Assalamualaikum wbt...
Petang semalam, balik sahaja dari sekolah, adam mengadu rasa badan tidak sihat. Memang panas suhu badan dia. Katanya dari pagi dia dah rasa pening.
Sebenarnya, SR pun ada juga rasa tak berapa ok pagi semalam. Ada juga rasa pening dan loya.
Alkisah, rupanya adam dan SR positif dijangkiti Covid-19 melalui ujian kendiri. Bila buat test tu, terus naik dua garisan. SR pakai kit jenama Alltest.
Zaimi buatkan juga ujian kendiri tu untuk diri dia, amir dan ayu.
Amir pun kantoi. Tapi alhamdulillah, amir tak ada gejala apa-apa.
Ayu dan zaimi aje yang satu garisan.
Dugaan.
Setelah selamat dari terkena jangkitan dari tahun 2020, akhirnya kami tiga beranak tewas juga. Harap kami lekas sembuh dari Covid-19 ni.
Simptom kami setakat waktu SR menaip ni:
SR gatal tekak dan batuk. Dada adalah rasa pelik sikit, tapi tak ada masalah bernafas.
SR gatal tekak dan batuk. Dada adalah rasa pelik sikit, tapi tak ada masalah bernafas.
Adam demam dan tak ada selera makan.
Amir tiada simptom.
SR harap sangat covid ni tak melarat. Dn sangat berharap agar ayu dan zaimi kekal negatif.
Kami bertiga isolate di tingkat atas buat masa ni. Bila ada keperluan untuk turun ke bawah, kami akan pakai mask.
Bila dah dapat keputusan positif tadi, SR terus update mySejahtera. Jadi memang akan dapat paparan yang kita sedang dijangkiti covid, dan stage berapa. Juga dimaklumkan tarikh kita perlu mengasingkan diri dari bila, sampai bila.
Jadi, SR akan guna benda tu untuk mohon cuti kuarantin nanti.
Buat masa ni, SR dan adam kategori 2a. Amir kategori 1.
Moga SR dan anak-anak lekas sembuh... Aminn...
Doakan kami ya!💛💛
Semoga diberi kesembuhan buat SR dan anak2 ya.
BalasPadamSemoga tidak serius dan cepat sembuhnya
BalasPadamSemoga akak dan anak akak cepat sihat. Jangan stress dan minum air kosong banyak, agar badan tak hidrasi. Kumur air garam selalu agar kuman di tekak akan mati. :)
BalasPadamSemoga segera sembuh dan baik² sahaja.
BalasPadamInnalillahiwainnailahirajiun.
BalasPadamSelamat mengasingkan diri.
get well soon, sis. makan ubat tau... take careee! <3
BalasPadamSemoga SR sekeluarga diberikan kesembuhan seperti sedia kala ..aamiin
BalasPadamSemoga SR dan anak-anak sembuh dan dijauhkan dari virus Covid19
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.