Wah tajuk dah ibarat novel / drama melayu pukul 7 gittew. Ingat tak post SR yang bertajuk Mesin Jahit Comel | Riino Sewing Machine Tiffany tu? Ha ini entry sambungannya.
Kisahnya, SR memang tak pandai menjahit. SR pernah belajar menjahit beberapa kali samada guna mesin jahit moden, mahu pun mesin jahit yang kena hayun kaki tu.
SR tetap gagal, mungkin SR memang tak berbakat dan SR jenis tak ada kesabaran yang tinggi dalam menjahit. Apatah lagi nak potong-potong kain kan.
Jadi, ketidakpandaian SR menggunakan mesin jahit, dah jadi macam satu beban pada SR bila SR kena jahit lencana sekolah dan tanda nama anak-anak.
Zaimi pula kata, dia pandai guna mesin jahit.
Apa lagi!
SR belajar menjahit ❌
SR belikan zaimi mesin jahit mini! ✅
Kebetulan ada sekali masa tengok TV dekat rumah mertua, naik pula mesin jahit mini ni dekat Wowshop. SR pun orderlah 1. SR taknak juga beli mesin jahit besar-besar, berat-berat... Sebab tak ada space dekat rumah ni. Yang SR beli ni memang best sebab lepas zaimi guna, dia boleh simpan semula dalam kotak.
Kagum kami anak-beranak tengok zaimi rilek je masuk-masuk benang, jahit-jahit itu ini. Memang berbaloilah mesin jahit tu. Hahaha!
Selesai masalah SR yang selalu serabut tak reti jahitkan lencana sekolah anak. Sebelum ni, SR minta tolong pengasuh anak yang jahitkan. Tapi dah alang-alang zaimi kata dia reti je guna mesin jahit, tu yang SR beli aje senang. Macam-macam lagi dia boleh jahitkan lepas ni kan.
Mula-mula dia jahit guna meja kecil dekat lantai aje. Lepas tu, dia pindah pula dekat meja makan. Masa ni dia tengah jahit kaki seluar baju melayu amir. Terlabuh pula masa beli.
Mesin jahit tu ringan, senang nak alih-alih. Ikut zaimilah dia nak alih ke mana pun. Asalkan apa yang perlu dijahit, dia jahit, dan lepas jahit, dia simpan.
Kikiki...
Thank you buat suamiku sebab sudi menggalas tanggungjawab menjahit dalam rumah kita 😜
Wah! Siap gatung tali tape kat leher! Gaya pro tu!
BalasPadamAkk pun pernah belajar menjahit but mcm SR juga, tiada kesabaran & bakat menjahit :(
BalasPadamBaguslah suami SR, setel satu part kan. Orang lelaki pun sebenarnya hebat dlm kerja menjahit kan
untung la, SR. lepas da risau satu perkara.
BalasPadamaida ni semua jahit tgn. asben x reti menjahit.
aida x reti guna mesin jahit hu hu hu hu :(
singkat kan ke apa ke, upah org, SR.
wahh, hebat asben SR ituuuuh leh menjahit.,. kata org kalo tarik benang dlm tepung, benang jgn putus, tepung jgn berserakk .. kipidapp ;p
BalasPadamBolehlah bukak kedai jahit bila bersara nanti
BalasPadamWah, suami akak pandai guna mesin jahit. Nanti tiba tiba macam macam baju suami akak boleh menjahit pula kan. heheh
BalasPadamDulu masa remaja buleh je menjahit sikit2 guna mesin jahit Singer yg guna kaki tu. Skrg mesin tu dah x ada. Huhuhu.
BalasPadamMesin jahit perlu bila ada pakaian berlubang atau tertetas. Tak perlu lagi nak hantar kedai. Dapat jimat masa dan duit.
BalasPadambagusnya...rare ni. ayu pun x pandai guna mesin...sbb laju sgt, jahit tangan je.. he he he
BalasPadamSuami yang serba boleh.
BalasPadamSep sikit.. Suami Sha pun terror guna mesin jahit.. Sha memang keras kejung..
BalasPadamAda jugak satu mesin jahit portable macam ni tapi macam kurang function. kejap kejap benang putus. Geram pulak, terus simpan dalam kotak tak keluar selamanya. Untung ada suami berbakat menjahit. Kurang sikit kerja..hehehe...
BalasPadamBila ada mesin jahit yang kecik comel ni jimat ruang juga untuk simpan .
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.