Assalamualaikum, apakah hukumnya seseorang yang solat dengan memejam matanya dengan tujuan untuk lebih khusyu’ ?
Jawapan:
Wa’alaikumussalam w.b.t,
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Secara asasnya, kita disunatkan untuk memandang ke arah tempat sujud semasa solat. Ini berdasarkan beberapa riwayat seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar yang menukilkan kenyataan Muhammad Ibn Sirin yang berkata:
‘’Mereka dahulu (para sahabat) berpaling-paling dalam solat mereka sehinggalah turunnya firman Allah S.W.T:
قَد أفْلَحَ المُؤمِنُون الَّذِينَ هُم فِي صَلاتِهِم خَاشِعُون
Maksudnya: Telah berjayalah golongan yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyu’ di dalam solat mereka.
Surah Al-Mu’minuun (1-2)
Maka mereka pun beralih semula ke arah solat mereka (iaitu solat dengan tekun) dan melihat ke arah hadapan mereka. Dan mereka menggalakkan untuk salah seorang mereka tidak melepasi pandangan mereka dari tempat sujud mereka’’. Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/272).
Riwayat di atas seakan memberikan makna kepada kita bahawa ciri-ciri solat yang khusyu’ itu adalah solat yang dilakukan dalam keadaan tidak berpaling ke kiri dan ke kanan, melihat ke atas, dan seumpamanya. Lalu para sahabat pun memandang ke tempat sujud sahaja. Ia memberi isyarat bahawa kekhusyukan itu terhasil apabila mereka yang sedang solat memandang ke tempat sujud.
Manakala perbuatan memejamkan mata semasa solat dihukumkan sebagai makruh di sisi sebahagian fuqaha kerana bercanggahan dengan galakan memandang ke tempat sujud. Mereka berhujah dengan menggunakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يُغْمِضْ عَيْنَيْهِ
Maksudnya: Apabila salah seorang dari kamu berdiri di dalam solatnya maka janganlah dia memejamkan matanya.
Riwayat Al-Thabrani (1/37)
Imam Ibn Al-Qayyim ketika mengulas hadis-hadis sebegini berkata: ‘’Diambil faedah dari hadis-hadis sebegini dan selainnya secara keseluruhannya adalah, terhasilnya pengetahuan bahawa baginda S.A.W tidak memejamkan matanya di dalam solat. Para fuqaha telah berbeza pandangan akan kemakruhannya. Imam Ahmad dan selainnya berpendapat bahawa makruh menutup mata di dalam solat. Beliau berkata ini merupakan perbuatan golongan Yahudi. Dan para ulama lain pula membolehkannya dan tidak memakruhkan perbuatan tersebut. Mereka berpendapat, boleh jadi ia lebih hampir kepada menghasilkan kekhusyukan yang merupakan inti solat, roh, serta maksud sebenar solat.’’
Beliau menambah lagi dengan berkata: ‘’Pandangan yang tepat adalah: Sekiranya membuka mata (di dalam solat) itu tidak merosakkan kekhusyukan, maka itu adalah lebih afdhal. Sekiranya membuka mata itu menghalang antara dirinya dengan kekhusyukan seperti di hadapannya ada perkara-perkara yang mengganggu hatinya, maka tiada masalah untuk seseorang itu menutup matanya secara pasti. Dan pandangan yang mengharuskan menutup mata dalam keadaan sebegini adalah lebih hampir kepada usul dan maqasid syara’ berbanding pandangan yang menyatakan ia makruh’’. Lihat Zaad Al-Ma’ad, Ibn Al-Qayyim (1/284-285).
Pandangan beliau ini adalah selari dengan pendapat tokoh terkemuka dalam mazhab Imam Al-Syafi’e iaitu Imam Izzuddin Izz bin Abd Al-Salam yang berkata: ‘’Memejam mata di dalam solat apabila melihat seseorang yang buruk solatnya, sekiranya perkara tersebut mengganggu kekhusyukannya, serta hadirnya hatinya bersama Tuhannya (dalam keadaan memejam mata), maka memejam mata adalah lebih utama berbanding membukanya’’. Lihat Fatawa Izz Ibn Abd Al-Salam (no. 31).
Kesimpulan
Sebagai penutup kami menyatakan bahawa hukum memejam mata di dalam solat pada asalnya adalah makruh kerana bercanggahan dengan tuntutan memandang ke tempat sujud. Meskipun begitu, sekiranya didapati dengan memejam mata akan lebih membantu untuk fokus dan khusyu’ di dalam solat, maka ianya dibolehkan dan kadangkala menjadi lebih utama.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama.
good sharing.. tq!
BalasPadamOh...?
BalasPadamjangan tertutup terus terlelap udah... jadi hal lain lak hhheheheh
BalasPadamkdg2 abe kie pejam mata utk lebih khusyuk. huhuhu
BalasPadamnice sharing, pernah jugak pejam mata sbb nak focus huhuhu
BalasPadamkadang-kadng pejam mata untuk dapat feel solat berbanding buka mata dengan fikiran yang melyang
BalasPadampejam mata utk elak tgk corak permaidani masjid yg chantekk., ;p
BalasPadamkalau pejam mata mula la fikiran ke tempat lain, sebab tu elakkan pejaam mata
BalasPadamTerima kasih untuk perkongsian ni. Risau tak kusyuk bila pejam mata. Nanti fikiran merayau ke tempat lain.
BalasPadammencari khusyuk tu x mudah, kan.
BalasPadamada kala aida akan pejam mata.
itu ketika diri sendiri sedar yg ada sesuatu yg menarik perhatian mata.
terutama kalau2 dulu kala, anak kecik kat tepi.
dok risau, tak khusyuk solat hu u hu hu...
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.