#throwback
Asalamualaikum wbt...
Allahu, lamanya entry ni terperam. Masa ni kami pergi ambil angin berjalan-jalan di Sendayan. Leka dengan masa, tiba-tiba dah enam petang. Sudahlah belum solat, nak balik rumah semestinya tak sempat. Jadi kami singgah menunaikan kewajipan (lambat! jangan tiru SR!) di Masjid Sri Sendayan, atau dikenali juga sebagai Masjid Baru Sendayan.
"Untuk pengetahuan anda, idea rekaan dalaman masjid ini diilhamkan oleh Tuan Haji Zailan yang merupakan kontraktor interior. Malah, cat siling dalaman dilakukan secara manual hasil kerja tangan orang Morocco, kubah dalaman menggunakan ‘gold paper’ 24K, serta pintu dan kayu kubah diambil dari India....
Kebahagiaan di akhirat tidak mungkin dapat dinikmati tanpa melakukan amalan baik ketika di dunia. Begitulah yang dapat dilihat pada pemilik RHB Bank ini yang menginfaqkan kekayaan beliau kepada ummah melalui pembinaan beberapa buah masjid. Sebelum ini beliau pernah mendirikan Masjid A’isyah di Sungai Mengulu, Pulau Langkawi dan dinamakan atas nama ibunya. Kemudian, beliau mendirikan pula Masjid Hussain yang dinamakan sempena nama ayahnya atau lebih dikenali sebagai Masjid Putih di Seremban 2 dengan kos RM22.6 juta pada tahun 2012.Terbaru, beliau mendirikan dan mewakafkan pula Masjid Sri Sendayan, yang dibuka secara rasmi pada 20 September 2019. Menurut Farhan, masjid ini sepatutnya dinamakan atas nama pengasas RHB ini sendiri iaitu Masjid Rashid Sri Sendayan tetapi sebaliknya berlaku apabila ia hanya dinamakan Masjid Sri Sendayan. Mungkin beliau ada sebab tersendiri mengapa masjid tersebut tidak menggunakan namanya. Ada juga khabar mengatakan beliau ada menyediakan ruang dan berniat hendak dikebumikan di masjid ini. Selain itu, masjid ini terletak di kawasan berkeluasan 4.5 hektar dan memuatkan seramai 5,000 jemaah. Bukan itu sahaja, masjid turut dilengkapi dengan bilik kuliah, perpustakaan, dewan serba guna, bilik pengurusan jenazah, bangunan pentadbiran, dewan makan, enam unit rumah sebagai kediaman petugas masjid serta mempunyai pusat untuk anak-anak yatim yang boleh menempatkan 52 penghuni dan turut dilengkapi bilik ulangkaji serta dewan makan."
Di atas SR copy sikit kisah masjid ni. Untuk bacaan penuh, sila ke sumber asal di The Vocket.
Cantik, besar, luas dan selesa masjid ni. Memang ramai orang masa SR pergi, mungkin masjid ni menjadi tarikan pelancong juga jika ke Seremban / Negeri Sembilan. Ramai juga pengantin bergambar outdoor dekat dalam kawasan masjid. Sampaikan orang nak jalan ke ruang solat wanita yang jauh ke belakang tu pun kena berhenti pula untuk dia pose laga hidung sambil letak tapak tangan di dada suami.
Adeh bagi SR itu macam tak patut pula. Ini kan tempat ibadah, kena tunggu-tunggu pula sebab dia nak bergambar dan tak mahu ada manusia lain dalam gabar dia. Macam tak berapa kena. Orang lain pun bergambar juga, tapi tak ada pula kisahkan orang yang lalu lalang di belakang ke apa kan.
Zaimi bawa anak-anak lelaki solat. Lelaki ruang solatnya di tingkat bawah aje.
SR pula, mula-mula bawa ayu ke tandas. Ambil wudhu' siap-siap. Ingatkan tak begitu jauh, rupanya mak ooii jauhnya ruang solat wanita dari tandas tu 😂 Kita tak pernah sampai, menggagau jugalah. Nak kena stop stop jalan sebab ada pengantin diva nak bergambar lagi. Haih...
Habis aje susur gajah yang dari tandas tu, kami lalu pula depan pintu ruang solat lelaki, sebab pak cik guard yang jaga di situ kata, wanita solat di atas, kena naik lif.
Maka SR dan ayu pun naiklah lif ke atas. Rasa janggal sebab naik lif tak pakai apa-apa di kaki.
RUPANYA ADA JE PAIP UNTUK AMBIL WUDHU DEKAT ATAS.
Hahaha penat je kalut kat bawah tadi. Tapi tak apalah, sama aje.
Selesa sangat. Karpet gebu uolls.
Ayu tu pakai telekung sendiri.
SR dengan ayu memang ada sepasang telekung spare kami letak dalam beg di bonet kereta. Senang jika nak singgah solat di mana-mana.
Siapa pernah ke Masjid Sri Sendayan yang cantik ni, angkat tangan!
Disclaimer: Bukan SR memandai kata tak boleh wedding photoshoot dekat sini tau, tapi rilek-rilek aje, jangan sampai halang-halang orang nak jalan dekat laluan sepatutnya. Okey? 😘
x pernah lagi masuk dlm ..lalu penah la, adik2 ayu hari tu pun gi wedding photoshoot kat situ..cantiks
BalasPadamCantik betul masjid sri sendayan tu ye, dari luar dan dalam. Paling best walaupun yang wanita kena naik atas siap ada lif, nak ambil air sembahyang pun mudah. Teringat pernah ke masjid sultan abu bakar bahagian wanitanya dahla kat bahagian bawah, nak ambil air sembahyang kene turun tangga ke bawah lagi memang tak convenient, dengan kaki basah nk mendaki tangga tak sesuai sangat lagilah buat warga tua. Tapi itu dulu lah dalam 8 tahun dulu sekarang tak tau lah kot sudah di tambah baik.
BalasPadamMasyaAllah cantik masjidnya. Macam bukan kat Malaysia pulak.
BalasPadamSetuju bab pose laga hidung sambil letak tapak tangan di dada suami tu. Boleh dianggap mempersendakan agama. Lagi pulak menyusahkan pengunjung lain. Nampaknya pihak masjid terpaksalah letak notis berkaitan, sebab ada jugak orang yang tak tau batas.
Belum pernah sampai sini lagi. Kalau terlalu jalan ke sana barulah singgah. Pernah dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat, katanya yang mewakafkan taknak orang tahu siapa yang wakafkan masjid ni. Akhirnya orang tahu juga. Dan memang ada tempat untuk kebumikan dia di situ bila meninggal nanti.
BalasPadamEh eh eh.. depan masjid pun nak gambar laga hidung ke? Geram pulak kita, dahlah halang orang nak lalu.
BalasPadamTapi, masjid tu cantikkkk sangat. Tentunya amalan baik pewakafnya akan digantikan dengan yang lebih baik oleh Allah swt.
cantiknya...ammi tak pernah sampai lagi.
BalasPadamSemoga Hamba Allah yang seorang ini mendapat sentiasa di dalam rahmat Allah
Cantiknya... tak macam kat malaya kan?
BalasPadamSubahanAllah!
BalasPadamCanteknya..
Masjid sendayan . Cantik design masjid ni ..
BalasPadamBelum berkesempatan ke masjid ini. Insyaallah, satu hari nanti.
BalasPadamcomelnya ayu di masjid indah..Alhamdulillah melimpah rezeki penginfaknya amiin
BalasPadamSA x sampai lagi kat masjid ni...rasa nak pi jugak nanti...aak2 bleh nikah kat masjid ni x?
BalasPadamtak pernah sampai lagi ke masjid baru sendayan ni tapi selalu nampak kawan update sebab masjid dia cantik. ramai juga founder tudung atau pakaian muslimah photoshoot dekat sini
BalasPadamNice post thank you Rodney
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.