Assalamualaikum wbt...
SR sebenarnya terjumpa Kodai Hijau ni masa terbit perasaan malas nak masak lauk tengahari di hujung minggu. Ajak zaimi makan di kedai sahaja asalnya. Jadi, zaimi pun bawa kami ke arah Sendayan. Memang sengaja niat nak cari kedai makan baru yang kami tak pernah cubalah kiranya.
Dari arah Seremban, kami nampak kedai ni di sebelah kanan, atas bukit sikit. Jauh sikit ke dalam, tapi masih boleh dilihat dari jalan besar selepas masuk ke Sendayan.
Orang agak ramai, tapi Kodai Hijau ni sangatlah luas. Banyak kerusi dan meja. Selepas usha lauk apa yang ada, terus terpa ambil nasi. Haha!
Lauk-lauk berunsur masakan Negeri Sembilan. Memang menggamit selera SR yang tengah kelaparan masa tu.
Style Kodai Hijau susun lauk-pauk dia yang berkuah. Bau memang mengancam. Perut berkeroncong terus berdangdut.
Ada lagi lauk-pauk yang diletakkan di sini. Banyak sangat seleksi lauk-pauk untuk makan tengahari di Kodai Hijau ni tau.
Yang paling SR tak tahan dan tak sabar nak ngap, lepas ternampak tempoyak daun kayu ni. Memang fav SR. Bae sangatlah tempoyak daun kayu ni di hati (dan tekak) SR!
Nasi?
Ambil sendiri. Senduklah berapa banyak senduk yang kalian nak.
Anak-anak pula memang nak makan nasi ayam aje. Adam, amir dan ayu memang pantanglah nampak nasi ayam. Memang itu ajelah yang dia order. Nasi campur ni diorang kurang sikit.
Ada juga beberapa jenis kuih-muih.
Belakang amir tu ada juga ulam-ulaman dan sambal belacan.
Nasi ayam tu order saja, nanti staf akan hantar ke meja. Tapi nasi campur, kena bawa bayar dekat kaunter. Kira dekat situ, dan bayar siap-siap. Bayar sekali dengan nasi ayam. Order air pun sebelah kaunter bayaran tu aje. Ada cendol dan ABC juga. Jadi sebelum bayar tu orderlah air siap-siap. Selesai bayar, selalunya air memang dah siap, ambil terus bawa ke meja.
Lepas tu apa?
Lepas tu makanlah uolls! Hehe...
Happy face sebab tak payah masak tengahari tapi dapat makan sedap.
Hahaha!
Masa ni zaimi dah tukar tempat duduk dengan adam. Sebab macam pelik pula amir duduk meja yang kedua (dia cantum dua meja) tu sorang-sorang. Macam anak orang lain pulak bila sekali pandang hahaha!
Ada surau juga. Tapi SR tak jenguk pula surau dia okey ke tidak. Siapa pernah cuba, bolehlah share dengan reader di bahagian komen.
Luas tau kawasan parking Kodai Hijau ni. Memang tak risaulah nak parking. Cuma dia tak adalah bumbung bagai. Kalau hujan, bawa payung sendiri okey? Heheh...
Sinki dia ada handwash yang pekat. Bukan macam handwash kedai makan yang cair gila tu. Memang terbaik. I like!
SR memang sukalah Kodai Hijau ni. Recommended pada sesiapa yang ke Sendayan, kot-kot pergi melawat Masjib Sri Sendayan yang baru dan cantik yang ada vibe Madinah tu, bolehlah singgah makan tengahari di sini.
Ini BUKAN PAID REVIEW ya.
Kedai sedap, kita kongsi.
😁
Selamat menjamu selera.
BalasPadamHappylah tak payah masak,tak payah basuh pinggan dan tak perlu ngemas dapur
Nampak rambut en zaimi tu dah panjang sangat tu....
BalasPadamcantik juga deko kedai ini...memang selera makan juga boleh bertambah
BalasPadamTempat yang luas dan bersih adalah satu permandangan yang baik untuk pelanggan. :)
BalasPadamMemang nampak keluasan kedai dan parkingnya tu, mudah la orang nak datang bila luas gitu kan. Lauk ada pelbagai pilihan memang rambang mata la jadinya, bagus juga di letakkan harga sesiap takdelah nanti terlebih ambil terperanjat tengok bil nya kan. Lepas ni boleh pergi lagi lah bila dah tahu ada kedai best gini kan SR
BalasPadamseronok makan klu banyak lauk..:)
BalasPadamnampak selesa sgt..org pun x ramai.
BalasPadamSedapnya
BalasPadamkan. tak sah kalau handwash nyer tak cair! geram betul la.
BalasPadambetter tak payah letak handwash kalau gitu.
luas. selesa. lauk nampak sodap!
lamo dah aida tak masuk seremban tau.
sejak MIL da meninggal, kami lalu aje. tak nyinggah dah :(
Memang hijau kedainya.. Menarik..
BalasPadamTempat Sha pula ada nama kedai "Atap Hijau".. hehehe
Macam pernah singgah...tapi x ingat plak bila...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.