#throwback
Assalamualaikum...
Best kan, ada long weekend kali ni, sempena Maulidur Rasul. Dapatlah berhujung minggu tiga hari. Syukur sangat. Dapat rileks lebih sikit. Tambahan pula, minggu depan, akan bermula semester baru untuk UiTM. Kebanyakan kelas SR adalah secara online. Tapi untuk beberapa subjek, ada makmal dan kelas yang face to face juga. Moga terus semangat menghadapi semester baru ini!
Entri kali ni, SR terjumpa gambar-gambar SR dan famili bersarapan di sebuah kedai makan yang agak popular di Negeri Sembilan, di Kuala Pilah khususnya, iaitu Kodai Makan Ain.
Kedai ni terletak betul-betul berhadapan dengan gerbang jalan ke Seri Menanti. Kalau dari Seremban arah ke Kuala Pilah, gerbang yang pertama (sebab ada dua jalan masuk ke sana).
Jika ikut waze, boleh juga taip Perkampungan Budaya Terachi.
Walaupun kami boleh dikatakan hari-hari lalu depan Kodai Makan Ain ni, tapi tak pernah singgah. Sebab jauh juga dengan tempat kerja, karang kalau dah makan di sini, pukul berapa nak sampai ofis? Ahahah...
Masuk-masuk sahaja, memang telinga terus disajikan dengan bunyi muzik dan nyanyian yang sangat kuat betul-betul depan tempat ambil makanan. Sampaikan, kita nak bercakap dan bertanya anak nak makan apa pun, langsung tak dengar.
Hairan betul SR dengan orang-orang yang makan betul-betul depan live band tu. Tabik SR dengan diorang. SR memang tak boleh makan depan orang yang main muzik live kuat-kuat. Tak tertelan, tak terkunyah!
Jadi, ambil nasi lemak cepat-cepat, dan terus berjalan ke arah dek belakang. Dekat sini, muzik yang bingit tadi dah jadi normal bunyinya. Bolehlah makan, bolehlah sembang dan bercakap dengan anak-anak. Air pula, ada pekerja yang akan datang ke meja untuk ambil order.
SR ambil semangkuk rendang daging untuk makan dengan nasi lemak.
Nasi lemak sangat rasa lemaknya tau.
Memang kenyang sangat makan sepinggan.
Makanan okeylah, anak-anak SR pun cuma ambil nasi lemak.. Ayu mihun kot klau tak silap.
View? Memang nice dan tenang. Jadi pada sesiapa yang nak bersarapan dengan view gunung di Kuala Pilah yang cantik ni, bolehlah cuba ke sini. SR pula hari-hari dah tengk pemandangan tu, dari dalam kereta. Kali ni, dapatlah duduk depan dia.
Sedang makan-makan, ada orang datang kira. Nanti bawa sahaja kertas tu, dan bayar di kaunter, depan live band tadi.
Live band ni, muzik dan suara vokalis dia memang power. Sedap sangat suaranya. Tapi mungkin SR tak biasa pergi konsert etc... Bila dekat-dekat, terus SR pekak dan bingai. Bingai sebab tak boleh bercakap dan tak boleh mendengar. Hahaha! Maafkan saya.
Tapi diorang nyanyi best, sumpah! Actually bila makan sambil dengar diorang nyanyi, memang seronok. Dengan syarat SR kena duduk jauh sikitlah. Hihi...
Orang memang ramai makan dekat sini. Kalau nak datang, kena expect orang ramai.
Harga?
STandard makan di Negeri Sembilan.
Nak pergi lagi?
YA!
Tapi, masa SR nak repeat pergi, ada event pula dekat Kodai Makan Ain ni. Macam ada family day. Mungkin boleh booked tempat ni untuk buat event. Terus patah balik dan makan di TMS Cafe Sajian Selero Negori di Ulu Bendul. Sebab tempat ni pun, SR pernah nampak dia jadi venue untuk Acara Mengoca. Ada nombor telefon Kodai Makan Ain 0196829253 tu haaa...
Ada yang berminat bolehlah tanya.
Itulah sahaja dari SR kali ini. Selamat bercuti semua!
Selamat menjamu selera. Kalau makanan negeri sembilan, saya suka makan masak lemak daging salai
BalasPadamDulu masa menetap di Pajam, kalau hujung minggu akak selalu pergi makan kat Kedai makan Ain ni. Tapi masa tu masih lagi kedai makan kecik di tepi jalan. Makanan dia memang sedap2.
BalasPadamSalam Maulidul Rasul sis..
BalasPadamNanti balik N9 boleh lah cari..
Lama dah tak balik N9 kampung sebelah ayah..
Ada live band tu yg uncle suka!
BalasPadamjarang sekali ke NS. tahun 2017 ada satu projek di fri glemi titi... memang kerja dan wajib singgah makan makan... cari gerai gerai biasa je... kemain podeh dan berlomak lagi masak lomaknya... suami sampai berhenti kat tangkak tido jap tara nak sampai jb
BalasPadamnampak luas kedainya, pemandangan belakang SR tu pun cantiknya. Akak pun sama tak boleh la nk duduk tempat muzik yang kuat sangat, yang biasa-biasa je dah rasa ok, ni kalau sampai nak cakap dengan anak pun tak dengar memang kuat sungguh la tu.
BalasPadammacam pergi kenduri kahwin pula ada live band ni haha
BalasPadamTeringin jugak nak makan kat sini one day. Tapi itulah setiap kali lalu tak pernah tak penuh. Dulu masa kodai ain ni kat depan tepi jalan tu ramai orang singgah jugak. Inikan dah besar kedainya.
BalasPadamyes, view nya tu yg buat aida tertarik.
BalasPadamsaujana mata memandang :)
bila makan, rasa tenang aje. tak cramp otak kita.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.