SOALAN
Assalammualaikum. Ikan belacak atau dikenali dengan nama ikan tembakul boleh hidup di dalam lumpur di sekitar perairan pasang surut. Persoalannya, adakah ikan belacak dikategorikan sebagai 2 alam, bagaimanakah status hukumnya? Berlaku kekeliruan sama ada ia haiwan akuatik atau haiwan dua alam? Mohon pencerahan Mufti.
Ringkasan Jawapan:
Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul...
..halal dimakan kerana boleh dikategorikan sebagai haiwan air. Hal ini kerana habitat ikan belacak hidup di air dan hanya mampu hidup di kawasan daratan yang berair sahaja. Bahkan, keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembab dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair.
Huraian Jawapan:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.
Habitat Ikan Belacak
Ikan belacak merupakan ikan afimbia (dua alam), habitatnya di muara pasang surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasang surut. Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri. Tabiat ikan belacak bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air. Keupayaan untuk bernafas melalui kulit, lapisan mulut (mukosa) dan kerongkong (pharynx) hanya berlaku semasa ikan belacak lembab. Habitat ikan belacak terbatas pada kawasan lembab dan perlu mengekalkan pada kawasan lembab. Ini bermakna, ikan belacak hanya boleh bernafas dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair dan lembab.
Penentuan kategori Haiwan air Menurut Fuqaha
Panduan penentuan kategori haiwan air adalah apabila haiwan tersebut tidak boleh hidup melainkan di dalam air. Walau bagaimanapun sekiranya haiwan tersebut dua alam yang habitatnya di air dan di darat, maka penentuannya melihat kepada kawasan yang lebih lama boleh hidup dan bertahan. Sekiranya lebih lama di dalam air berbanding di atas daratan, maka dihukumkan haiwan air. Hal ini berdasarkan kenyataan Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari:
مَا يَجْمَعُ مِنْ الْحَيَوَانِ بَيْنَ الْبَحْرِ وَالْبَرِّ إنْ كَانَ اسْتِقْرَارُهُ بِأَحَدِهِمَا أَغْلَبَ وَمَرْعَاهُ بِهِ أَكْثَرَ غَلَبَ عَلَيْهِ حُكْمُهُ
“Haiwan yang berhimpun padanya antara laut dan darat (dapat hidup di kedua-duanya), sekiranya ia dapat tetap bertahan hidup pada salah satunya menurut kebiasaan dan hidupnya lebih banyak di situ, maka hukumnya mengikut kebiasaannya.”
Justeru itu, haiwan yang boleh bertahan di darat namun waktunya terbatas dan hanya boleh bertahan dengan kawasan air maka haiwan tersebut dikategorikan haiwan air.
Berdasarkan fakta habitat ikan belacak yang hanya boleh bergerak aktif di kawasan darat yang lembab dan boleh bernafas ketika keaadaan lembab menunjukkan ia hanya boleh bertahan pada kebiasaan kawasan yang berair. Oleh itu, ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie.
Oleh yang demikian, semua haiwan hidupan air yang menjadi bangkai halal dimakan berdasarkan dalil-dalil berikut, Firman Allah SWT:
أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ وَطَعَامُه
Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut (air), dan makanannya.”
Surah Al-Maidah: (96)
Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda :
هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ
Maksudnya : “Airnya suci dan meyusikan, bangkainya halal (dimakan)”
Riwayat al-Tirmidzi (69)
Penutup
Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana kategori haiwan air. Hal Ini kerana haiwan tersebut mempunyai ciri-ciri haiwan air yang hanya boleh bertahan untuk bernafas dalam keadaan lembapan dan habitatnya kebiasaan di kawasan berair mahupun lembab. Justeru itu, ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie.
Yang pasti, menamatkan riwayat sendiri itu hukumnya haram. Jangan contohi emak si Melur dan Pekan!
salam kenal SR..info baru ni..sblm ni tak pernah ambil tahu pun pasal ikan belacak yang tahu cuma cerita telur ikan tembakul
BalasPadamTeringat pulak muka Si Pekan, merengek2 nak telur ikan tembakul 😆
BalasPadamAlhamdulillah.. Shapun tertanya tanya juga pasal ini..
BalasPadamhalal ye.. Selau nampak ikan ini berkejar-kejaran tapi saiznya kecik..
kalau oleh mkn, masak apa ya yg sedap? hehehe
BalasPadambtw sis sihat ke tu?
BalasPadamPernah lepak di Pantai Remis Kuala Selangor nampak orang duk ambik ikan ni..
BalasPadamOwww.... Baru tahu! Thanx!
BalasPadamBaru tahu, tapi pernah terbaca yg ikan ni boleh panjat pokok, betuk ke? hihihi
BalasPadamCerita legend tu. Ini yang nak tengok semula kat YT. Boleh makan rupanya ye. Terima kasih share ::)
BalasPadamPernah jugak terfikir pasal ni. Tapi rupa ikan tembakul tu pelik la. Tak sanggup nak makan
BalasPadamtengok ikan ini rasa hilang selera la pulak
BalasPadamAgaknya macamanalah rupa telur tembakul tu...Saya selalu membayangkan macam telur ikan haruan🤭
BalasPadamIkannya tu nak makan ngeri tengok matanya🤣
X tau kesahihan sebelum ni ..dh baca entry ni baru tau...apapun mmg x pernah makan...selalu ada kat kawasan paya bakau kan...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.