Pertengahan Jun 2022 yang lepas, SR dan zaimi bawa anak-anak berjalan hujung minggu ke Pulau Pinang! Memang SR dah lama sangat teringin nak berjalan dekat sana. Asyik-asyik Port Dickson dan Melaka, sekali-sekala, nak juga berjalan jauh sikit dan ambil angin kawasan yang jauh sikit dari rumah kan.
Plan laju-laju!
Kami bertolak malam, hotel pula booked di Batu Feringgi. Jadi, dalam waktu subuh, kami sampai di Butterworth dah. Singgah masjid untuk solat dan mandi, kami pun sarapan semua dulu, dan terus ke Kampung Agong.
Kampung Agong is a countryside “Agro Themed Park” and it is a coconut grove beside the paddy fields. Our theme park is a destination of adventure, enjoyment, and memories to have fun with your family and friends.
The home-based concept of “Kampung Style” and is the best place for a short getaway from the bustle of the city. You can spend your day enjoying the beauty of mother nature in our coconut orchard. This will give you relief from your hectic and stressful routine and turn you into a fresh person while returning home with perfect peace of mind.
We always strive for your pleasure and peace of mind. One of the special things we have is paddy fields where you can have a ride on a beautiful swing beside the paddy fields, and even you can experience the traditional paddy harvesting process. And one more special thing about our park is our nests, beautifully designed as original birds’ nests, you can sit here and take your pictures as much as you can. We also have Penaga homestay facility to enjoy more on weekends at our “Traditional Theme Park”. We have all-in-one package of your happiness to spend a quality time with family at our park.
Kampung Agong is situated on the mainland of Penang, which is located at Penaga, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. It is just a 15-20 minutes drive from Butterworth and within 1 hour from George Town.
Senang cerita dan ringkasnya, Kampung Agong ni adalah antara tarikan menarik di Pulau Pinang (Tanah Besar), dan port yang best untuk bergambar. Nak bermalam pun boleh, ada homestay. Tapi SR tak boleh cerita lebih-lebih sebab SR tak menginap dan bermalam.
SR dan keluarga hanya masuk bahagian Theme Park dia sahaja.
Ada tiket tau kalau nak masuk ni. Makanan dan minuman luar juga tak dibenarkan bawa masuk. Basikal ke, drone ke, haiwan peliharaan pun tak dibenarkan.
Tapi dekat dalam ada kedai makan, jadi tak risau kalau haus ke, lapar ke... Kan!
Suasana dalam Kampung Agong ni memang sangat indah dan permai dan cantik dan damai dan tak cukup perkataan untuk SR gambarkan dengan kata-kata tau.
|Entry ini banyak gambar|
Tapi walaupun banyak gambar yang kami rakamkan, tak terbanding dengan menyaksikan dengan mata kepala sendiri gais.
Dalam Kampung Agong ni, tarikan dia yang paling menyerlah adalah bendang / sawah padi dan pokok kelapa. Dua tu memang menjadi daya tarikan paling kuatlah bagi SR. Angin sepoi-sepoi, bau padi yang wangi, kawasan yang luas... Perghh... Happy sangat!
Dekat bahagian theme park ni, memang banyak sangat prop yang pihak pengurusan dah sediakan tau. Pengunjung hanya pergi dan posing aje hahaha! Kalau yang tinggi ilmu fotografinya, memang akan dapat gambar yang awesome.
SR dan zaimi memang level-level amatur.
Anak-anak pun tak berapa nak berposing sangat, diorang sibuk nak memanjat semua prop dan berlari aje. Memang heavenlah bagi anak-anak SR yang suka berlari tu!
Ada juga prop rumah-rumah kampung, tempat tampi dan simpan padi semua. Ada pondok-pondok untuk duduk berehat dan piknik juga.
Ada prop berupa bingkai gambar bersaiz besar. SR pun ambil gambar sekeping dua dengan ayu. Adam dan amir memang entah ke mana-mana berlarinya.
Mungkin yang paling ikonik di Kampung Agong ni adalah prop sarang burung. Ada macam-macam jenis sarang burung tau. Berani atau tidak aje kita ni nak panjat. SR yang gayat ni, ketar jugaklah kaki!
Cantikkan view sawah padi plus pokok kelapa!
Buaian juga antara tarikan yang menjadi rebutan di Kampung Agong ni. Memang kena bersabar dan beratur kalau nak bergambar dekat buaian.
Adam feeling main piano tepi bendang gittew!
Fuh banyak betul gambar.
Jangan kalian jelak dan muak sudahlah!
Hahaha!
Okey, harap kalau ada yang ambil gambar SR untuk share dekat mana-mana, kreditlah blog SR okey?
Oh ya, harga tiket masuk adalah seperti di bawah.
Tak mahal pun, sangat berbaloi dengan kenangan yang dicipta bersama keluarga dekat sana 😊
Berapa kali ke utara, tak pernah lagi pergi sini. Memang sangat cantik dan damai tempatnya.
BalasPadamAah kak, rasa tenang sangat. Cuma kena bawak tisu je nak lap peluh hahaha
PadamIngat mula2 kampung YDP Agong tu haha btw serius cantik tengok gambar2 tu. Instagrammable la kalau datang sini. Tiket pun affordable.
BalasPadamHihi! Ada pakcik dekat situ cakap, tokey tempat ni nama Ah Gong. Sebab tu nama Kampung Agong. Kesahihan tak pasti hahaha. Tapi memang affordable ;)
PadamCantik sangat byk port utk bergambar... nasib baik semua sporting bergambar... hehehe
BalasPadamHujung2 dah masam juga muka masing2 tu sebab dah penat haha!
PadamCantik
BalasPadamYup!
Padamsuka betul tengok view kampung agong ni kan.Hari tu tak sempat nak terjah sini..
BalasPadamada rezeki dan masa nanti singgah la sana ;)
PadamMenarik
BalasPadamKan wak 😄
PadamCANTIK SEMUA PIC DAMAI PERMAI SUASANA KAMPUNG TRADISI
BalasPadamRasa nak cuba menginap juga dekat sana suatu hari nanti
PadamCantik2 gambar syaz.
BalasPadamMemang.menarik view sawahpadi
tu kan.
sesuai dtg sini ootd byk2.
kena sampai jga insyaallah he hee
Betul, ramai yang berposing aje dekat sini 😄
PadamNi kira ilmu fotografi tinggi jugak Syaz, dapat foto refleksi air.
BalasPadamAkak duk Penang pun belum sampai Kg Agong. Kena ramai-ramai beru seronok nak berfoto-foto.
Oh yang ada refleksi tu ya kak Ujie? Memang owner ada sediakan cermin dekat depan beberapa prop, jadi dapatlah ambil gambar ada bayang tu hihi. Gambar kami slek sebab tak perasan ada tali beg 🤣🤣
Padamsubhanallah..memang cantik sgt view nya. and serius byk port sgt utk bergambar...nanti kalu ada peluang kena terjah ni.. wat photobook la Syaz..rugi x diabadikan ..pic cantiks ni... nak ayu ajar pun boleh.... roger2 je...
BalasPadamNice sangat tempat ni, ayu 😄 gambar2 semua dah cuci style zaman kodak 🤣 ayu boleh tolong bab photobook ya? Wah! Insyaallah later2 jika memerlukan saya roger 😍
PadamSubhanallah heavennya kampung Agong ni. Teringin jugak nak pergi ni SR heheheee...
BalasPadamSangat cantik semua gambar Syaz..especially kawasan sawah padi.. so green...
BalasPadamSubhanallah!
BalasPadamCantiknya pemandangan. Warna hijau sawah padi saujana mata memandang. Air jernih. Langit biru... Allahu Akbar! Bersih! Syaz... terima kasih kongsi banyak gambar di Kampung Agong. Mana tahu ada rezeki boleh jejak ke sana.
SubhanaAllah.. Cantiknya.. Lawa-lawa gambar Syaz amik..
BalasPadamCantiknya Kampung Agong ni. Rasa teringin pergi jugaklah. Itulah tu, asyik PD Melaka je. Sesekali kena jalan jauh jugak :)
BalasPadamMasyaAllah.. cantiknya Kampung Agong ni. Tak taulah bila boleh jejak sampai sana, Puas hati dapat ootd dengan anak-anak dekat tempat cantik macam ni.
BalasPadamUihh shida kena pergi..cantik gambar2 syaz dalam ni..lagi2 dgn zaimi heheee. Bolehlah berootd kan ^_^
BalasPadamKampung agong port untuk ootd paling banyak . Mau gambar beratus-ratus jugak la kat sini . Tempat pun cantik . Tenang je . Paling best coconut shake kat sini memang sedap
BalasPadamTu la masa saya pergi tengah membajak sawah...lawaa wooo bila ada pokok padi. Cantik ya amattt...
BalasPadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.