernah makan lagi. Kalau level manis tahap potong kaki, sekali makan tu je lah rasanya. Suka aiskrim jenis utuh. Lambat makan pun takpe. Kalau nak rasa tu bolehlah kan.
BalasPadamwhoa..dap tu
BalasPadamahhh memang sedap mantap sekali keenakannya
BalasPadamtu lah, kadang tak terkejar nak buat semua benda nak pula dah masuk hujung tahun ni. all the best untuk urusan kak syaz. take care :)
BalasPadamMemang sedap . Manis pun memang manis . Sekali sekala layan ok juga
BalasPadamdah mkn tp sy x puas hati. igt kn belambak coklat herseys dlm tu😂
BalasPadamlama sudah aida x slurp slurp koneto.
BalasPadamdlm freezer penuh dgn eksrem malaysia aje :)
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.