Raya Aidilfitri 2022 yang lepas, zaimi memang dah bagitahu SR yang dia tak nak beli baju melayu baru untuk raya. Kisahnya baju raya yang beli masa 2021 pun masih elok dan tak luak lagi. Adam dan amir punya baju pun sama. Memang elok sangat dan baru aje pakai beberapa kali. Sejak dah habis tadika, budak-budak ni memang jarang pakai baju melayu. Masa tadika bolehlah juga dipakaikan masa hari Jumaat.
Bila check, masih muat. Seluar yang asal labuh, dah jadi ngam-ngam. Jadi zaimi suruh SR dengan ayu aje yang beli baju raya. Itu yang jadi tema campuran merah jambu dan coklat tu. Sebab SR berkenan pula tengok baju Sabella jenis ni (tak ingat kod dia) yang warna coklat. Lebih-lebih lagi, ada pula yang versi kanak-kanak sekali. Terus order!
Jadi, masa pagi raya tu, kami pun turun ke bawah untuk ambil gambar famili. Biasalah, gambar 1 famili untuk raya kan. Main snap aje, lepas tu baru pilih gambar mana yang elok, dan gambar mana yang delete.
Lepas tu agaknya dengar kami gelak-gelak dekat bawah tu, anak-anak buah yang ada raya sekali dekat Kota Bharu pulak turun sekali sementara emak abah diorang bersiap. Diorang tiga beradik, semua perempuan. Memang sedondon jugalah baju masing-masing. Jadi bergambarlah sekali memeriahkan suasana.
Tahun depan, kalau ada umur, teringin nak bersedondon anak-beranak lagi, mungkin nak tema hijau emerald pulak. Hahaha!
SR dah lama nak bertema hijau emerald tu, tapi tak dapat sebab baju ayu selalu tak jumpa warnanya. Ini dia dah besar sikir, harap senanglah cari. Kalau nak lagi senang, beli dekat Jakel ajelah nanti untuk lima-lima beranak!
Tengok macam mana nanti.
Kalau jadi, boleh update sini kan 😉
wahh ni kes gmbr raya geram n balas dendam.. hehehe
BalasPadamSi kecik tu macam mekap sekali je...?
BalasPadamCantik bju
BalasPadamakak tahun ni pun tak sedondon cuma senada je... sebab akak masuk hospital awal bulan puasa ddk ward 3 minggu memang tak sempat nk carikan baju untuk Aiyan, jadi suami akak pakai baju mana yg elok pastu belikan baju Aiyan yg warna senada, akka pun pakai yg mana ada
BalasPadamcomelnya Ayu pakai baju sedondon dengan Kak syaz. Sekarang ni dah banyak nampak baju sedondon ibu dengan anak. Senang nak pilih mana yang berkenan.
BalasPadampandai match... pink + coklat nice gak.
BalasPadamSelalu teringin nak sedondon Hari Raya tapi malas nak tempah baju hehe. Tahun ni paling caca merba sbb anak2 ada taste sendiri, sorang nak merah sorang nak biru..
BalasPadamComel lah mak dara dan anak dara tu ye..
BalasPadamSeronok pakai baju dondon berdondon ni. Meriah sangat rasanya. Belum terfikir nak pakai baju warna apa raya akan datang ni. Macam dah semua warna digayakan tahun-tahun sebelumnya ...ahaks!
BalasPadamDua tema pun nmpak lawa. Tak nmpak sama semua ..ciknur penah jg raya boy tema lain dan girl tema lain
BalasPadamAamiin. Moga tema yang dihajati tercapai.
BalasPadamCantiknya ootd raya .
BalasPadamMenariknya ootd raya
BalasPadamcantiks....seronoknya beraya dikampung
BalasPadamCantik walaupun gabungan dua warna..
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.