Ada 1 weekend hari tu kami jejak kaki di Carnelian Park, Sendayan ni. Pertama kali kami sampai di sini, itu pun sebab saja-saja rasa nak ronda-ronda area Sendayan ni.
Carnelian Park ni, dari jauh, akan nampak macam ada 2 'bakul rotan' yang besar. Memang cantik kalau dipandang. Jadi kami pun parkir kereta dekat depan deretan kedai-kedai yang ada di sebelah 'bakul' tadi, dan berjalan perlahan-lahan sambil ambil angin petang ke dalam 'bakul' tu.
Bila dah katanya pertama kali sampai, teringin juga rasanya nak abadikan kenangan dengan merakam beberapa keping gambar. Orang pun tak ramai dalam 'bakul' tu ketika tu.
So why not kan?
Ramai orang yang datang ke sini, mereka tak naik ke atas. Tak naik ke bakul ni. Untuk ke bakul ni, seperti kata SR tadi, kena park dekat kawasan kedai. Kebanyakan yang datang, mereka terus sahaja park kereta dekat bahu jalan di bahagian bawah. Rata-rata yang park dekat bahu jalan tu, akan terus ke kawasan untuk bermain kasut roda.
Kami tak turun pun ke bawah, tengok gitu-gitu aje dari atas. Gambar pun tak berani nak snap. SR takut terlepas fon dari tangan, terus kecebur masuk dalam kolam teratai di bawah nanti 😂
Entahlah, SR memang ada 1 perasaan gayat dan takut barang terlepas macam tu.
Kenapa, entahlah 🤣
Jadi, kami hanya duduk dekat dalam bakul tu sahaja. Anak-anak memang berjogging dan berlari-larilah dekat situ.
Lepas penat berlari, diorang duduk dekat tepi. Memang ada tempat duduk sepanjang kawasan bakul tu.
Zaimi suruh SR posing.
SR pun turutkan aje lah.
Hahaha!
Asal kami sampai tu redup, tapi lama-lama, matahari pun keluar. Memang silau dan panas. Agaknya itu antara sebab tak ramai yang nak naik ke bahagian atas ni dan hanya beriadah di bahagian bawah sahaja di Carnelian Park ni.
Bila peluh dah mula mencurah-curah, masa pun dah semakin lewat petang, kami pun baliklah ke rumah. Ada masa bolehlah datang lagi.
Kalian pernah ke sini?
Kot-kot pernah datang untuk photoshoot perkahwinan ke, pertunangan ke... Ada tak? Atau pernah datang main roller blade? Atau ada kedai makan best ke dekat kawasan sebelah ni?
Kalau ada, share lah cerita sikit dengan SR 😄
wahh ada tempat photoshoot insta nih., nmpk chantik n unik je bakul nih ;p
BalasPadamNanti wak pergilah pose dekat sana ya haha
Padamlawa model posing
BalasPadamkih kih kih!
Padamsatu lagi port yg menariks...jarang ke area sendayan...
BalasPadamLawa.. tak pernah sampai lagi..
BalasPadamBaru tahu tempat ni. Ada masa nanti bolehlah singgah sini jugak. Terima kasih share tempat cantik ni :)
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.