Minggu lepas, ada sekali waktu lunch, SR, zaimi dan ayu pergi makan di Food Court dalam Giant Kuala Pilah. Zaimi teringin nak makan sizzling, ayu masa tu tak nak pula makan apa-apa, agaknya masih kenyang sebab dia breakfast agak banyak hari tu.
SR pun sebenarnya tak tahu nak order apa, tujuannya nak bawa ayu jalan ke Giant tu je, sebab kebetulan hari tu dia ikut SR ke ofis. Lepas round food court comel tu tiga, empat kali, SR rasa nak cuba Yong Tau Fu lah.
So, let's.
Memang agak rambang mata bila berdiri depan stall yong tau fu ni. Banyak juga pilihan. Cuma dia tak letak harga, jadi kena wujudkan sedikit perasaan takut untuk main cedok dan sepit. Haha!
Setelah berlawan dengan nafsu serakah sendiri, SR pun kembali menyerahkan mangkuk yang SR dah pilih isi untuk Yong Tau Fu SR tu.
Sumpah berdebar masa tengk mamat tu kira sambil terkumat-kamit bibir dia tau.
"Empat belas," ujar brader tu dengan wajah yang polos ketika meletakkan semangkuk Yong Tau Fu yang telah berkuah di depan SR.
Bayar ajelah, sendiri yang cedok tak ingat dunia tadi kan.
Rasa dia bolehlah, tak adalah sampai menjilat jari, tapi tak adalah sampai tak boleh telan.
On a serious note, sebenarnya RM14 semangkuk tu tak habis pun SR makan. Siap kongsi dengan zaimi dan ayu. Hihi...
Di Kuala Pilah ni, Yong Tau Fu yang sedap dan terpaling sedapnya adalah di pasar malam. Tapi, pasar malamnya setiap petang jumaat. Memang jarang sangat SR nak singgah. Jadi, inilah harga sebuah kemalasan.
OK jauh dah SR merapu.
Toodles!
Hahahah.. memang debar2 la taim nak tunggu dia sebut harga.
BalasPadamsuka makan yong tau fu sup kat food court sban prima
BalasPadamNak pi cari la nanti kat Seremban Prima....
Padammemang, kalau nak beli ytf ni kena kawal nafsu. mai ambik je ikut suka, last sekali tak habis...
BalasPadamKat Pantai Puteri pon ado.. Young tou foo.. Adeiii Teringat kesedapannya😅
BalasPadamRM14 tu murah la tu SR....hahahaha....tp memang seram gak la..tiap kali nak bayar...NUSentral memang melampau mahal tapi kalau dah teringin lelap mata je
BalasPadamyongtaufu mesti ada kangkungnya kan
BalasPadamUncle ingat Yong Tau Fu Giant tu Yong Tau Fu Gergasi... (saiz besar)
BalasPadamFeveret ni..ha'ah kt pasar mlm, YTF sedap & murah..
BalasPadamSaya kalau yong tau fu ini memang seram nak cedok bila tak de harga.. Rasa menggeletar je tunggu dia maklumkan harga.. hehehe
BalasPadamhaha kira murah lah tu banyak macam tu RM14. kat sini dah cecah 30 pun ada padahal bahan tak banyak pun. kangkung pun dapat batang hshs
BalasPadamAini pun camtu.. duk pilih apa kita nak pastu debar jantung laju takut mahal sangat.. Tapi tu kita nak bedal jelah kan..hehe
BalasPadamCabaran beli yong tau foo tak display harga ni.
BalasPadamWah sedap ni . Yong tau fu kalau amek2 je ..terlajak ambik mau tkejut tgk harga tu
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.