Assalamualaikum wbt...
Pejam celik, pejam celik, tiba-tiba dah hari Khamis kan. Esok dah Jumaat. Dah nak habis dah cuti sekolah bulan 9 2022 ni. Ada jugalah rasa tak sempat nak buat apa-apa pun. Tambahan pula kami baru aje lepas kuarantin Covid-19 kan.
Hari ni SR nak kongsikan cerita SR sekeluarga pergi ke Perkelahan Pasir Kubur di Sungai Lembing, Pahang. Kami pergi sejurus selepas kami meninjau-ninjau Jambatan Gantung Kolong Pahat yang tak jauh dari sini tu.
SR pertama kali datang ke sini, memang tak sangka langsung yang kawasan dia penuh dengan batu sungai! Dari tebing sungai, sampailah ke dalam sungai. Memang masa sampai tu hari tengah panas. Bila pijak batu-batu tu, menjerit juga tapak kaki SR!
Abah SR memang dah lama teringin nak bawa cucu-cucu dia mandi di sini. Jadi, sebaik saja zaimi siap park kereta, abah orang yang pertama masuk dalam sungai tu.
Anak-anak SR pun apa lagi, terus tanggalkan pakaian yang belah luar. Memang diorang dah pakai baju untuk mandi siap-siap di sebelah dalam.
Zaimi pun masuk sekerat lutut untuk temankan abah SR dan anak-anak. Susah juga tengok dia berjalan dekat dalam sungai tu. Jadi diorang memang main air dekat tepi-tepi aje. Tak berani juga nak ke tengah sangat. Sebab tengok pengunjung lain pun, tak ke tengah walau air tak dalam. Ada yang kata, kalau ke tengah sikit, ada pasir jerlus.
Entahlah.
Memang tak berani pula nak ambil risiko!
SR dengan emak SR tunggu dekat bonet kereta aje.
Malas juga nak berbasah-basah.
Memang batu semata-mata kan?
Haha!
Happy anak-anak dapat bermandi-manda. Air sungainya tak jernih sangat, ada mendapan juga. Baju abah SR yang putih tu, jadi kuning lepas siap mandi sungai.
Nak duduk atas tikar tu pun kena berhati-hati, salah landing, menjeritlah sakit bontot!
Kami kasi can anak-anak mandi dalam 45 minit, lepas tu panggil naiklah. Panas. SR dengan emak SR berpeluh dah berbaldi-baldi!
Lepas selesai tukar baju, terus gerak ke kedai makan berdekatan. Kedai pun dah nak tutup masa tu. Tapi, tokey kata masih boleh order. Jadi kami pun order makanan yang istimewa dekat kedai dia; Mi Jawa.
Lepas makan, terus gerak balik semula ke Beserah.
Keesokkan harinya, SR demam.
Emak SR kata sebab panas sangat agaknya masa duduk menunggu dekat kereta. Tambahan pula pakai baju gelap dan tudung hitam. Terus tangkap kepala haa!
Itulah sahaja cerita SR dan keluarga ke Sungai Lembing untuk kali ini. Ada sesiapa pernah datang berkelah di sini? Namanya dah ditukar dari Perkelahan Pasir Kubur pada Perkelahan Pasir Puteri, tapi nama yang masih sohor adalah Perkelahan Pasir Kubur hehehe...
Ada kubur ke?
Ada! Dekat dengan sungai tu ada kawasan perkuburan, mungkin dari situ dapat nama lama tempat ni. Siapa yang tahu, bolehlah kongsi dengan semua ya!
Cantik batu-batu sungai tu. Belum pernah sampai sini lagi ;-)
BalasPadamteringin nak ajak anak2 mandi sungai tapi sbb skrg ni baca berita pasal kepala air jadi takut pulak, lagi2 cuaca sekarang tak menentu.
BalasPadammujur batunya cantik bulat2 je.... seronoklah 3 beradik tu dapat berendam ya.
BalasPadamTengok emak SR masih nampak muda dan cantik lagi
cantik pemandangan d sungai tu. dah tua2 ni jadi kaki tengok je. masa budak2 dulu memang la siap terjun tiruk sekali!
BalasPadamWalau batu2 tp sungainya cantik
BalasPadamkg ciknur byk jga berbatu camni.
seronokk ank2 mandi
bestnya..da lama tak buat aktiviti macam ni!
BalasPadamCantik batuan sungai tu lah. Tapi ya..memang sakit la nak pijak. Haha
BalasPadamAir tu keruh sebab lepas hujan kot Syaz. Sebab pernah ada kawan share mandi sini airnya agak jernih. Kecuali ada tempat lain dengan rupa gini kat Sg Lembing ni.
Cantik2 la batu kat situ... besar2
BalasPadamseronok ya, masih ada sungai yang panjang untuk mandi manda dengan famili. tempat saya ni dah takad rasanya. kalau dulu semasa saya masih ada keluarga di Slim River, sungai di sana memang osem. Siap ada jeram dan air masih jernih...
BalasPadamCantiklah sungai ni... Nampak tenang je airnya...persekitaran pun nampak bersih.
BalasPadamHappy diorang dapat mandi sungai..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.