Cerita Ahad lepas.
Zaimi bawa anak-anak pergi main dekat taman permainan yang tak jauh dari rumah SR ni.
Asalnya diorang pergi berempat, tapi tak lama lepas tu, adam balik rumah.
Sebabnya dia bagitahu, kaki dia dah kebas.
Sebelum dia join budak-budak taman yang ada tu main bola. Tapi mungkin agaknya disebabkan tak berapa nak kenal, jadi dia tak dapat bola. Asyik berlari aje zaimi kata.
Mungkin dia pun frust dan malu, dia balik.
SR tak salahkan adam, sebab dia tak bersekolah sekali dengan budak-budak taman ni. Dia sekolah dekat dengan tempat kerja SR. Jadi kawan-kawan dia memang dekat sana. Baru kenal beberapa minit, susahlah sikit orang nak main sama-sama kan.
Lepas dia balik, tinggallah dua ketul adik dia yang tak nak balik sebab seronok sangat main buaian.
Hari dah gelap nak hujan pun, gigih lagi nak main buaian tu. Haha.
Zaimi hantarkan gambar ni pada SR. Tengok gelagat amir, gelak SR sorang-sorang. Amir memanglah jenis suka ambil gambar dengan muka pelik-pelik macam tu. Gambar dia hampis 90% unik. Hahaha!
Itu sahajalah yang SR nak ceritakan. Ceritanya banyak, masanya yang terhad. Ini pun sementara tunggu ayu mandi nak pergi tadika. Sekejap lagi sampai saja SR di pejabat, terus nak menyotong. Ada fail kena dikemaskini, nak kena audit oi!
Bye!
Haaa... samalah dengan Iman ni, sejak dulu, tak ada geng setaman, hihi.
BalasPadamseronok anak2 bermain di taman permainan sesuka hati mrk
BalasPadamAnak saya pun bersekolah jauh sikit dari rumah.. Sekolah dia sehaluan dengan tempat kerja saya. Kalau nak bersekolah di kawasan rumah, perlu turun ke bawah lagi.
BalasPadamKesian pulak baca kisah adam ni, lain kali adam bawak bola siap-siap mesti mereka pun akan join. si Amir tu mesti jenis suke melawak kan, Ayu seperti namanya mestilah selalu nampak ayu je kan
BalasPadampernah bawak anak-anak main kat kombes. ada budak main bola...bila dorang nak join sekali budak2 tu macam layan tak layan je. anak-anak siap cakap...huhhh sombong betul orang seremban ni..orang KL ok je kalau ada orang nak join main sekali walaupun tak kenal. hahah
BalasPadamuncle pun suka gambar2 pelik
BalasPadamComel!
BalasPadamAbg Aqil dulu suka buat memek muka tiap kali ajak bergambar..
Tapi sejak dah jadi ala ala ABANG ni bila bergambar je susah sangat nak senyum..
Bila nanri,diorang dh nesar, boleh la tengok gambar ni sebagai kenangan
BalasPadamAdoilah.. Comel sangat Amir ini..
BalasPadamkan.
Padammcm anak buah aida kat kajang.
kalau bergambar, muka dia sure menarik perhatian.
pompuan. mulut tak reti diam :)
Ceria Amir dengan buat muka pelik. Agaknya tak serasi dengan kawan, tak dapat boleh memang frustlah dia. Takpelah Adam, keluar peluh sihat :)
BalasPadamhahaha 90% unik ea. bebudak memang suka buat muka unik kalau bergambar
BalasPadamha ha menyotong ek?
BalasPadamaida selamat dah 2 minggu kena audit iso. letih!
lepas ni turn aida plak audit org - EKSA plak.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.