Assalamualaikum wbt...
SR dan zaimi sebenarnya dah beberapa hari perasan, ketika kami dalam perjalanan ke/ dari Kuala Pilah, ada satu kedai makan baru yang dibuka dekat depan kedai cendol di Ulu Bendul tu. Kalau dari arah Seremban ke Kuala Pilah, kedai ni selepas tempat mandi di Ulu Bendul tu. Memang kedai makan yang tepi jalan besarlah kiranya.
Jadi semalam, lepas sahaja anak-anak lelaki SR habis kelas taekwondo, terus bawa anak-anak ke sini. Disebabkan waktu pun dah pukul 11 pagi, kiranya macam kami datang untuk brunch. Breakfast + lunch sekaligus!
Kawasan parkir kereta dia agak luas, tapi kalau dah ramai yang singgah, mungkin boleh jadi penuh juga. Sebab House of TMS Cafe Sajian Selero Nogori ni, memang SR rasa akan jadi kedai makan yang orang selalu singgah jika mereka guna laluan dari Seremban ke Pantai Timur melalui Bukit Putus dan Kuala Pilah. Maklumlah, jalan ni memang selalunya banyak kenderaan dan boleh jadi sesak juga. Terutamanya pada hujung minggu, cuti am, cuti sekolah dan waktu ada perayaan seperti Raya Aidilfitri dan Raya Haji kan.
Jadi, andai kata ada yang cari kedai makan sedap di Ulu Bendul, House of TMS Cafe Sajian Selero Nogori boleh jadi salah satu darinyalah bagi SR. Bolehlah berhenti isi perut sebelum meneruskan perjalanan. Nak datang saja-saja macam SR pun, apa salahnya kan!
Masa SR makan dekat sini semalam, lauk memang berunsurkan masakan Negeri Sembilan. Pedas itu wajib! Hehe... Ada lemang dan pulut kuning juga. SR nampak ada Gulai Lompap. Tapi SR tak cuba lagi, mungkin lain kali. Sebab semalam SR tewas dengan godaan rendang daging!
Kalau dah kata masakan pure Negeri Sembilan, memanglah pedas. Itulah yang sedap! Tapi anak-anak SR makan sambil mengalir air mata dan hinguslah. Hihi... Sekali-sekala kena ajar juga lidah tu makan pedas. Baru senang nak melata atas muka bumi nanti-nanti.
Zaimi ambil ayam rendang. Anak-anak ambil ayam goreng, kecuali amir. Lauk lain yang SR perasan ada gulai telur itik, masak lemak keli salai, masak lemak daging salai, kari daging, kambing masak lomak cili api... EH banyak lagilah!
Masa SR dah duduk makan pun, SR nampak ada lagi tray makanan yang baru siap dibawa ke tempat lauk, antaranya gulai asam pedas ikan.
Pemilik kedai makan ni SR tak pasti siapa, tapi ada dua orang lelaki berusia yang sangat ramah melayan dan menyantuni semua pelanggan yang hadir. Mereka pakai baju yang sama, warna biru muda dan putih, macam uniform kedai kot. Hehe. SR suka sangat dengan layanan yang diberi oleh mereka berdua pada kami pelanggan semua ni. Yang datang ambil order air pun ramah-ramah belaka.
Kedai dia luas, dan tak panas. Rasa selesa nak habiskan masa sambil makan pedas di sini. Ahaha! Tapi seriously, selesa kedainya! I like!
Kalau tanya SR, mahal ke kedai makan ni? Personally SR rasa harga dia standard harga kedai makan di Negeri Sembilan.
Adakah akan repeat?
Ya!
Sedap?
Ya!!
Berbaloi pergi dari Seremban?
Ya?
Berbaloi datang dari Kuala Pilah?
Jauh sedikit.
Dekat dengan Ulu Bendul?
Betul-betul sebelah.
Kalau lapar waktu dalam perjalanan yang melalui jalan Bukit Putus - Kuala Pilah, nanti kalian singgahlah ya!
#bukanpaidreview
#honestreview
Agitcheww... 😁
Wah menarik ni..betul2 area kedai cendol tu kan...nak pi situ la...hehehehe
BalasPadamDia punya bumbung pun nampak baru... bersih
BalasPadamBoleh cuba kalau lalu sana 😉
BalasPadammenarik jugak kedai makannya, syok la kak syaz sekeluarga boleh singgah makan sini selalu
BalasPadamWah..viral lah lepas ni. Alamak saya lah tu tak berapa suka makan pedas. boleh menangis macam budak-budak
BalasPadamnampak luas dan selesa kedai ni
BalasPadamSelamat menjamu selera ya semua . Comel laa gaya ayu posinng tu
BalasPadamAda gulai itik tu best.. Tapi tak tertelan kalau pedas sangat.. hehehe
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.