Bulan Jun haritu SR ada buat entry kontot tentang SR dan keluarga ada pergi ke Sekinchan.
Memang tak plan seketul habuk pun. Bangun-bangun pagi tu, memang seperti biasa (bak lagu hujan) tetiba lepas sarapan, zaimi dapat rasukan idea mengejut. Tetiba nak pergi Sekinchan tengok sawah padi. Memang beruk pun tak akan terkejut sepertimana SR terkejut masa tu. Haha!
Anak-anak pun memang support la ayah diorang kan. Memang naklah bila ayah ajak pergi jalan.
Terus check waze semua, perjalanan dalam 2 jam kalau dari rumah SR. Memang bersiap dengan pakej bersilat! Katanya pulak nak balik hari, seketul sehelai baju lebih pun tak bawak!
Disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Agitchew.
Disangka perjalanan 2 jam, rupanya hamek kau jem serata alam, empat jam setengah baru sampai!
Memang kalau tak ingat zaimi tu suami, SR nak luku je kepala dia masa tu. Hahah! Tak apalah, layannss ajelah dia punya niat tu kan, apa salahnya kan.
Dah sampai Sekinchan, terus cari petak padi yang boleh berhenti untuk ambil gambar kan.
RUPANYA SALAH TIMING.
Setelah empat jam mengharung jalan sesak, bila sampai, penuh jentera padi besar-besar tengah potong padi. Kau rasa???
Tapi cari jugalah petak padi yang senonoh sikit. Dahlah tudung dah terkelepet aje awningnya. Agaknya lama sangat dalam kereta ke apa entahlah!
Jadi bergambarlah seadanya. Nak berhenti pun tak senang, hati pun susah. Kereta pelancong, kereta orang kampung, jentera tu sendiri, memang tak putus-putus lalu sebelah. Anak-anak pulak excited, risau diorang terlari ke tengah jalan. Memang berdebar je hati SR.
Besar kan jentera kat belakang tu! Risau SR!
Haha!
Gambar-gambar pun nampak yang padi dah tak menguning kan. Ada yang dah dituai. Rupanya, kawan SR bagitahu, waktu yang sesuai untuk bergambar atau ootd ke apa ke di sawah padi Sekinchan ni adalah antara bulan Mac ke bulan Mei sebenarnya.
Masa tu, padi tengah cantik menguning. Bulan Jun, waktu padi dituai.
Todiaaa akibat tak tanya orang setempat, tak buat research dulu sebelum pergi... Tinggal tangkai padi ajelah! Haha! Zaimilah ni!
Hahaha!
Itu yang nak bagi puas hati, kami pergi pula ke Kampong Agong di Pulau Pinang untuk bergambar tepi sawah padi. Sebab nak tunggu bulan Mac 2023, lambat lagi! Hehe!
Lepas dah bergambar, ada juga terfikir nak redah aje tidur dekat Sekinchan ni. Nak cari aje mana-mana hotel. Tapi tak jadi, sebab SR tak sanggup pula tak tukar baju untuk tidur!
Jadi lepas makan, singgah solat, dan balik terus ke rumah. Perjalanan another 4 jam. Letih! Tapi happy sebab anak-anak happy 😁
Kiranya ini antara pengalaman spontan kami untuk 2022. Kalian ada pengalaman berjalan spontan macam ni tak? CUba share dengan SR dan reader lain jom!
+++
Kami ada repeat ke sini pada Februari 2024, boleh baca SINI!
Salah timing rupanya. Takpa, Syaz, boleh ajak Zaimi plan elok2 tahun depan, hihihi.
BalasPadamTak pernah lagi lah berjalan sepontan macam ni sebab saya suka planned trip. Takpelah kan jadi mak ni janji orang lain hepi.
BalasPadamwah padi menguning emas musim menuai dh tiba rezeki pesawah
BalasPadampergi time padi tumbuh menghijau pun cantik juga kan , tapi kat sekinchan ni banyak lagi kan tmpt yg cntik2 ,,teringin nak ke sana
BalasPadamMengejut pun tetaplah gambarnya cantik-cantik.. Sha pun seram tengok jentera tu.. Lalu sebelah lagilah seram.. hehehe..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian. Nasib baik terjumpa blog ni, kalau tak senasib lah saya...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.