SR akui, SR memang salah seorang yang menyumbang kepada statistik masyarakat yang takut nak ke klinik gigi dan takut nak berjumpa dengan doktor gigi. Nak cakap punyalah lama SR tak pergi klinik gigi pun malu tau.
Jadi nak dijadikan cerita, dalam 3 tahun lepas, geraham SR yang belah kiri mula terasa sakit. Asalnya tergigit tulang masa makan nasi goreng ayam. Ada tulang serpih dalam nasi. Rasa bergegar otak masa tergigit tu.
Tapi, SR in denial. Selalu buat-buat lupa, atau tahan aje sakitnya.
Tapi sejak awal tahun ni, sakit dekat geraham tu makin kerap. Sampai tahap berdenyut-denyut tak boleh tidur malam. Pun SR tahankan. Sampailah dalam bulan lepas, sakit tu memang SR dah tak boleh hadap. Kiranya sakit tu dah melebihi ketakutan SR untuk jumpa doktor gigi.
Mulalah SR search sana sini. SR ingat nak pergi tampal biasa aje tau. Maka SR pun hubungilah Klinik Gigi Medissa Senawang. Tapi, nak ke sana kena by appointment. SR pulak dah tahap hantuk kepala kat dinding masa tu. Search lagi, terjumpa Klinik Gigi Cozy T. Jarak dekat sangat dengan rumah rupanya! Waze aje Cozy T, terus jumpa. Dia terletak berhadapan dengan Klinik Kesihatan Senawang. Terus SR call, mereka kata boleh walk in. Walaupun dah petang masa tu. Dia kata, asalkan SR dapat sampai sebelum 5.30 petang.
Zaimi tak ada pula dekat rumah masa tu. Tapi, dia kata dia dah nak sampai. SR terus tabahkan hati, pesan dekat adam, jaga adik-adik dalam 10 minit sebelum ayah sampai. Terus SR start kereta, pecut ke Cozy T.
Betullah orang cakap, sakit gigi ni, ubatnya hanya jumpa doktor gigi!
Lepas register, tunggu dalam 5 minit, datang Dr Lim ajak SR masuk dalam bilik. DIa nak tengok dulu. SR pun sempat lagi cerita dekat dia yang SR cakap jujur, SR dah lama tak ke dentist sebab SR fobia dengan dentist yang tampal gigi SR masa zaman sekolah.
Dia gelak aje, dia kata SR not alone. Ramai sangat yang sama macam SR, takut dengan doktor gigi!
Jadi, mula-mula dia check. Dan dia terus terangkan rawatan apa yang sesuai beserta harga.
Dia kata, SR ada dua pilihan. Samada cabut, atau buat rawatan akar gigi. Sebab, gusi SR dah bengkak, dan dia dapat agak, ada infection yang serius.
SR pula dah sakit kan, SR memang berserah aje. SR ikutkan aje. SR taknak cabut, sebab geraham belah kanan memang dah tak ada, cabut masa umur 19 dulu. Kalau cabut pula yang belah kiri, susah SR nak makan nanti.
Jadi lepas SR setuju untuk teruskan dengan rawatan akar gigi atau turut dikenali sebagai Root Canal Treatment, SR pun di bawa ke bilik X-Ray. Buat X-Ray 3D uolls! Ngeri + excited pula tengok tengkorak sendiri. Kih kih kih...
Rupanya, ada 2 gigi yang dah infected. 1 gigi tu 1 akar je, 1 lagi gigi tu dua-dua akar dah ada nanah. Padanlah sakit! Ingatkan boleh tampal biasa.
Jadi, SR pun terus mulakan proses rawatan akar tu petang tu juga. Sampai pukul 7.30 malam jugalah sesi pertama tu baru selesai. Dr Lim kata, bayaran yang mereka kenakan bukan ikut berapa sesi kena datang untuk rawatan gigi tau. Tapi, selagi belum ok an belum boleh dikira selesai bab cuci akar dan sebagainya tu, SR kena datang.
Setiap kali habis sesi, dia akan tampal sementara pada gigi yang dalam rawatan. Memang selagimtak tampal kekal, makan pun janganlah yang ganas-ganas.
Kiranya, balik aje dari klinik tu pada sesi pertama, malam tu SR dah boleh tidur. Dah tak berdenyut.
DAN yang paling SR suka dengan servis Cozy T Senawang ni kan, dia memang totally painless! Untuk orang lain SR tak pasti, tapi pengalaman SR, sangat menenangkan dan tak sakit. Ngilu pun tidak! Senang cerita, fobia SR dengan dentist terus hilang.
Berbalik pada cerita rawatan akar gigi SR, SR perlu buat sampai 4 sesi, baru ok dan tampal kekal.
Alhamdulillah, memang dah tak sakit dah sampailah ke hari SR taip ni.
Dr Lim ada juga bagi cadangan dan pesanan, kalau tampal kekal biasa ni, gigi boleh terjejas lagi jika kot-kot SR tergigit benda keras lagi. Dia cadang supaya SR pakai crown gigi. Tapi buat masa ni SR tak nak lagi. Biarlah dulu hehe...
Harga berapa?
Harga memang standard di mana-mana klinik gigi bukan kerajaan rasanya, dan dia juga bagi je buat bayaran beberapa kali secara ansuran. Tapi SR malas nak fikir, SR bayar aje terus masa tu.
Harga mungkin berubah, korang boleh double checklah dengan Cozy T. Tapi masa SR pergi hari tu, X-ray RM200, rawatan akar pula; 1 akar RM700, 2 akar RM1000. Boleh bayar cash, transfer atau pakai kad. Klinik dia prefer juga cashless. SR transfer aje, senang!
Untuk rawatan ke empat tu, SR siap buat scalling sekali. Nak katanya dah tak takut kan. Haha! Berapa RM SR lupa pulak.
Jadi, kesimpulannya, SR boleh katakan pengalaman SR buat rawatan akar gigi atau buat root canal treatment dekat Cozy T Senawang ni memang terbaik. Tak sakit, tak ngilu, tak payah buat temujanji, tak ramai orang, tak lama menunggu, dan yang paling best, fobiaku telah dibawa pergi!
Alhamdulillah.
Dr Lim buat kerja sangat cermat dan lemah lembut.
Maka disebabkan itu, haritu SR dah buat veneer pulak tau. Haha! Itu cerita lain kalilah. Jadi korang, jangan biarkan sakit gigi anda melarat kalau taknak duit melayang T__T
Akk pun masih trauma kalau ingat balik doctor gigi yg datang sekolah rendah dulu 😁
BalasPadamSyukurlah skrg ni teknologi dah berkembang, takdelah ngeri & ngilu mcm dulu rawat gigi.
Kan kak, bertahun2 traumanya ! Hahaha
PadamAduhai Syaz! banyak rupanya kawan kita yang sama perasaan macam Syaz. Kak Amie pun tauma untuk jumpa dentist. Apa boleh buat, dah selalu sangat sakit dan tahan sakit akhirnya Sabtu lepas jumpa juga doktor gigi. Rawatan akan berlanjutan 3 hingga 4 kali. Syukurlah semuanya ok. Kak Amie buat scaling RM237.
BalasPadamBak kata Kak Hazel, nasib baik teknologi berkembang, sekarang dah tak sakit dan kurangkan trauma kita kan 😁
Padamada stgh company leh claim balik dentistry tuuh.. huhu
BalasPadamUntung pada yang boleh claim dari company, jadi duit simpanan tidak terjejas. Malangnya saya tak dapat claim dari sesiapa. ☺️
PadamLemah juga nak jumpa Dr gigi.. bila dah sakit kena serah diri juga ...
BalasPadamDulu masa masih bekerja, mmg tiap2 tahun jumpa doktor gigi buat scaling dan tampal gigi sebab tak nak rugi tak pakai dental benefit company. Tapi sejak pandemik belum lagi pergi jumpa doktor gigi. Takut pulak sampai kena buat root canal ni, mahalnya kos dia.
BalasPadamsebut klinik gg memang automatikkk gigil ,serabutt he hee
BalasPadamzaman kanak2 ciknur memang perit dgn sakit gg. Gg lubang ,tu la asyik mkn gula2 kot.
Sb x tahan sakit terpaksa jga la buat rawatan akar ni masa baru kawen dulu. Dua dah gg geraham buat rawatan akar. Memang bab bayaran paham pejam mata je redha.
tp yg bestnya bila doktor baik dan lembut. Skrg pun x tukar dok ,apa2 nak doktor yg sama dah 20 thn setia
Kalau sakit gigi memang takleh bawa bincang. Kena jugak hadap dentist
BalasPadammemang lah paling ngeri nak jumpa doktor gigi, pastu kalau dah sakit gigi tak jumpa doktor gigi memang terseksa lah hidup tu... ohoooiiii
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsaya dah kena macam tu. last sekali pilih cabut. lebih murah. tapi tu la... sekarang susah nak makan yang keras.
BalasPadamHaha...akak pun kes trauma zaman sekolah rendah. Tu sekarang gigi teruk. Habis beribu-ribu tahun ni buat RCT, crown dan rawatan gusi. Syukur sekarang ada teknologi, tak sakit teruk macam kita dulu kan..
BalasPadamPasal pasang crown tu, eloklah Syaz ikut saranan doc supaya gigi kita yang dah buat RCT tu lebih panjang hayatnya.
Tempat yang paling menyeramkan di dunia!
BalasPadampaling takut nak jumpa dentist kan, haduii dia punya takut tu macam lah dentist tu makan orang hahah
BalasPadammahal juga kos rawatan akar gigi . tak buat nanti sakit tak sudah , terpaksa la labur sikit
BalasPadamsama la..memang penakut bila masuk bab dentist nie..
BalasPadamrawatan akar gigi mmg bagus masalahnya fulusss terbang juga huhu.. kalau nak bajet .. pilihan yg ada cuba cabut ja
BalasPadamnampak cantik dan selesa kliniknya
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.