Zaimi memang ada tanam bendi depan rumah sekarang. Menjadi pulak tu! Syok SR makan bendi celur. Hehe...
Ayu memang selalu jadi assistant ayah dia dalam bab penanaman okra, nama lain bagi bendi ni. Ayulah yang tolong siram dan tolong potong bendi dari pokok untuk dibawa ke dapur.
Ini gambar beberapa hari lepas. Ayu dengan zaimi baru lepas menuai tiga batang bendi yang dah sedia untuk dipetik. Lembut aje bendi ni. Zaimi dapat benih dari kakak dia, siap bawa balik dari Kota Bharu tau. Keringkan untuk dijadikan benih masa tu.
Kalau mak SR, selalu masukkan bendi dalam kari ikan, atau asam pedas. Kalau keluarga zaimi, selalunya mereka celur saja bendi, makan macam ulam.
Dulu SR tak reti juga makan bendi. Kalau makan kari ikan atau asam pedas yang emak SR masak, mesti SR tak ambil bendinya. Tapi, sejak tengok keluarga zaimi makan bendi secara celur tu, SR pun try. Eh sedap pulak rupanya bila makan gaul dengan nasi putih panas-panas. Haha!
Jadinya, sekarang SR lah yang menghabiskan bendi ayu dan zaimi ni. Sebab, dua beranak tu semangat menanam aje, makannya tak. Haha!
suka bendi....dapp. but sama mcm syaz...suka yg dlm lauk je..kari or asam pedas. emm, kena try yg celur punya gak ni
BalasPadamantara favourite ammi bendi ni...tak kisahlah masak apa pun. goreng pecah tolo lagi layan
BalasPadamSinggang letak bendi, sedapnya.... Naniey suka makan dalam singgang, asam pedas dan kari. Jarang jarang goreng. Kalau goreng buat goreng kicap tu.
BalasPadamPak Zain pun tengah semai bendi...seronok tengok ada lebih kurang 10 batang pokok...
BalasPadamBagus...bagus ..nanti Ayu pula boleh tanam bendi ye :) Betul, bendi rebus sedap!
BalasPadamDah macam kuku wolverine la pulak! heheh
BalasPadammakan bendi n bijinya selalu boleh cerdaskan minda kata sifu
BalasPadamMasak goreng pun sedap
BalasPadamLagi suka bendi daripada terung.
BalasPadamBendi memang mudah nk tanam ..kt rumah CCL pun banyak pokok bendi .kadang² terlalu banyak sehingfakan tak sempat nk makan, petik bagi jiran
BalasPadamsedapnya bendi kalau dalam asam pedas
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.