Sempena hari lahir amir yang ke tujuh pertengahan Oktober yang lepas, kami lima beranak celebraye dengan makan-makan di The Chicken Rice Shop yang agak baru sahaja dibuka di Senawang ni. Memang tak sampai setengah tahun lagi kewujudan TCRS Senawang ni tau.
Lokasi dia adalah dalam Giant Senawang. Dulu, lot The Chicken Rice Shop ni adalah kedai buku MPH. Sekarang dah jadi kedai makan TCRS ni.
TCRS Senawang ni adalah jenis bertutup ya. Memang pintu kaca dia sentiasa tertutup. Sejuk suasananya, aircond padu. Kalau ada yang plan nak makan di kawasan terbuka dan open air, bukan dalam TCRS ni lah. Kalau nak makan dengan suasana macam tu, boleh ke TCRS Mydin Seremban 2. Hehe...
Yang menarik perhatian anak-anak SR tentang TCRS ni sememang menu Little Chicky dia. Dari dulu, dari anak SR cuma adam seorang, sampai dah jadi tiga ketul ni pun, itu sahajalah yang anak-anak SR suka order. Suka betul mereka dengan rupa nasi yang dikepal-kepal sampai jadi bola-bola tu.
Jadi, memang bila kami tanya nak makan apa, itu sahajalah jawapannya; Nasi bulat-bulat.
Kalau dine in di TCRS Senawang ni, tak ada waiter datang ke meja untuk ambil order. Sebaik saja kita duduk, akan datang staf datang ke meja, dan bagi sekeping QR code dan buku menu.
Kita perlu imbas kod QR tu untuk ke laman web untuk order. Bila kita scan, auto keluar nombr meja kita dalam website tu. Jadi kita orderlah apa yang kita nak. Bila dah habis order, tekan submit.
Kalau ada item tertinggal, jangan risau, Scan aje lagi sekali selagi belum time out. Ya, setiap QR code tu ada time out pulak. Kalau nak order lepas time out, memang tetap bagitahu secara verbal dekat staff dia.
Adam memang suka mengusik adik-adik. Sempat juga bergaduh masa tunggu makanan. Saja nak hijaukan SR. Nasib baik SR berjaya cool dan tak bertukar jadi She Hulk.
Birthday boy pulak memang manja kededek. Sempat jugak menangis dalam TCRS. Sabar je lah!
Yang lagi buat anak-anak teruja untuk makan dekat sini adalah robot waiter tu. Robot yang datang hantar makanan ke meja tau! Hahaha! Memang itulah yang diorang tunggu-tunggu. Cuma yang lecehnya bila robot yang hantar ni, kita yang pelanggan ni pula yang kena angkat semua makanan kita sendiri ke meja. Kalau sepinggan dua tak apa, ini kalau dah makan 1 famili, memang lenguh jugalah nak angkat. Tapi servis caj tetap kena bayar.
Tapi tak apalah, melayan anak-anak punya pasal, okey aje.
Sampai dah nasi bulat-bulat.
Kami ambil set untuk dua orang tu aje, macam biasa jugak.
SR paling suka Pai tee!
Lepas habis makan, bagitahu sahaja nombor meja di kaunter bayaran. Terus keluar harga dari yang kita order guna qr code tadi. Boleh bayar secara cashless. SR suka! Sebab SR memang dah malas nak cucuk-cucuk duit sekarang. Hahaha.
Itulah sahaja cerita kami dine in di TCRS Senawang.
Siapa pernah makan sini, angkat kening! Heheheh..
Ye, uncle pun nyampah dengan menu qr code ni....
BalasPadamScan QR code utk menu skrg dh jadi worldwide fenomena., kat Jakarta ni pun sama., hehe
BalasPadamakak makan TCRS kat Sunway Pyramid, bukan robot hantar..staff dia sendiri..kita geng SR, pai tee is favourite...
BalasPadamOhh baru bukak ye. Fully air cond okay sangat. Lebih selesa. Sekarang dah banyak dah order guna QR code. Dah ada robot penghantar makanan juga ye. Semakin maju TCRS.
BalasPadamaida pun skang cashless. dlm purse kekadang ada less than rm20.
BalasPadamtcrs ni antara kedai feveret kami. nasi ayam kan.
izzat mesti 2 pinggan nasi tau.
tak pernah lagi order nasi bulat2 tu, SR. mcm menarik :) ha ha ha ha
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.