#throwback
Assalamualaikum wbt...
Cuaca sehari dua ni, memang enak. Sejuk dan sangat calming. SR memang lemau. Sampai zaimi ajak SR dan anak-anak keluar dari rumah untuk menghilangkan lemau! Kalau tak, memang asyik melayan bantal!
Setelah seharian berjalan, baru SR ada rasa nak semak entry apa yang boleh ditulis 😂
Jadi hari ni SR nak sematkan di blog SR ni kenangan kami meraikan hari lahir putera kami yang kedua, Amir, yang pejam celik sudah pun masuk 7 tahun umurnya 2022 ni.
Sehari sebelum tu kami dah raikan dengan makan-makan di The Chicken Rice Shop. Tapi macam tak lengkap pula birthday anak-anak kalau tak ada kek. Bagi SR lah. Jadi, kami belikan lah juga sebiji kek hari lahir buat amir dari King's Confectionary outlet yang ada di Giant Senawang juga.
Rasa macam baru aje sambut hari lahir dia yang ke enam, masa tu siap kami tiup-tiup belon dan deko-deko! Boleh tengok di entry ini. Masa tu saja sambut agak meriah sebab anak-anak banyak habiskan masa di rumah sahaja sebab PKP kan. Memang nak bagi anak-anak happy.
Alhamdulillah, tahun 2022 ni anak-anak dah kami bawa jalan agak merata-rata. Jauh ada, dekat pun ada. Jadi Untuk birthday amir kali ni, kami sambut kecil-kecilan sahaja. Kami lima beranak aje.
Topi birthday tu memang dah ada sejak sambut birthday adam yang pertama rasanya. Hahaha! Memang masih elok, tiap kali ada birthday, kalau teringat mesti pakai.
Bergambar kenangan tiga beradik. Birthday sesiapa pun, wajib kena ambil gambar tiga beradik!
SR dan zaimi agak malas masa tu sebab bak kata Samsul Debat, SR tengah pakai baju binatang dekat rumah. Hahaha. Zaimi pun taknak juga join bergambar, sebab masa makan di TCRS dah bergambar.
Lepas nyanyi lagu happy birthday, terus potong kek dan makan. Yums!
Kek tu SR dan zaimi beli yang cotton candy, dalam dia kek span coklat. Icing dia memang sedap, memang standard kek keluaran King's. Kek span pula memang tekstur dia sedikit dry berbanding butter kan, jadi tak boleh expect lebih.
Tapi kek King's ni menarik sebagai kek birthday anak-anak sebab rupa dia tu, mesra mata kanak-kanak kan. DIorang jadi tertarik nak makan sebab rupa dia sangat meriah dengan warna-warna!
Kalau tak silap SR, King's juga ada menerima tempahan kek customizable.
Itu sahajalah cerita SR untuk kali ni.
See you!
HB Amir.. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang Soleh.
BalasPadamComelnya tiga beradik ni. Wajib gambar bersama, nanti jadi kenangan indah bila mereka dewasa.
BalasPadamBaju binatang...baju kelawar 😄
hepi besday adik amir ituuu., amir nk tmbh adik lg tak., aminn ;p
BalasPadamHappy birthday adik amir
BalasPadamHappy birthday Amir!! kami pun mcm tu syaz... props birthday mmg recycle... lepas pakai simpan balik utk kegunaan org lain dan di masa yg lain jugak.. hehehe
BalasPadamHappy birthday, Amir. Nampak sedap keknya. Kita pun topi2 party ni suka recycle.
BalasPadamhpbday amir anak soleh sht sjhtra sukses dunia akhirat
BalasPadamsaya tak pernah celebrate hari jadi anak anak. memang dari saya kecil keluarga saya tak amal budaya ini...
BalasPadamHBB buat abang Mir, moga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat
BalasPadamhappy 7th birthday little hero.. moga jadi anak yg soleh
BalasPadamHappy birthday Amir.. Cantik deco kek tu..
BalasPadamHappy belated birthday Amir
BalasPadamHappy birthday Amir, semoga membesar dengan sihat dan ceria.
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.