#throwback
Assalamualaikum wbt semua!
Makan apa tengahari ni? SR tak tahu lagi nak makan apa. Lauk ayam paprik yang SR masak tengahari semalam pun ada lagi beberapa ketul, SR dah panaskan.
Teringat pula kisah dua bulan lepas kot, SR dan Zaimi bawa anak-anak ke IOI City Mall, sebabnya kami nak ke All It. Nak beli sesuatu dekat sana. Jadi bila dah confirm beli, staf All It minta kami pergi jalan-jalan dulu dalam 1 jam sebab dia nak set up.
Perut pun masing-masing dah berkeroncong kelaparan, pergi round dekat kawasan outlet makan tu, hampir semuanya penuh melimpah dengan pelanggan.
Malas dah nak fikir, kami terus aje masuk ke outlet Fuel Shack.
Dah lama SR tak datang makan di Fuel Shack ni. SR rasa kali terakhir SR makan di sini adalah masa SR balik dari Hospital Putrajaya selepas selesai temujanji dengan doktor pakar sewaktu SR mengandungkan ayu.
SR memang tahu dah menu-menu yang ada di Fuel Shack ni, kebanyakkannya berunsurkan burger yang dagingnya (patty) tebal dan sangat fresh serta sedap!
So why not kali ni makan dengan anak-anak pula kan. Lagipun bukan selalu kami ke IOI City Mall ni, sebab tidaklah dekat juga dengan rumah.
Mula-mula SR bawa anak-anak duduk dekat meja panjang ni. Zaimi tengah buat order dekat kaunter masa tu. Tapi meja ni betul-betul sebelah sinki. Ada pelanggan yang basuh tangan, buka air kuat, terpercik dekat adam. Haha! Terus tukar meja.
Kami pindah ke meja yang di tengah kedai. Jadi tunggulah makanan siap. Sementara tu melepaskan penat dengan minum air dulu.
Tak lama sangat, tapi taklah sekejap juga makanan tu siap. Hehe...
Anak-anak semua zaimi orderkan Chicken Burger Set aje.
Rasanya dia pun sama kot. SR dah lupa pula zaimi order apa.
SR order Aloha Burger, ada sekeping nenas yang agak tebal dilapis dengan patty.
Rasa dia aneh, tapi sedap.
Fuel Shack di IOI City Mall ni tak adalah besar sangat outletnya, tapi selesa aje. Sambil makan, sambil tengok orang lalu lalang.
Burger dia pula jenis yang mengenyangkan. Mungkin sebab patty dia tebal. Memang kenyang sampai ke malam, walaupun hanya makan burger di waktu tengahari.
Jadi, sesiapa yang nak makan burger sedap di Putrayajaya, bolehlah ke Fuel Shack.
😋
#bukanpaidreview
Nampak sedap je..
BalasPadamMacam tak ada cawangannya di JB. Kalau ada, boleh try.
BalasPadamEntah bila dapat pergi. Ada nanas itu memang dari Hawaii.
BalasPadamdah lama xmakan beger
BalasPadamSelamat memberger selera
BalasPadambila bosan nak masak di hujung minggu memang makan kat kedai pilihan utama
BalasPadambelum pernah masuk sini
BalasPadamFamily outing
BalasPadamTak pernah cuba lagi Fuel Shack ini..
BalasPadamDah lama tak makan, why not menjamu selera dengan anak anak. Belum pernah lagi makan di Fuel Shack ni. Menarik untuk dicuba akan datang. Belum pernah makan burger dengan patty tebal.
BalasPadamtak pernah lagi makan dekat fuel shack ni padahal selalu nampak. suka kalau ada nenas dalam menu sebab manis nenas tu sedaaaap hehe
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.