#throwback
Assalamualaikum wbt...
Bila dah selalu pergi ke mana-mana bawa anak-anak, sesekali berjalan berdua dengan suami sahaja, SR rasa kosong. Zaimi pun cakap perkara yang sama. Bukanlah tak suka berjalan berdua sahaja, tapi rasa tak lengkap.
Samalah kisahnya masa SR dan zaimi pergi jalan-jalan berdua sekejap di esplanade Kuantan ni. Duduk-duduk ambil angin di tepi Sungai Pahang yang lebar ni.
Suasana nyaman aje dekat sini walaupun cuaca agak terang dan matahari yang terik. Tapi disebabkan angin yang tak putus bertiup, tak terasa panasnya. Patutlah ramai juga orang duduk-duduk di tepi sungai ni.
Masa ni saja tinggalkan anak dalam sejam dua dekat emak dan abah. Nak bagi can anak-anak dan emak abah SR mengulit satu sama lain tanpa SR dan zaimi. Haha! Kasi canlah.
Bergambarlah sekeping dua dekat tepi sungai, dan bagi nampak ada menara Kuantan dekat belakang. Duduk borak-borak sambil tengok ada beberapa bot bawa pelancong lalu di hadapan kami.
Tapi, bila tengok semakin ramai orang datang bawa anak-anak, jadi syahdu pulak. Haha! Rata-rata yang datang bawa anak-anak tu sebab nak main basikal, skuter dan beca yang ada disewakan di situ.
Jadi, untuk menghilangkan rasa tak lengkap tadi, kami decide untuk pergi makan. Zaimi ajak SR ke East Coast Mall. Mula-mula macam tak tahu juga nak makan di outlet yang mana. East Coast Mall ni besar sangat, punya banyak restoren yang ada. Fikir punya fikir, akhirnya kami pilih untuk makan di Nando's.
Sama macam The Chicken Rice Shop di Giant Senawang tu, di Nando's ni pun kena order guna QR code. Jadi masing-masing orderlah apa nak makan. SR ambil ayam seketul, zaimi pula ambil wrap rasanya.
Tak berani makan banyak-banyak, sebab emak SR dah masak, tak makan apa dia masak nanti, kami yang MASAKK! ahaha!
Bila tengah makan, dan berada di kedai makan, kurang sikit rasa kosong tanpa anak-anak tu. Perasaan kosong tu datang bila tengah jalan-jalan dekat tempat lain je. Especially outdoor. Kalau dalam mall ke, supermarket ke, kedai makan ke... ELok pulak tak tacing! Haha!
Ada sesiapa perangai macam SR ke?
Cantik Esplanade Kuantan.
BalasPadamDapatlah makan dengan tenang ya, tu yang tak tacing. Haha
sesekali jalan2 berdua-duaan ya syaz
BalasPadamBerdua tp teringat anak2 he he kan rasa lain
BalasPadamAuummmmm...!
BalasPadamPernah juga bercuti berdua dengan husband tinggal anak. Aduhh, kat airport mangis ingat anak, touchdown terus call hahaha.
BalasPadamSesekali memang kena jalan2 berdua
BalasPadamIngat2 kenangan masa mula2 kenal dulu
nampak lengang je benteng tu biasa ramai yg lepak2
BalasPadamDekat je rupanya menara dan esplanade Kuantan. Pernah singgah dan ambil gambar disini. Rindu pula nak pergi Kuantan. Bagi kami yang dah biasa berdua memang terasa kekosongan itu tapi itulah bahagia cara kami :)
BalasPadamcantik nye esplanade.Tiap kali balik umh mak di kuantan tak pernah lg pergi hehe next time balik wajib pegi
BalasPadamtak boleh nak imagine sangat sebab takde anak tapi kat part tak berani makan kenyang sebab kat rumah mak dah masak tu saya faham. hehe
BalasPadamDah mak abah kasi can honeymoon...rasa kosong pulaðŸ¤
BalasPadamNaluri ibu kan...pasti teringat anak
Ex husband SA dulu orang Pahang...tapi x pernah sekali pun SA dapat explore Kuantan...tunggu SA kawen nanti la..bleh ajak uncle dania explore banyak tempat
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.