Mari kita throwback kisah beberapa minggu lepas yuk! Masa ni kami balik Kuantan. Emak dan abah SR ajak jalan-jalan. Sekali sekala balik, mestilah nak berjalan dengan cucu-cucu. Sejak mak dan abah SR pindah ke Kuantan pada 2018, SR memang tak pernah lagi ke Sungai Lembing. Jadi why not kan?
Siap-siapkan anak, dan terus mulakan perjalanan ke Sungai Lembing. Dari Beserah ke Sungai Lembing mengambil masa perjalanan dalam 30 ke 40 minit sahaja. Tak lah jauh pun rupanya.
Ada hotel-hotel dan juga ada terowong bersejarah dekat Sungai Lembing ni. Tapi mak abah SR tak kasi pergi sebab bawak budak-budak. Haha! Baiklah, dituruti. Jadi, rancang nak bawa anak-anak mandi sungai sahaja di Perkelahan Pasir Kubur, tapi itu nanti SR cerita di lain entry.
Untuk entry kali ini, SR nak ceritakan tentang kami pergi ke Jambatan Gantung Kolong Pahat.
Dari pekan kecil Sungai Lembing tu, terus sahaja lagi ke depan. Kalau nak senang, gunalah Waze. Nanti akan ada 1 jalan kecil, yang di sebelah kanannya ada sungai yang besar dan jauh ke bawah.
Jambatan gantung Kolong Pahat ni menghubungkan jalan untuk ke perkampungan di seberang sana tu. Panjang juga jambatannya, gayat SR! Yang paling menggerunkan, bila kita tengah bergoyang-goyang dekat tengah-tengah jambatan tu, tiba-tiba ada pula penduduk kampung tu yang lalu atas jambatan tu dengan motosikal.
Ya!
Dengan motosikal!
Bayangkan gegaran jambatan gantung tu! Hahaha!
Siap masa dia lalu tu, dia suruh kita himpit badan kita betul-betul ke tapi, dekat dengan pagar dawai hijau tu.
Memang berdoa aje agar pagar tu tetap utuh menahan berat badan SR yang terlebih skala ni. Kah Kah! Adam dan ayu masih steady, tapi amir dah pening dan rasa nak muntah bila jambatan gantung tu terlebih goyang gais.
Bila dia dah pening, dia macam dah mula nak sebek. Jadi zaimi bawa dia ke darat cepat-cepat. SR dan yang lain-lain masih menikmati keindahan kawasan tu walau keadaan sangat panas gila masa tu.
Kelihatan ramai juga yang pergi ke kampung seberang tu, dan patah semula sambil pegang plastik berisi makanan. SR tak pergilah tengok sampai ke kampung tu, tapi SR agak, diorang beli makanan dekat kedai yang menag sohor kot di kampung tu.
Seronoklah tu emak SR, lepas hajat dia nak bawa anak cucu naik jambatan gantung Kolong Pahat ni. Emak dan abah SR sendiri memang dah pernah pergi. Pergi dengan adik lelaki SR rasanya. Jadi kali ni, pergi dengan SR pula.
Abah SR tu pakai seluar tiga suku tu, sebab memang daj bersiap-sedia nak berendam dalam sungai! Haha!
Panjang juga jambatan gantung Kolong Pahat ni tau.
Lepas dah puas berhenjut dan bergayat atas jambatan gantung tu, kami pun terus gerak ke Perkelahan Pasir Kubur. Jadi sambil tu menikmatilah suasana pekan kecil Sungai Lembing yang nostalgik tu. Banyak bangunan lama yang masih kekal dipelihara.
Pokok-pokok asal yang bersaiz besar pun turut dijaga dengan baik. Menjadikan pekan Sungai Lembing ni cantik dan tinggi nilai estetiknya.
Good job kerajaan Pahang!
Itu sahaja dari SR, nanti SR cerita pengalaman kami di Perkelahan Pasir Kubur pula jika ada rezeki dan masa.
Siapa pernah ke Sungai Lembing? Kongsikan sikit cerita dengan SR!
+++
Baca juga kisah SR dan keluarga ke Perkelahan Pasir Kubur!
Akak pernah ke Sg Lembing hampir 8 tahun lalu. Memang terpesona tengok pekannya, masa tu pulak hujan. Dengan kabusnya…tenang.
BalasPadamAkak ke sana sebab masuk Terowong Bijih Sungai Lembing. Pengalaman yang seronok. Muzium pun ada sebelum sampai terowong. Tapi dah masuk terowong, malaslah nak masuk muzium.
Cantik betul pemandangan kat sini. tak pernah pergi lagi... Menarik untuk dilawati. Thanks for sharing!
BalasPadamMasih belum diberi kesempatan untuk explore ke negeri Pahang.. Baca post Shaz ni terasa best pula suasana di Sg. Lembing..
BalasPadamYa Allah memang berdebar laa kalau ada pengguna motosikal rentas guna jambatan ni . Mau berpaut kuat2 tepi jambatan ni haaa
BalasPadamTak pernah lagi ke sungai lembing ni. bila difikir balik memang jarang berjalan ke area Pahang.
BalasPadamMacam best je Sg Lembing ni...one day PH sampai Insha Allah
BalasPadamTak nak naik... teringat cerita indiana jones!
BalasPadamkawan sekolah dulu ramai yg tinggal di sini tapi xpernah sampai pun
BalasPadamAkak pernah ikut rombongan pejabat ke Muzium Sg Lembing tu tapi dah lama..Selain kat situ, tak ingat ada singgah ke mana lagi area sg lembing ni...
BalasPadamSuasana sangat tenang dan cantik. Best orang tak ramai, kalau tak jenuh bersesak-sesak. :)
BalasPadamGod, it would be so awesome if there were motorcyclists crossing this bridge. This bridge's edge is where I want to hold on.
BalasPadamhttps://technoeservices.com
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.