Baru-baru ni SR sengaja beli sebotol bedak sejuk tradisi ni di Mydin Senawang. Bila terpandang botol dia tu, rasa hendak beli tu membuak-buak!
Bukanlah sebab SR nak pakai sangat, atau nak pulihkan muka ke apa ke. Tapi lebih kepada elemen nostalgia. Bila tengok bedak sejuk ni, banyak betul kenangan silam SR terbayang di mata.
Jadi teringat pada Arwah Tok Yam SR, teringat zaman kanak-kanak SR dengan nenek dan Arwah Atok, teringat zaman masa muka mula-mula naik jerawat dulu... Memang kenangan-kenangan yang dah jauh ditinggalkan tu jadi segar pula dalam ingatan SR.
Malamnya, SR ajak amir dan ayu pakai bedak sejuk ni. Adam tak ada masa ni, ikut ayah dia balik mengundi di Kelantan.
Sebaik sahaja SR buka botol bedak sejuk tu kan, bau dia... Fulamak! Bau childhood gais! Memang sama dan masih maintain bau tu dari dulu hingga kini.
Macam SR cakap tadi, demi kenangan.
Jadi ajak anak-anak pakai bedak sejuk sambil bercerita pada diorang tentang zaman kanak-kanak SR serba sedikit. Lepas tu pakat-pakat gelak tengok muka masing-masing haha!
Tapi kan nak kata bestnya pakai bedak sejuk ni, bila bangun pagi, muka jadi elok je tak berminyak-minyak ke apa. Jadi gebu je muka bila bangun tidur 😂
Suka pulak tengok muka sendiri dekat cermin ahahah!
Okey itu sahaja cerita tentang SR dan anak-anak pakai bedak sejuk tradisi jenama King.
Lama tak pakai bedak sejuk
BalasPadamdulu masa kecik2 pun ada pakai. tambah lagi bila balik kg .. ramai2 pakai ngan cousin..lawak jer
BalasPadamOrang dulu-dulu memang suka pakai bedak sejuk, sebab tu muka tok-tok kita licin jer tak ada jerawat.Walaupun tak ada make up.
BalasPadamDulu kecik2 kita buat bedak sejuk sendiri. Tapi betul, bila pagi tu, rasa gebu jer muka, hihi. Tapi tu la, benda senang pun malas nak buat.
BalasPadamteringat bau dia yang harum tu... bila pakai memang kulit jadi lembut kan. Dah lama tak pakai, masa bujang dulu rajin pakai bila waktu tidur
BalasPadambedak sejuk legend ni...dlu2 kecik2 suka pki
BalasPadamSA pun dah lama x pakai bedak sejuk...eh..pi Mydin nanti nak beli la bedak sejuk ni...macam best plak..SA suka bancuh, letak putih telur pas tu letak madu...buat masker...pakai sampai pagi, basuh muka lepas tu muka kita licin, bersih dan gebu...lama x buat dah ni...elok hilangkan jerawat
BalasPadamHahaha... dh agak dah... beli tp x pakai... dulu² masa sekolah rendah selalu pakai... pernah jugak pegi umh nenek kawan nenek dia bagi yg dia buat sendiri... legend sgt
BalasPadamyea betul nostalgia sangat bedak sejuk ni. dulu masa zaman anak dara, memang akak pun pengguna bedak sejuk..hehe..tiap2 malam wajib tepek. best je bgn tidur muka rasa gebus je..
BalasPadamKat umah Aini masih ada lagi bedk sejuk..Mama Aini yang duk rajin pakai sampai la skrg..anak Aini suka main gak bedak sejuk, habis dia tepek bedak sejuk byk kt muka Aini..haha
BalasPadamAnak-anak mesti teruja kan.. dulu masa kecik je selalu pakai itu pun sebab emak yang rajin beli
BalasPadamHhaa ni ms blk kg mmg berebut2 kena pakai bedak sejuk ni
BalasPadamlama dah tak pakai bedak sejuk
BalasPadamLama tak pakai bedak sejuk.. Menggamit ostalgia betul..
BalasPadamKalau simpan kat esbok lagi sejuk agaknya
BalasPadamNostalgia menjelma bila nampak bedak sejuk.organic skin care orang dulu-dulu ni...
BalasPadamdulu2 masa muda rajin gak berbedak sejuk....tp yg x syok bila kering berdebu2 semuanya
BalasPadamhahaha zomba kampung pisang!
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.